* SEJARAH SEKOLAH *
Oleh itu, pihak berkenaan telah berjaya memperoleh sebidang tanah seluas 6 ekar di Jalan Junid untuk membina bangunan tambahan bagi menampung pertambahan pelajar. Ekoran itu dua tingkat telah dibina di atas tapak tersebut. Tujuannya adalah untuk menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sains. Sekolah ini dilengkapi dengan lima makmal dan sepuluh bilik darjah. Oleh kerana makmal-makmal yang ada tidak memenuhi kehendak Jabatan Mata Pelajaran Sains, pihak Pengetua pada masa itu, En. Michael G. Parry mengambil keputusan tidak menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam Sains di situ. Sebaliknya pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 telah ditempatkan di bangunan baru tersebut. Bangunan baru tersebut digunakan secara rasmi mulai bulan April 1974. Penyelia sekolah cawangan ini ketika itu ialah En. Tan Su Chin. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Tinggi Dua, Muar. Pada tahun 1978, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah memberi pendaftaran JEE 5031 dan sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Menengah Jalan Junid, Muar |
* LOKASI *
S.M.K. Jalan Junid terletak di Jalan Junid, Muar, iaitu kira-kira 3 km dari pusat bandar Muar.
* KAWASAN SEKOLAH *
S.M.K.
Jalan Junid terletak di sebuah kawasan seluas 6 ekar, 3 rod dan 9 pol.
Terdapat sebuah padang sekolah, sebuah
gelanggang
serbaguna bagi permainan bola tampar, bola keranjang, tenis dan sepak takraw.
Sebuah gelanggang serbaguna
bagi permainan
bola jaring dan sepak takraw.
* BANGUNAN SEKOLAH *
Sekolah ini
mempunyai dua blok bangunan asal. Pada tahun 1980 telah mendapat tambahan
satu lagi blok bangunan yang
mengandungi
24 buah bilik darjah, 3 buah makmal dan sebuah kantin. Pada tahun 1991,
sekolah ini telah mendapat
tambahan
satu blok bangunan setingkat gotong royong mengandungi 4 buah bilik darjah.
Pada akhir tahun 1999, dua blok
bangunan
empat tingkat telah siap dibina.
| BIL |
|
|
| 1 | Kelas | 26 |
| 2 | Makmal Sains | 8 |
| 3 | Bengkel K/Hidup | 3 |
| 4 | Bilik Jahitan | 2 |
| 5 | Bilik Masakan | 1 |
| 6 | Bilik Pendidikan Seni | 1 |
| 7 | Bilik Gerakan | 1 |
| 8 | Perpustakaan | 1 |
| 9 | Bilik Sumber | 1 |
| 10 | Bilik Guru | 1 |
| 11 | Pejabat Pengetua | 1 |
| 12 | Pejabat Am | 1 |
| 13 | Pejabat GPK | 1 |
| 14 | Bilik Disiplin | 1 |
| 15 | Bilik Komputer | 1 |
| 16 | Dewan Juang | 1 |
| 17 | Bilik Kaunseling | 1 |
| 18 | Kantin | 1 |
| 19 | Kedai Koperasi | 1 |
| 20 | Bilik Sembahyang | 1 |
| 21 | Asrama | 1 |
| 22 | Bilik SPBT | 1 |
| 23 | Padang Permainan | 1 |
| 24 | Gelanggang Serbaguna | 2 |
| 25 | Stor Sukan | 2 |
| 26 | Bilik Sakit | 1 |
| 27 | Bilik Matematik | 1 |
| 28 | Makmal Bahasa | 1 |
| 29 | Bengkel Sains Pertanian | 1 |
| 30 | Rumah Pengetua/Waden | 1 |
* SENARAI PENGETUA-PENGETUA SMK JALAN JUNID *
| 1 | Jun 1979-1986 |
En Abd. Aziz Bin Mohamed ( Melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Amerika Syarikat pada Tahun 1986 ) |
| 2 | 1986 -1988 | En. Zainal Abidin Bin Kassim
( Penolong Kanan dilantik sebagai pemangku pengetua ) |
| 3 | 1988 -1991 | En Abd. Aziz Bin Mohamed
(Dilantik sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor pada Tahun1991 ) |
| 4 | Mac - Julai 1992 | En Amri Bin Hasbullah
( Bertukar sebagai Pengetua SMK Dato Menteri, Air Hitam, Batu Pahat, Johor ) |
| 5 | Julai - Okt 1992 | En. Ali Bin Ismail
( Bertukar sebagai Pengetua SMK Jalan Mengkibol, Kluang, Johor ) |
| 6 | Dis 1992 - Dis 1995 | En. Zainal Abidin Bin Kassim
( Dilantik sebagai Penolong PPD Muar, Sektor Pengurusan Sekolah ) |
| 7 | Dis 1995 - Jun 1999 |
En. Wong Beng Seng ( Bersara pada Jun 1999 ) |
| 8 | Julai 1999 - Ogos 2000 |
Tn. Hj. Sulaiman Bin Hj. Abd. Samad ( Kemudian dilantik sebagai Penolong PPD Muar, Ketua Sektor Akademik ) |
| 9 | Sept 2000 - Julai 2001 | En. Zulkiffli Bin Ismail
( Kemudian dilantik sebagai Penolong PPD Muar, Ketua Sektor Akademik ) |
| 10 | Ogos 2001 |
En. Yahya Bin Paimin dilantik sebagai Pengetua baru. |
| Muka depan | Galeri | Lencana | Lagu | Motto | Objektif & Misi & Visi |