KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
( PKBP )

SMK JALAN JUNID, MUAR, JOHOR.




SEJARAH PENUBUHAN

Kelas Khas ini telah dibuka pada Jan 1996 dengan 1 orang guru dan 3 orang pelajar. SMKJJ merupakan sekolah menengah pertama di Daerah Muar yang telah memulakan program di peringkat sekolah menengah. Pada tahun 2001, SMKJJ mempunyai 36 orang pelajar Pendidikan Khas dengan 6 orang guru yang berkelayakan.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Matlamat Falsafah Pendidikan Khas adalah sama dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima pelajar dengan keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran,berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.

OBJEKTIF

Setiap pelajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya supaya mereka dapat :



 
KURIKULIM

1. BIDANG KOMUNIKASI
-Bahasa Melayu
-Matematik
-Bahasa Inggeris

2. BIDANG SOSIAL dan ALAM SEKELILING
- Alam & Manusia

3. BIDANG KEMAHIRAN HIDUP
- Urus Diri
- Masakan
- Jahitan
- Pertanian
- Pertukangan

4. BIDANG REKREASI dan DAYA KREATIF
- Pendidikan Seni
- Pendidikan Jasmani
- Pendidikan Muzik

5. BIDANG NILAI dan KEROHANIAN
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral

 

 
KO-KURIKULUM

1. Sukan
2. Persatuan
3. Aktiviti Luar-Lawatan kelas PKBP

   * Jabatan Bomba Daerah Muar
* JPJ, Muar
* Pejabat Pos Besar
* Hospital daerah Muar
* Tanjung Emas, Muar


 
STRUKTUR ORGANISASI

PENGETUA  : En. Yahya B.Paimin
GKP 1            : En. Toh Cheng Hwa
GPK HEM   : Tn Hj. Afandi B. Salleh
GPK KK : Tn Hj. Wahab B. Hashim
KAUNSELOR : Tn Hj. Othman B. Ibrahim

Ketua Jabatan PKBP     : En. Ngadanan B. Derus
Guru PKBP Sukan  : En. Azmi B. Hj. Ali

                        Guru PKBP Juara    : En.Mohd.Sayuti B. Mohd. Noh
                        Guru PKBP Johan   : Pn. Noraini Bt. Manap
                        Guru PKBP Jaguh   : Pn. Nazlah Bt Naman
                        Guru PKBP Jaya     : Tn. Hj Abd. Karim B. Haron

 


KEJAYAAN YANG DICAPAI SEPANJANG TAHUN 1999-2001

                   1. Menyertai Sukan Orang Kurang Upaya Peringkat Negeri di JB.    - Menang 7 pingat emas

                   2. Menyertai Sukan Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan.  - Menang 1 pingat perak

                   3. Menyertai Ekspedisi Kayak Sarang Buaya.

                   4. Menyertai Kempen Cintai Sungai Kita di Pulau Penarik, Muar, Johor.

                   5. Menyertai Hari Wilayah-Dragon Boat Putra Jaya .    - Johan

                   6. Pesta Air kebangsaan di Kuantan, Pahang.   - Tempat Kedua

                   7. Perkhemahan di Kem Denai Alam, Bakri, Muar, Johor.

                   8. Cabaran Antarabangsa Kepulauan Johor.   - Johan.


 | Muka depan | Pentadbiran | Guru & Staf  | Enrolmen | PIBG |

  | Unit Bimbingan & Kaunseling |




Hosted by www.Geocities.ws

1