30 Sifat Keji Isteri & Suami

Curang, tidak mahu pulang ke rumah dan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri @ suami adalah 3 punca utama suami @ isteri mengambil keputusan untuk bercerai.

Berdasarkan aduan yang diterima oleh Unit Perunding dan Pembangunan Keluarga jabatan Agama islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ), 3 punca utama itu adalah antara 34 sifat buruk isteri @ suami yang dipercayai menyebabkan suami @ isteri mahu menceraikan mereka.

Menurut Ketua penolong Pengarah kanan Bahagian Perundingan Syariah Wilayah Persekutuan Jawi, sifat buruk isteri @ suami yang dilaporkan kepada unit itu dikenal pasti sebagai punca keretakan rumah tangga.ialah:

curang
tidak pulang ke rumah
mengabaikan tanggungjawab
berkawan dengan lelaki @ perempuan lain
keluar rumah tanpa izin suami
tidak jujur pada pasangan masing masing
menipu
cemburu tidak bertempat
mementingkan diri sendiri
tidak hormat mertua
keras kepala
degil
ingkar
tidak puas seks
dingin seks
menduakan suami @ isteri
abai perintah agama
sering menuntut cerai
tidak hormat akan suami @ isteri
enggan terima nasihat
suka berbelanja di luar kemampuan
suka bergaduh
tidak senang mengaku salah terhadap kesilapan diri-sendiri
suka merosak barang rumah apabila bergaduh
merendahkan suami @ isteri
gemar berbohong
selekeh
hisap rokok sorang-sorang
suka pukul anak
suka pukul suami @ isteri
selalu merajuk
gemar berleter
memburukkan suami @ isteri di hadapan jiran, mertua atau pada sesiapa sahaja



Do you have any thoughts to share? Send them to Sawa_Emas today.
Home
Hosted by www.Geocities.ws

1