Sesungguhnya nasib orang-orang  Melayu Patani tidak harus diletak dalam tangan  pemerintah Siam-Thai tetapi langkah memperbaiki nasib kedudukan mereka  adalah terletak di dalam tangan mereka sendiri

Sejarah Kerjaan Patani
Pesanan Ibrahim Syukri
Pengenalan
Bab Satu
Bab Dua
Bab Tiga
Bab Empat

History Of Patani
Introduction
Chapter One
Chapter Two
Chapter Three
Chapter Four

ประวัติปัตตานี
ข้อความจากผู้แปล
บทนำ
บทที่หนึ่ง
บทที่สอง
บทที่สาม
บทที่สี่

Others
The Queens Of Patani

Bab 1: Tanah Melayu Pada Zaman Purbakala

Tanah Melayu

Ialah suatu Semenanjung yang mengajur ke arah selatan dan duduknya di pihak tenggara benua Asia dengan mempunayi kawasan yang luas iaitu di utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada Tanah Melayu serta pulau Singapura di selatannya.

Di utara semenanjung ini bersambung dengan tanah Siam yang terletak di tengah-tengah antara dua buah kerajaan iaitu di kirinya kerajaan Burma dan di kanannya kerajaan Annam yang dipanggil Indo-China Perancis, kerajaan- kerajaan Siam, Annam dan Burma ini adalah terletak di dalam Semenanjung  yang besar iaitu Semenanjung  Indochina.

Yang demikian Semenanjung  Tanah Melayu ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian utara dan selatan, adapun bahagian utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada sempadan jajahan Sentul Singgora, Yala dan Bangnara, sekarang jajahan-jajahan ini telah termasuk di bawah takluk kerajaan Siam atau Thailand. Sebilangan banyak penduduk-penduduk dalam bahagain utara Semenanjung  ini ialah orang Siam-Thai kecuali didalam eanm buan jajahan sahaja iaitu Sentul, Cenak, Tiba, Patani, Yala dan Bangnara kerana pendudul-penduduk yang banyak sekali didalam jajahan –jajahan ini ialah orang-orang Melayu.

Adapaun bahagian selatan Semenanjung  ini. Mulai dari sempadan jajahan-jajahan Siam-Thai yang tersebut itu hingga sampai kepada hujung Tanah Melayu termasuk pulau Singapura. Dalam bahagian inlah terdirinya beberapa buah kerajaan Melayu pada hari ini iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura

Sungguhpun semenanjung ini telah dinamakan Tanah Melayu tetapi bukanlah orang-orang Melayu itu bangsal yang awal mendudukinya. Kerana orang-orang Melayu itu bangsa yang akhir sekali datang menduduki dan mendiami di dalamnya setelah didiami oleh beberapa yang lain lebih dahulu.

Adapun bangsa yang lebih dahulu sekali mendiami di dalam Semenanjung  Tanah Melayu, mengikut kenyataan dalam kitab-kita sejarah ialah orang-orang bangsa liar. Kemudian daripada itu diduduki oleh orang-orang Hindu yang datang dari negeri India. Setelah itu dikuasai pula oleh orang-orang Siam asli yang datang dari tanah Siam dan akhirnya baharulah kedatangan orang Melayu.

Dengan secara ringkasnya di bawah ini diterangkan serba sedikit sejarah yang berkenaan dengan hal Tanah Melayu pada zaman purbakala.

Adalah pada masa beberapa ratus tahun sebelum daripada diperanakkan Nabi Allah Isa a.s dikalaitu dalam Tanah Melayu ini belum lagi diduduki oleh bangsa-bangsa yang bertamadun seperti hari ini. Keadaan buminya adalah penuh dengan hutan rimba atau belukar belantara yang hanya didiami oleh segala jenis binatang buas sahaja. Maka dibawah lindungan pokok yang tebal serta diantara jenis binatang-binatang buas itu adalah dua jenis manusia dari bangsa liar yang telah sedia membuat tempat kediaman mereka. Mereka itu ialah orang-orang Seman (Pagan) orang Sakai. Sekalipun kedua-dua jenis bangsa ini dipanggilkan juga manusia tetapi sebenarnya keadaan dan cara penghidupan mereka itu sedang di dalam keliaran istimewanya sangatlah jauh bezanya dengan secara masnusia yang bertamadun.

Setelah beratus-ratus tahun lamanya hingga sampai dikala hampir kezahiran Nabi Isa a.s dewasa itulah orang-orang Hindu dari India mulai mendatangi Tanah Melayu. Dewasa itu juga orang-orang Hindu telah terkenal suatu bangsa yang telah meningkat kemajuan dan mempuanyai kedudukan yang tinggi dalam India. Kedatangan mereka itu ke Tanah Melayu adalah dengan maksud hendak meluaskan penghidupan mereka di luar negeri istimewa dengan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran Tanah Melayu telah dapat memikat hari mereka itu mendatanginya oleh kawasan yang lebih banyak sekali didatangi oleh orang Hindu itu ialah kawasan yang di sebelah timur Asia ini.

Adapun kedatangan orang  Hindu ke timur Asia pada masa itu ialah dengan menerusi dua jalan iaitu darat dan laut. Dengan jalan daratan mereka itu keluar dari tanah India melalui tanah Burma kemudian terus masuk ke tanah Siam serta Annam. Dan dengan jalan lautan itu mereka merantau dari tanah India dengan mengendarai perahu-perahu atau kapal-kapal menyeberangi lautan India kemudian masuk ke Tanah Melayu serta seluruh pulau-pulau yang di selatan seperti Pulau Sumatera, Jawa, Bali, Brunei, dan lain-lain hingga terus juga masuk ke tanah Siam, Kemboja dan Annam.

Dengan kerana suatu bangsa yang telah mempunyai kebudayaan yang tinggi dalam India, maka orang Hindu itu telah ada memiliki adat resam serta agamanya sendiri. Kebiasaanya apabila mereka itu tinggal mendiami di mana-mana tempat juga maka segala adat resam dan agamanya itu sentiasalah dipegang teguh dan dikerjakan oleh mereka sama jua seperti mereka sedang berada dalam tanah ari mereka dalam India.

Dengan sebab orang-orang Hindu itu telah mempunyai kebudayaan yang tinggi tambahan pula adat resam mereka telah teratur dengan kemas, apabila dipandang oleh penduduk-penduduk di sebelah timur ini akan keindahan adat resam dan agama mereka itu maka sangatlah gemar serta masing-masing pun tertarik hati pada meniru atau mengikut akan perbuatan orang-orang Hindu itu. Hingga jadilah orang-orang Hindu itu sebagai guru yang mengajar penduduk-penduduk di sebelah timur ini akan keindahan adat resam serta agama dengan tidak sengaja. Dengan hal yang demikian lama kelamaan seleruh pendudu-penduduk sebelah timur ini pun habis menerima akan adat resam dan agama orang-orang Hindu itu.

Adapun agama orang-orang Hindu itu sekalipun banyak jenisnya tetapi yang masyhurnya ialah dua agama iaitu agama Brahman dan agama Buddha. Agama Brahman itu ialah agama yang menyembah segala dewa-dewa atau dewi-dewi  serta hantu-hantu puaka-puaka iaitu terbahagi pula kepada beberap mazhab mengikut nama dewa-dewa yang disembah itu. Seperti orang yang menyembah dewa-dewa umpanya maka dipanggil mereka itu orang mazhab Siva atau mereka yang menyembah dewa Vishnu dipanggil orang mazhab Vishnu demikianlah juga pada mazhab-mazhab yang lain.

Segala dewa-dewa yang disembah oleh orang-orang Hindu itu sangatlah banyak dan tiadalah gunanya kita sebutkan disini hanya agama ini ialah agama yang terua sekali dalam tanah India yang dipercayai dan disembah oleh seluruh umatnya beberapa lama. dalam pada itu diantara masa dua ribu tahun lebih yang lalu hingga sekarang timbullah seorang purbakala itu serta diajarnya suatu persembahan yang baharu kepada umatnya iaitu yang dinamakan agama Buddha

Kemudian apabila maha guru Buddha itu telah mati maka agama Buddha ini telah berpecah pula menjadi bebrapa mazhab tetapi di antaranya dua mazhab yang besar iaitu Hinayana dan Mahayana. Adapaun Hinayana itu ertinya kenderaan yang pendek iaitu pengikut-pengikutnya adalah semata-mata berpegang dengan ajaran maha gurunya yang asal sahaja dengan tidak diubah-ubah pun. Dikala itu pengikut mazhab ini yang terbaik sekali ialah orang-orang India selatan dengan hal ini ada pun dipanggilkan mazhab Daqsina Nika’i ertinya mazhab selatan tetapi dengan lama-kelamaanya pengajaran mazhab ini telah layu dalam tanah India hingga akhirnya terus terhapus melainkan didalam pulau Ceylo sahaja yang masih kekal lagi. Selain daripada pengikutnya ialah orang-orang Siam-Thai sekarang ini.

Adapun mazhab Mahayana ertinya kenderaan yang luas, ajaran-ajaran di dalam mazhab ini telah banyak dipinda dan ubah mengikut fikiran dari pengikut-pengikutnya, ada pula sesetengahnya telah persatukan dengan ajaran-ajaran Brahman yang asal hingga jadilah perbezaan yang jauh di antara kedua-dua mazhab Hinayana dengan Mahayana ini. Dikala itu mazhab Mahayana ini telah dipegang dan diikuti oleh orang India utara oleh itu ada pula digelarkan mazhab Utru Niki’i ertinya mazhab utara dan pengikutnya dipanggil orang Mahanikka yakni orang bermazhab Mahayana. Pengajaran dalam mazhab ini semakin lama semakin merebak dengan luasnya hingga masih kekal lagi dalam tanah India. Pada masa ini mazhab inilah yang banyak sekali diikuti oleh orang yang di sebelah timur itu seperti orang di dalam pulau Sumatera, Jawa, Bali, dan lain-lain termasuk juga Semenanjung  Tanah Melayu pada zaman jahiliyyah. Demikian juga mazhab ini masih kuat dipegang dan di percayai hingga sekarang oleh orang-orang didalam tanah Annam, Kemboja, Jepun dan Korea.

Adapun sebab-sebab yang menjadikan merebak dan luas agama Buddha mazhab Mahayana di sebelah timur ini ialah apabila orang yang datang dari India mengembangkan agama mereka itu. Kebanyakannya daripada orang-orang India Utara seperti dari negeri Kashmir dan lain-lainnya, mereka itu lebih banyak sekali ialah daripada orang Buddha yang bermazhab Mahayana.

Oleh yang demikian itulah  orang-orang di sebelah timur ini selain dari mengikut agama Brahman maka banyaklah pula yang megikut agama Buddha yang bermazhab Mahayana ini kecuali orang Siam-Thai yang masih tetap mengikut mazhab Hinayana.

Adapun kedatangan orang-orang Hindu ke sebelah timur pada masa itu biasanya mereka itu tinggal berkumpul-kumpul setelah perkumpulan mereka banyak jadilah ditempat itu negeri. Dengan hal itu dalam Tanah Melayu dan lain-lain pun mulailah terbuka negeri yang awal sekali yang belum pernah terbuka laig. Orang Hindu itu kedudukannya di dalam India suka dengan keadaan beraja-raja manakala mereka itulah mulai menduduki Tanah Melayu perasaan beraja-raja itu tidaklah juga hilang. Setelah negeri itu terbuka mulalah pula orang-orang Hindu itu melantik seorang penghulu atau rajanya yang menjalankan pemerintahan untuk keamanan dan keselamatan bangsa mereka. Oleh itu tiap-tiap sebuah negeri yang terbuka adalah pula dengan seorang raja pemerintahan sehingga terbukalah negeri itu sebuah lepas sebuah mengikut dimana adanya orang-orang Hindu itu berkumpul. Waktu itulah dalam bahagian utara Tanah Melayu mulai terbuka beberapa buah negeri-negeri seperti negeri Tambarlinggam, Gerahi, Takula, Langkasuka (Kedah) dan lain-lain kesemuanya negeri-neger- ini dikuasai oleh orang Hindu. Negeri Tambarlinggam itu ialah negeri Nakorn Sri Tammarat, atau Ligor yang ada di bawah pemerintahan Siam-Thai pada hari ini.

Orang-orang Hindu itu ialah bangsa yang tidak lupa kepada adat resam dan agamanya, dimana juga mereka tinggal sentiasalah dikerjakannya. Bila mereka telah mulai berkuasa dalam Tanah Melayu. Mereka pun membangunkan binaan-binaan agama mereka seperti rumah-rumah candi, berhala, dan lain-lainnya tempat pujaannya. Dengan yang demikian di mana-mana sahaja tempat yang telah pernah di diami oleh orang Hindu itu dapatlah diketahui daripada bekas-bekas atau kesan dari binaan yang tersebut itu.

Orang-orang Hindu itu bila mereka tinggal di mana-mana tempat sahaja sentiasalah mereka berbaik-baik dan bercampur gaul dengan penduduk-penduduk di tempat itu, akhirnya mereka dapat bersemenda-semendi dan berkahwin di antaranya. Oleh itu jadilah bertambah-tambah ramailah zuriat keturunan mereka denga kerana percampuran itu yang akhirnya zuriat keturunan itulah yang menerima pusaka dapat mengusai seluruh kawasan timur ini.

Di sin marilah kita memeriksakan sedikit hal ehwal penduduk-penduduk di salam Semenanjung  Besar Indochina iaitu tempat terdirinya negeri Siam pada hari ini supaya senanglah kita memahamkan bila disebut-sebut hal-hal yang berkenaan dengan Tanah Melayu yang akan disebut dibelakang.

Bahawa dalam masa sebelum kedatangan orang-orang Hindu. Ke sebelah timur ini adalah di tengah-tengah Semenanjung Besar Indochina pada masa itu telah didiami oleh beberapa bangsa daripada penduduk-penduduk tempatan yang telah ada denga negeri dan kerajaan masing-masing. Manakala sampai kedatangan orang-orang Hindu ke sana maka berlakulah juga keadaannya seperti kedatangan mereka di Tanah Melayu iaitu orang-orang Hindu telah diangkat oleh anak-anak negeri itu menjadi gurunya. Dengan yang demikian tiadalah payah jika agama mereka terlalu senang menjadi kembang dan biak hingga akhir seluruh penduduk di dalam negeri-neger itu telah berpaling memeluk agama-agama yang dibawa oleh orang-orang Hindu itu. Anak-anak negeri itu sangatlah menghormati dan memuliakan kedatangan orang-orang Hindu hingga ada di antaranya yang telah suka menyerahkan daulat pemerintahan negeri kepada orang-orang Hindu itu menjadi sebagai juru-juru khidmat kepadanya.

Adapun di tengah Semenanjung  Besar Indochina pada masa itu telah terdiri 3 buah kerajaan yang berasing-asing iaitu kerajaan bangsa Khmer duduknya di sebelah timur, kerajaan Lao duduknya di tengah-tengah Semenanjung  yang menjadi tempat negeri Siam pada hari ini dan ketiga kerajaan bangsa Mon. Sekalipun ketiga-tiga bangsa ini mempunyai pemerintahan masing-masing akan tetapi adat istiadat agama serupa sahaja kecuali bangsa Mon dan bangsa Khmer itulah sahaja yang lebih banyak terpengaruh oleh Hindu hingga raja-rajanya pun daripada orang-orang Hindu juga.

Adalah cara-cara pemerintahan Lao pada masa itu telah dibahagikan kepada empat buah jajahan dan masing-masing mempunyai ibu negerinya sendiri. Maka diantara empat buah jajahan itu yang lebih terkenal sekali ialah jajahan yang bernama Siam dan ibu negerinya terletak dibahagian utara jajahan Bangkok, jajahan inilah yang lebih besar sekali daripada jajahan-jajahan yang lain itu.

Apabila orang-orang Thai yang duduk di selatan negeri China telah datang menakluk kawasan atau jajahan itupun digelarkan negerinya dengan nama negeri Siam juga. Dengan sebaba inilah hingga sampai pada hari ini pun orang Thai itu telah masyhur dan dikenali oleh dunia dengan nama Siam ini juga.

Adapun ketiga-tiga buah kerajaan itu telah kekal kekuasaanya masing-masing hingga sampai pada kurun Masehi yang ke-9 kemudian baharulah kedudukan mereka berubah iaitu kekuasaan kerajaan Lao telah jatuh dan telah ditakluk oleh bangsa Khmer dan akhirnya kekuasaan bangsa Khmer ini telah dirampas oleh orang Thai hingga dalam kurun Masehi yang habis termasuk dibawah kekuasaan orang Thai. Dari semenjak itu terhapus semua sekali kuasa bangsa Khmer dalam tanah Siam itu seperti juga bangsa Lao.

Sungguhnya ketiga-tiga buah kerajaan yang tersebut selalu membuat perhubungan dengan seluruh negeri dan kerajaan  yang lain. Di antaranya  termasuk kerajaan-kerajaan yang memerintah yang ada dalam seluruh pulau-pulau yang di selatan. Pada masa itulah juga orang daripada ke tanah Siam telah mulai beransur-ansur turun ke selatan dan menumpu ke Tanah Melayu kerana meluaskan penghidupan mereka.

Dan dengan kerana orang yang datang itu dari tanah Siam maka itulah sebabnya orang-orang dalam Tanah Melayu memanggil mereka dengan orang-orang Siam. Supaya jangan bersubahat dengan orang-orang Thai yang ada sekarang ini maka kita panggilkannya Siam asli ertinya orang Siam asli yang menduduki dalam tanah Siam yang tersebut itu dahulu daripada kedatangan orang Siam-Thai sekarang ini.

Adapun kedatangan orang-orang Siam asli ke Tanah Melayu ini ialah dengan cara beransur-ansur dari suatu puak kepada suatu puak. Maka mengikut kenyataan dalam kitab-kitab sejarah bahawa masa kedatangan mereka itu ke Tanah Melayu ialah dalam kurun Masehi yang ke-4 dan yang ke-5 lagi dengan keadaan yang begitu lama menjadi ramailah mereka itu menduduki dalam Tanah Melayu. Setelah orang-orang Siam asli mulai mendesak kekuasaan orang-orang Hindu dengan jalan bercampur gaul dan bersemenda-semendi. Akhirnya menyebabkan darah-darah orang Hindu itu bercampur dengan darah Siam asli yang membawa kekuasaan orang-orang Hindu itu lemah hingga akibat dari percampuran ini raja Hindu pun telah berubah menjadi darah Siam asli. Akhirnya dengan beransur-ansur kekuasaan orang Hindu dalam Tanah Melayu itu pun jatuhlah pula ke orang-orang Siam asli.

Setelah orang-orang Siam asli dapat berkuasa dalam Tanah Melay, maka sentiasa mereka mendesak hingga bertambah-tambah maju dan jauh masuk ke Selatan Tanah Melayu seperti negeri-neger Gelangggayu, Gangga Negara, Pahang dan lain-lain pada masa itulah yang dikatakan orang Siam asli telah berkuasa dalam Tanah Melayu.

Maka kekuasaan orang-orang Siam asli dalam Tanah Melayu itu telah kekal beberapa ratus tahun lamanya hingga sampai dalam kurun Masehi yang ke-8. kekuasaan mereka pun mulai lemah kerana pada masa itu terdiri sebuah kerajaan orang-orang Melayu dalam Pulau Sematera iaitu kerajaan Sri Wijaya. Kerajaan ini telah datang menakluk negeri orang Siam asli dalam Tanah Melayu dan akhir sekali seluruh Tanah Melayu dapat ditakluk oleh kerajaan Sri Wijaya itu dan terhapus semua sekali kekuasaan orang-orang Siam asli. Tambahan pula pada masa itu juga pusat pemerintahan orang-orang yang dalam tanah Siam telah dapat dirampas kekuasaannya oleh orang-orang Thai yang datang dari selatan negeri China, hingga di sini hilanglah kekuasaan orang-orang Siam asli dalam Tanah Melayu.

Adapun asalnya tempat kedudukan orang-orang Thai itu dalam daerah-daerah yang  di selatan iaitu dalam jajahan Sze Chuan, Yunnan dan lain-lain. Oleh kerana orang-orang Thai dalam negeri China itu sentiasa ditindas, dihimpit dan diserang oleh orang-orang China yang lebih kuat kuasanya maka teraksalah orang-orang Thai melarikan diri merantau turun ke sebelah selatan melalui di tengah-tengah Semenanjung  Besar Indochina dengan beransur-ansur dari suatu puak ke suatu puak, di mana sahaja tempat yang mereka rasa aman dan selamat daripada himpitan orang-orang China, maka di situlah mereka membuat negeri. Setelah beberapa tahun lamanya banyaklah negeri yang telah dibuka oleh orang-orang Thai iaitu dalam kawasan yang di utara negeri Siam yang tersebut.

Di antaranya datanglah pula sebuah angkatan orang Thai yang melarikan diri itu membuka negeri berhampiran dengan kawan tanah Siam yang dikuasai oleh bangsa Khmer. Kemudian mulalah orang-orang Thai itu menyerang mendesak kekuasaan bangsa Khmer itu hingga akhirnya seluruh tanah Siam pun dapatlah ditakluk oleh orang Thai. Kemudian bangsa Khmer itu telah terpaksa melarikan diri ke sebelah tenggara dan dapatlah mereka mendirikan sebuah kerajaannya semula dalam negeri Kemboja sehingga kerajaan telah kekal sampai sekarang.

Demikianlah juga seluruh tanah Siam itupun telah dapat ditakluk oleh orang Thai dan mereka telah mendirikan sebuah kerajaan yang tetap  dan telah kekal kekuasaannya hingga telah terkenal dengan nama kerajaan Thai sampai pada hari ini.

Sekarang marilah pula kita mengetahui akan hal ehwal keturunan orang-orang Melayu itu dan dari mana asalnya kedatangan mereka masuk menduduki dalam Semenanjung  Tanah Melayu ini. Adapun datuk nenek orang-orang Melayu itu asalnya bertempat dalam pulau Perca atau pulau Sumatera. Dalam masa kedatangan orang-orang Hindu ke Tanah Melayu maka beberapa banyak pula di antara mereka itu yang telah belayar arah ke timur dengan menumpu kepada pulau yang di selatan dan yang timur Tanah Melayu itu, diantara pulau-pulau itu ialah pulau Sumatera, manakala orang Hindu itu datang ke sana tinggallah mereka itu dengan bercampur gaul dengan penduduk-penduduk asli dalam pulau itu sehingga terdirilah beberapa buah kerajaan yang didirikan oleh zuriat orang-orang Hindu itu.

Pada masa itu kedudukan orang-orang Jakun itu tidak bernegeri tetapi mereka ada berkampung halaman ada dengan ketua-ketua mereka dan pandai pula mencari penghidupan seperti menangkap ikan dan lain-lain. Demikian juga mereka pandai membuat dan menggunakan perahu dalam lautan sertan berani mereka melayarkan perahu-perahu itu hingga jauh ke tengah lautan kerana mencari penghidupannya.

Apabila orang-orang Hindu itu datang ke sana dan bercampur gaul dengan bangsa Jakun itu hingga sampai beranak dan bercucu cicit menjadi zuriat keturunannya yang besar. Maka daripada zuriat keturunan inilah yang menjelmakan pula sejenis bangsa manusia yang baharu yang menggelarkan dirinya “orang Melayu” ertinya orang mulia.

Sungguhnya orang Melayu ini keadaannya adalah lebih maju dan bertamadun lebih tinggi daripada datuk nenek mereka yang asal itu. Oleh kerana mereka telah dapat mempukasai kebudayaan dan kemajuan dari dua belah pihak iaitu dari pihak bangsa Jakun dan dari pihak orang-orang Hindu. Melayu ini adalah juga beragama dengan mengikut agama-agama datuk neneknya iaitu agama Buddha mazhab Mahayana atau Mahanika dan agama Brahman.

Manakala kedudukan orang-orang Melayu ini bertambah hari bertambah ramai maka terpaksalah mereka berpindah dan merantau ke seluruh daerah dan daripada orang-orang Melayu inilah yang telah membuka beberapa buah negeri dalam pulau Sumatera itu. Setengah daripada mereka itu telah keluar dari pantai-pantai pulau Sumatera dengan pelayarannya merantau ke seluruh pulau-pulau dan bumi-bumi besar yang di sebelah tenggara benua Asia seperti gugusan pulau Melayu termasuk juga pulau Hawai dan pulau Jepun yang di dalam bahagian lautan Pasifik dan ke pulau-pulau Andaman. Ceylon, Naikobar, Mandagaskar dan lain-lain yang di dalam bahagian lautan India. Sehingga ada pula di antara pelayaran orang-orang Melayu itu telah mendarat dan bernegeri di sebelah pantai-pantai tenggara benua Asia.

Maka pelayaran mereka ada yang berulang-alik dan pula sesetengahnya telah langsung tinggal mendiami pada tempat-tempat itu sehingga beranak dan bercucu cicit menjadi penduduk-penduduk dalam seluruh tempat-tempat tersebut. Oleh sebab itulah segala pulau-pulau di dalam lautan Pasifik dan lautan Hindi serta dalam beberapa tempat di pantai-pantai tanah besar benua Asia ini, telah di dapati penduduk-penduduknya adalah keturunan orang Melayu purbakala. Demikian itulah juga beberapa buah pulau-pulau yang ada di sebelah timur ini digelarkannya “gugusan pulau-pulau Melayu” iaitu gugusan pulau yang diduduki oleh orang Melayu yang berketurunan daripada datuk nenek mereka purbakala.

Adapun pada beberapa tempat di pantai-pantai benua Asia ini banyaklah di antaranya yang telah pernah dilawati dan di diamai oleh orang-orang Melayu purbakala. Istimewanya di Semenanjung  Tanah Melayu ini yang telah digelarkan dengan nama Tanah Melayu khasnya maka diantara tempat-tempat yang tersebut itu sesungguhpun pada masa ini telah tiada lagi diduduki oleh orang-orang Melayu akan tetapi daripada riwayat dan sejarah serta melihat kepada kesan-kesan serta nama-nama tempat atau kampung dan sebagainya nyatalah telah pernah diduduki oleh orang-orang Melayu pada zaman purbakala. Setengah daripadanya ialah di dalam bahagian utara Semenanjung  Tanah Melayu iaitu kawasan yang di bawah takluk kerajaan Siam-Thai sekarang telah didapati banyak tempat-tempat atau kampung-kampung yang masih bergelar dengan nama Bahasa Melayu hingga sampai pada hari ini.

Didalam buku Tarawikh Siam-Thai, Singgora ada menyatakan bahawa pada suatu tempat yang di pantai utara kuala negeri Singgora atas suatu pinggir bukit yang bernama Kho Deng atau Bukit Merah, Pada masa purbakal telah terdiri sebuah negeri orang-orang Melayu di sana tetapi bilakah negeri itu terdiri dan apakah nama negerinya tidaklah dapat diketahui dengan sah. Dalam hal itupun telah dipercayai barangkali negeri inilah yang digelarkan negeri Singgora dari awalnya kerana Singgora itu ertinya ialah bukit.

Lebih lanjutnya telah didapati di dalam buku tawarikh negeri Pathlung ada menyatakan bahawa adalah raja yang memerintah negeri yang tersebut itu telah beragama Islam namanya Sultan Sulaiman. Kerajaan orang-orang Melayu ini pada akhirnya telah ditewaskan  oleh musuhnya. Dan Sultan Sulaiman itu telah mati di dalam peperangan. Oleh sebab itu sekalian rakyat negerinya telah menjadi berpecah-belah dan berporak-peranda setengah daripada mereka itu telah melarikan diri ke utara lalu membuka negeri baharu di dalam jajahan Pathalung atau Bedelung yang ada dibawah pemerintah kerajaan Siam-Thai pada hari ini. Adapun mayat al-Marhum Sultan Sulaiman itu telah dikuburkan di negeri bagindanya juga. Kawasan makam perkuburan itu masih lagi dapat dilihat pada masa ini yang hanya penuh dengan hutan rimba sahaja. orang-orang Melayu di dalam negeri Singgora dan Nakorn Sri Thammarat memanggil makam perkuburan itu “Hum” yakni al-Marhum hingga sekarangpun maih banyak juga dilawati oleh pendduduk negeri itu pada tiap-tiap tahun.

Selain daripada itu ada pula sebuah negeri yang terebut di dalam buku sejarah bangsa-bangsa dalam Indochina Perancis, iaitu namanya negeri Champa. Negeri ini ialah neeri yang dibuka oleh orang-orang Melayu yang melawat ke sana pada zaman purbakala. Ibu negerinya bernama Inderapura, negeri ini sangatlah masyhur kekuasaannya pada zaman itu, iaitu Masehi 1471 negeri itupun dapatlah ditewas oleh musuhnya. Kemudian telah jatuh tertakluk kepada orang-orang Annam hingga sekarang tiadalah lagi dapat diketahui di mana duduknya negeri Champa itu hanya yang menjadi sebutan ialah di dalam buku-buku sejarah sahaja.

Maka daripada kenyataan-kenyataan yang tersebut di atas itu telah menunjukkan bagaimana kuatnya semangat mereka hingga dapat berkuasa di dalam negeri orang yang nama sangatlah jauh bezanya dengan orang-orang Melayu pada hari ini.

Adapun kedatangan orang-orang Melayu dari Sematera ke Tanah Melayu, mula-mulanya mereka itu berkediaman di tepi-tepi pantai dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya sahaja iaitu mulai dari pantai-pantai selatan kemudian beransur-ansur masuk ke utara Tanah Melayu. Sungguhpun pada masa itu orang-orang Siam asli sedang berkuasa di dalam Tanah Melayu tetapi kekuasaannya ialah di dalam kawasan yang di tengah-tengah bumi yang jauh dari laut sahaja kerana biasanya orang-orang Siam asli itu tidak berapa suka tinggal di tepi-tepi laut. Oleh itu didapati bahawa negeri-neger yang dibuka oleh mereka itu. Banyak terdiri di tengah-tengah  bumi yang jauh dari laut sahaja.

Yang demikian bila orang-orang Melayu yang datang ke Tanah Melayu hanya tinggal di tepi-tepi pantai sahaja itu tidak menjdai apa-apa pertilangkahan atau permusuhan dengan orang Siam asli itu kerana masing-masing ada tempat kediamannya. Istimewanya pula orang-orang Melayu pada masa itu telah memakai adat istiadat dan agama yang sejenis degan orang-orang Siam asli maka dapatkalah mereka hidup berbaik-baik. Sebenarnya kedatangan orang-orang Melayu pada masa itu tidak adalah tujuan selain daripada menumpang hidup bersama-sama di dalam Tanah Melayu tetapi maka semakin hari semakin banyak kedatangan orang-orang Melayu sehingga rata seluruh Tanah Melayu diduduki oleh mereka itu iaitu di seluruh pantai-pantai timur, barat dan selatan sampai ke utara. Berbetulan pula pada masa itu kerajaan Sri Wijaya dalam pulau Sumatera telah meningkatkan kekuasaan maka dewasa itu berubahlah tujuan orang-orang Melayu dari secara orang menumpang kepada cara hendak mengambil kekuasaan di dalam Tanah Melayu. Langkah ini telah dimulai dengan seorang daripada anak Sri Wijaya yang bernama Raja Nila Utama telah datang membuka negeri Temasek dan di situlah telah sedia didiami oleh orang-orang Melayu lebih dahulu lagi sehingga telah menjadi sebuah kerajaan serta memerintah di situ dengan bergelar Singapura dan di situlah negeri yang awal sekali didirikan oleh orang-orang Melayu yang akhirnya negeri mereka itu pun habislah ditakluk oleh Raja Siam asli di dalam Tanah Melayu.

Sekarang marilah pula kita mengetahui dan mengambil kedudukan kerajaan Sri Wijaya itu dengan secara ringkasnya. Adapun kerajaan Sri Wijaya purbakala  di dalam pulau Sumatera iaitu kerajaan yang pertama sekali bagi orang Melayu yang berkuasa di dalam pulau itu dan telah terkenal semenjak kurun Masehi yang pertama lagi pusat pemerintahannya ialah di dalam negeri Palembang pada masa ini.  Orang-orang yang membuka negeri itu ialah orang-orang Melayu yang beragama Hindu yang dipanggil juga orang-orang Melayu Hindu, kerajaannya telah diperintah oleh beberapa orang keturunan rajanya dan dinamakan keturunan Raja Silen. Maka dipercayai juga raja yang awal membuka dan memerintah diatas takhta kerajaan Sri Wijaya itu bernama Raja Silen. Ada juga sebagai keterangan atas ketinggian kekuasaan pada masa itu.

Sesungguhnya kerajaan Sri Wijaya telah maju dengan luasnya hingga kepada kurun yang ke-14 baharulah terhapus kuasanya. Di dalam masa ia berkuasa itulah semua negeri yang diperintah oleh orang Siam asli telah habis sekali ditakluknya seperti Tanah Melayu. Sumatera, Jawa, Bali dan lain-lain. Hingga di dalam kurun yang ke-8 Sri Wijaya telah berjaya dapat menakluk negeri Melaka dan kemudian dalam kurun Masehi yang ke-9 kekuasaan Sri Wijaya makin bertambah-tambah besar merebak sehingga baginda dapat menakluk negeri Nakorn Sri Thammarat serta beberapa buah negeri di sebelah selatan Siam hingga ke utara iaitu dapat menakluk negeri Nakorn Pathum atau Nika Patam yang duduk di sebelah barat kota Bangkok pada hari ini.

Dewasa itulah Sri Wijaya telah membangunkan rumah-rumah candi yang besar di dalam negeri Nakorn Sri Thammarat dan Nakorn Pathum maka di antara rumah-rumah  candi itu masih lagi ada tertinggal di dalam dua buah negeri yang tersebut hingga pada hari ini. Dari semenjak itulah kekuasaan orang-orang Siam asli dalam Tanah Melayu bertukar kepaa orang-orang Melayu dari Sumatera. Pada masa itu, orang Melayu sentiasalah datang ke Tanah Melayu dengan bebasnya sehingga mereka telah mendesak masuk ke seluruh Tanah Melayu dan membuka beberapa buah negeri iaitu Johor kemudian Selangor, Terengganu, Perak, Kelantan, dan Patani. Semua negeri-neger ini tertunduk di bawah Sri Wijaya juga.

Adapun kekuasaan kerajaan Sri Wijaya itu masih terus berdiri dan majunya hingga hampir pada akhir kurun Masehi yang ke-14. setelah itu maka kekuasaannya mulalah beransur-ansur lemah kerana pada masa itu negeri Palembang pusat pemerintahannya dalam Sumatera telah terjatuh ke tangan kerajaan Majapahit iaiatu sebuah kerajaan yang baharu berkuasa di pulau Jawa iaitu dalam tahun Masehi 1377. Dan pada tahun ini juga kerajaan Majapahit telah dapat menakluk negeri Singapura hingga seluruh negeri-neger dalam Tanah Melayu.

Pada masa kerajaan Sri Wijaya mulai beransur-ansur hilang kekuasaan ini maka orang-orang Thai yang telah dapat menduduki dan berkuasa di tanah Siam itu pun datanglah mereka menyerang dan menakluk negeri Nakorn Sri Thammarat serta negeri yang di selatan Siam. Sehingga di sini kekuasaan Sri Wijaya di dalam Tanah Melayu dan di tanah Siam pun terhapus semua sekali tiada berketinggalan lagi, pada masa itu Tanah Melayu terasing menjadi dua bahagian iaitu bahagian utaranya telah diperintah oleh kerajaan Thai dan bahagian selatannya telah ditakluk oleh kerajaan Majapahit.

Sungguhpun seluruh negeri Melayu telah tertakluk kepaa kerajaan Majapahit tetapi oleh kerana pusat pemerintahannya terletak dalam Pulau Jawa yang terlalu jauh duduknya dari Tanah Melayu, maka terbiarlah negeri-neger Melayu itu diperintah oleh rajanya masing-masing. Apabila kerajaan Majapahit itu telah hilang kuasanya kerana ditakluk oelh sebuah kerajaan Islam yang di tanah Jawa semakinlah terbiar hal ehwalnya dalam Tanah Melayu. Kemudian kekuasaan pemerintahan terpulanglah semula kepada raja-raja Melayu itu memerintah negeri masing-masing dan dari semenjak itu tetaplah raja-raja Melayu menduduki atas takhta kerajaannya dengan bebas tidak diganggu oleh siapa-siapa lagi. Itulah asas bagi kemerdekaan negeri-neger dalam Tanah Melayu hingga sampai ke hari ini.

Tatkala lahirnya agama Islam dalam Semenanjung  Tanah Arab yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w. maka menjalarlah ia ke tanah India dan dari tanah India itulah agama Islam telah dibawa ke Tanah Melayu serta pulau-pulau yang di sebelah timur ini. Ahli-ahli tawarikh telah menyatakan bahawa dalam negeri Kedah ialah awal-awal negei Melayu yang diduduki oleh orang Islam dari semenjak kurun Masehi yang ke-9 lagi mereka itu ialah saudagar Arab, India dan Parsi yang datang berniaga ke Tanah Melayu.

Di dalam tahun Masehi 1403 seorang daripada raja Melayu Hindu yang memerintah atas kerajaan Melaka dengan suka harinya sendiri telah memeluk agama Islam. Baginda ini dlaam masa beragama Hindu bergelar Raja Parameswara dan manaka beragama Islam baginda bergelar Sultan Muhammad Syah. Kemudian daripada itu Raja Maha Wangsa yang memerintah negeri Kedah pula telah memeluk agama Islam serta digelarkan dengan nama Sultan Mansur Syah. Semenjak itu agama Islam telah bertambah-tambah luas dan merebak ke seluruh negeri di dalam Tanah Melayu hingga ke dalam beberapa buah jajahan yang di bawah pemerintahan Siam. Demikian jua orang-orang Siam  sendiri pun ada juga memeluk agama Islam itu iaitu dipanggil orang-orang Sam-sam.



Patani Yg Diabai
ปัตตานีที่ถูกลืม


Patani Basin
 


Masji Kersik
 

Photo Album
Sejarawan Patani
Sejawaran Siam
Sejarawan Luar
Peristiwa Kersik
Tragedi Takbai
Tempat Bersejarah

Sri Patani

Masjid Teluk Manok

 

Hosted by www.Geocities.ws

1