Risalah

                                  PILGM

 

 

 

 

 

PERSATUAN ISLAM LEMBAGA GETAH MALAYSIA

148, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, 50716, Kuala Lumpur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KE ARAH UMAT YANG MANFAATKAN ILMU

 

 

Waktu Solat

 

Siapa YDP PILGM yang baru???

Risik-risiklah mulai sekarang siapa di kalangan warga LGM layak untuk kita calonkan sebagai YDP baru. Calonlah mereka yang mampu memberikan sumbangan yang terbaik untuk PILGM.

 

 

 

Ringkasan Berita

Kabar Mesyuarat Agong 2004

Kami mengalu-alukan anda semua mencalunkan jawatankuasa yang terbaik untuk sesi 2004-2006 di dalam mesyuarat agong PILGM yang akan datang. Anda tentu mempunyai calun-calun yang berwibawa yang anda rasakan dapat memimpin PILGM agar bergerak dengan lebih cemerlang. Usulkan cadangan calun anda pada mesyuarat agong PILGM nanti.

 

TABUNG KEBAJIKAN PILGM
Tabung Kebajikan PILGM memerlukan sumbangan anda semua untuk memperkukuhkan dana. Sumbangan anda kepada Tabung Kebajikan akan digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim, golongan miskin, mangsa-mangsa bencana dan mereka yang menimpa musibah serta golongan masyarakat Islam yang tidak bernasib baik. BANTUAN DARI TABUNG KEBAJIKAN MENJADI AKTIVITI TAHUNAN kerana saban tahun bantuan kebajikan dari tabung ini telah memberikan sumbangan jasa yang besar ertinya kepada berbagai umat Islam yang malang terutamanya anak-anak yatim. Anda diseru berilah bantuan tidak kira besar mana. Kami amat berbangga dan terharu jika anda berkerelaan hati menyumbang secara tetap melalui potongan gaji memadai sebanyak RM5.00 sebulan atau sedekahkan wang terus kepada Tabung Kebajikan PILGM. Semua anda diseru mendermalah.....

 

Dapatkan borang dari Dr Norhayati Moris, Pn. Doyah Long atau KLIK SINI emailkan pada webmaster.

 

Tabung Khairat Kematian

Tabung Khairat   Kematian adalah satu tabung  bagi manfaat ahli PILGM yang kematian waris. Waris ahli sebagaimana termaktub dalam perlembagaan ialah isteri atau suami, anak yang di bawah tanggungan ahli, termasuk juga anak tiri dan anak angkat yang tinggal serumah dengan ahli dan berumur tidak melebihi 21 tahun. Waris yang lain ialah ibu-bapa. Setiap waris ini perlu didaftarkan dengan persatuan.

 

Tuntutan hendaklah dibuat kepada Setiausaha Kehormat dalam tempoh sebulan. Tuntutan yang melebihi sebulan tidak akan dilayan melainkan terdapat sebab-sebab yang munasabah. Satu tuntutan sahaja untuk satu kematian dan akan dikutip semula dari ahli secara purata. Jumlah bantuan sekarang ialah RM400.00.

 

 

Pemberitahuan

Kepada ahli-ahli PILGM yang mempunyai email akan diberitahu melaui email anda apabila laman ini dikemaskini.

Sila maklumkan email anda kepada saya.

 

Webmaster

Mohamad Noor Shafie

 

__________________________

Penaung::  Dato’ Hashim Yahya

Penasihat: Dato’ Masitah Ibrahim

                 Us. Tn Hj. Omar Johari

                 Dato’ Us. Firdaus Ismail

                 Dr. Mohamad Abu Bakar

Pemegang Amanah:

             Dato’ Abdul Hamid Sawal

             Tn. Hj. Ibrahim Said

 

 

Ahli Jawatankuasa Kerja (2002-2004)

 

YDP:     Dr. Hj.  Maarof Zainal Abidin

NYDP:  Tn. Hj. Mohamad Rouyan Bakar

Setiausaha:  Abdul Aziz Awang

Pen. Setiausaha:  Kahar Mubakar Hariri

Bendahari:  Tn. Hj. Mohd Akib Mohd Yusof

 

Ahli Jawatankuasa:

              Mohamad Noor Shafie

              Zainal Hamid

              Abdul Rapa Bingkus

              Tn. Hj. Johani Md Zain

              Pn. Hjh. Naimah Ibrahim

              Dr. Norhayati Moris

              Pn. Doyah Long

              Pn. Masbawati Shaari

              Dr. Faridah Hanim

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Dear Guest, By the time you access all the pages you are likely to get the: "Sorry, this site is temporarily unavailable!" notice. If this happens, the access to this site will be restored within an hour. You can try again later. This is because the data transfer allocated by geocities to this free web site is limited, and my pages have images that vary from 1KB to 41KB in size. Hope you got it. Sorry about it folks!”

 

 

BIASISWA PENDIDIKAN PILGM

Biasiswa Pendidikan Tabung PILGM tarikh tutup permohonan pada 30 April 2004 ini. Sekiranya ada anak-anak anda yang mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR atau SPM atau STPM atau layak ke Institut Pengajian Tinggi boleh cuba membuat permohonan.

 

Hanya yang layak sahaja dipertimbangkan sebagai penerima biasiswa ini. Untuk keterangan lanjut sila baca “Biasiswa pendidikan PILGM” dan borang dapat kan di “Borang biasiswa PILGM“.

 

MUTIARA KATA

 

Nabi Muhammad saw pernah bersabda, “Empat macam manusia tidak Allah swt masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, iaitu peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibubapanya”, (Riwayat Al hakim)

 

Nabi bersabda, “Sesiapa yang membuat ibubapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah swt. Sesiapa yang menyakiti hati ibubapanya maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah swt”. Riwayat Bikhari

 

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sekali”. An Nisa 142

 

“Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari Kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas”. Al Baqarah: 212

 

 

??????

Siapakah bakal YDP baru? Ianya pasti terjawab selepas mesyaurat Agong Tahunan nanti.... tunggu... YDP yang lalu iaitu Dr. Maarof Zainal Abidin telah pun bersara wajib dari LGM mulai 13 Mac 2004 yang lalu. Kehilangan beliau amat dirasakan bagi menerajukan PILGM agar terus bergerak aktif bagi menyumbangkan bakti kepada semua ahli dan kakitangan LGM. Untuk sementara waktu ini jawatan ini dipangku oleh NYDP iaitu Tuan Haji Mohamad Routan Bakar sehinggalah Mesyuarat Agong PILGM akan datang dijalankan. Kerjasama dari semua ahli dan jawatankuasa amatlah penting bagi membantu NYDP menggerakkan PILGM terus maju kehadapan.

 

 

Ceramah Agama Bulanan

Ceramah agama setiap bulan masih berjalan mengikut jadual yang ditetapkan di LGM, Sg. Buluh, LGM Jalan Ampang dan di Bangunan BGA.

 

Program di LGM Sg. Buluh dapatkan maklumat dari En. Abdul Rapa Bingkus atau Pn. Asyiah Sarbi. Program ceramah di LGM. Jln Ampang maklumat boleh diperolehi dari En. Abdul Aziz Awang atau En. Kahar manakala ceramah di BGA maklumat boleh didapati dari En. Kahar.

 

“Gambar-gambar sekitar PILGM. KLIK galeri foto di atas kanan”

 

Terkini Kemaskini 15 April 2004

 

SEMAK NAMA ANDA DALAM SKIM INSURAN TAKAFUL.

Senarai Peserta takaful Kemalangan Diri Berkelompok: PILIHAN “A”

Senarai Peserta Takaful Kemalangan Diri Berkelompok: PILIHAN “B”

Senarai Peserta Takaful Kemalangan Diri Berkelompok: PILIHAN “C”

Peserta Skim Takaful Keluarga Berkelompok: PILIHAN “1”

Peserta Skim Takaful Keluarga Berkelompok: PILIHAN “2”

 

MAHASUCI ALLAH

 

 

 

______________________________________-

Artikal Lepas Kemaskini 1 April 2004

Banyak ilmu yang memberi manfaat..... bacalah.....

 

Biasiswa pendidikan PILGM cepat tarikh tutup dah dekat

Borang biasiswa PILGM download segera

Imam masjid Al-Ikhlas LGM: Satu cadangan wajar

Keruntuhan Akhlak: Krisis yang mencemaskan Siri Kedua

Menentang ajaran sesat: Qadiani bukan ajaran Islam Siri Ketiga

Meriah jamuan persaraan YDP di RRIES ada gambar lagi..

Pemimpin Hamas: Syahid yang dinantikan

Merayakan yang bukan hak kita

 

 

Artikal Lama

 

Jamuan meraikan persaraan YDP

Menghargai jasa YDP

Rahsia 10 Muharram

Krisis akhlak: Fokus dalam keluarga Siri Pertama

Menentang ajaran sesat: Anti Hadis Siri Pertama

Menentang ajaran sesat: Fikir secara bijaksana Siri Ke 2

Kisah 2: Berpada tetapkan hantaran kahwin mesti baca

Kisah 3: Nasib seorang pesara mesti baca

Hijrah kepada yang haq terkini

Hendaklah kamu membaca Quran

Budu ada khasiatnya

Perutusan YDP

Amalan di bulan Muharram

Doa-doa di bulan Muharram

Kisah 1: Suatu drama di musim haji (Teladan menarik)

Lanjut kerja di LGM

Amaran virus PC dalam PPS (AMARAN)

Kenapa & Mengapa???

Antara kejadian fitrah manusia

Silaturrahim, senyum antara cara peroleh keredhaan

Taubat perlu ikhlas dan bersungguh-sungguh

Jamuan Hari Raya Eidul Adha

Seminar Ketrampilan Diri Mengikut Perspektif Islam

Baghdad Kota 1001 Malam

Perintah Beramal Soleh

Himpunan Hadis Untuk Pedoman Hidup

Pengumuman Tabung Kemanusiaan Iraq

Kaedah berhutang & jualbeli menurut Al-Quran

Kisah orang yahudi menurut Al-Quran

Kita wajib memerangi syaitan

 

Arkib Artikal Lama

Berita+Artikal+Aktiviti

Jika mahu membaca artikal lama klik ARKIB

 

<ARKIB>

 

 

 

COGANKATA PILGM

BERIMAN, BERUSAHA DAN BERJAYA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini Terakhir

16 April 2004 (26 Safar 1425H)

 

 

 

 

Ingin Tahu Berkenaan PILGM?

 

*  Objektif Persatuan

*  Keahlian

*  Skim Takaful Islam

*  Senarai Ahli

*  Sejarah PILGM

 

 

Links

Lembaga Getah Malaysia

Tun Abdul Razak Research Centre UK

Persatuan Pegawai Kanan LGM, SOA

 

 

Pengetahuan Islam

JAKIM

IKIM

Jabatan Agama Islam Selangor

e-FATWA

MAIS Brunei

MAIS Singapura

Persatuan Ulama Malaysia

Persatuan Pembimbing Muslim Sabah

Search Al-Quran

Al-Ahkam Online

 

 

Umum

INTAN

AgroLink

JPA

 

 

GALERI FOTO PILGM

Klik untuk melihat gambar-gambar yang menarik

 

 

KENYATAAN

Dengan mengadakan laman web PILGM ini memudahkan semua ahli PILGM mengakses web untuk mendapatkan berita terkini dan mengetahui perkembangan PILGM setiap masa. PILGM juga berterima kasih kepada pengurusan tertinggi LGM yang memberikan segala kemudahan sehingga laman web ini dapat dilaksanakan. Saya menyarankan kepada semua ahli-ahli yang mempunyai kemudahan internet supaya sentiasa mengakses laman ini bagi mendapat maklumat yang lebih cepat. Saya juga berharap webmaster laman ini akan selalu memaklumkan kepada ahli melalui email jika kemaskini laman ini dilakukan. Dr. Maarof Zainal Abidin, YDP PILGM

 

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1