Pelacuran secara terbuka tanpa gangguan

ramlisdar menulis

"Aku kecewa dan hairan kerana sejak dulu lagi tidak ada tindakkan tegas yang di ambil keatas PELACOR yang menjalankan perniagaan mereka secara terbuka tanpa segan silu, di Kuala Lumpur. Yang amat memalukan dan menyedehkan, ramai dari pelacor ini terdiri dari orang Melayu. Sesuatu perlu dilakukan dengan tegas !!!!!!!

Pelacoran secara terbuka di Negara Islam HadHari

Suatu ketika semasa aku pergi ke Petaling Street, untuk membeli belah. Aku park kereta, di Stadium Merdeka berhadapan ibu pejabat Polis Dang Wangi, lalu berjalan kaki. menuju ke Petaling Street..

Apa yang aku lihat dalam perjalanan aku menuju ke sana, terdapat pelacor2 yang berkeliaran secara discrete, mencari pelanggan, di hotel2 kelas murah yang berdekatan. Bayangkan pelacor menjalankan perniagaan mereka, secara discrete tetapi terbuka tidak jauh dari balai Polis, di mana ramai pejuang REFORMASI pernah dimasokkan kedalam lockup. Pada aku pelacor ini dan pelanggan mereka adalah lebeh layak dimasokkan ke dalam lockup, kerana perbuatan mereka.

Di suatu ketika yang lain pula, Baru2 ini aku pergi bank berdekatan dengan Jalan Haji Taib, di Chow Kit Road, KL. Senario pun sikit lebeh kurang dengan senario di Petaling Street. Cuma di sini lebeh hebat lagi, siang hari pelacor berani menjalankan perniagaan mereka, dan terdapat PONDAN2 juga yang berkeliaran. Tetapi aku di fahamkan keadaan di siang hari tidaklah seterok dengan senario di malam hari. Bagaimana agak nya, di malam hari YA? .

Aku hairan, adakah ini yang di katakan Negara Islam HadHari. Di mana perniagaan SEX, boleh di jalankan secara terbuka, dan telah berjalan sekian lama, sejak dulu lagi. Tanpa ada tindakkan yang konkrit diambil keatas mereka yang terlibat. Yang menyedehkan ramai dari pelacor2 dan PONDAN2 ini adalah kaum Melayu. Di manakah mereka yang bertanggong jawab? Kasihan pada arwah Haji Taib. Jatoh maruah, arwah si Pak Haji Taib kerana nama beliau di kaitkan dengan industri yang tertua di dunia ini.

Dalam surat kabar pula terdapat iklan pelacoran, di buat secara terbuka, yang menyamar sebagai iklan untuk mengurut, Aku ambil satu contoh: “Body massage , 23hrs, female masseur, outdoor, hotel. Interested please call 016-*******.” Manalah ada orang urut sampai 23 jam. Ini jelas satu perniagaan yang menggunakan urut sebagai front untuk mengaburkan mata orang ramai.

Aku berharap sangat ada pihak yang prihatin yang akan mengambil tindakkan. Kena ada slogan sifar pelacoran di Negara Islam HadHari !!!!!!!!!!!!!
 

Hosted by www.Geocities.ws

1