SIRI KANAK-KANAK
IQ PINTAR
Bahagian Kedua
(Satu Kajian Kes
Pengalaman Sebenar)
oleh TETTY
HENNEY ZULKIFLI
PENDIDIKAN PASCA
NATAL (Post-Natal)
Berikut adalah antara
beberapa elemen yang menyambung kepada kes kajian ke atas seorang kanak-kanak
lelaki yang berIQ pintar dari usia sebenarnya. Siri ini akan mendiskusikan
pendidikan ke atas kanak-kanak :-
Peringkat 1 –
12 bulan
-
Peringkat Bayi –
Dari Usia 1 – 3 Bulan selepas kelahiran.
Pemakanan - Bayi
perlu diberikan makanan seperti susu ibu sepenuhnya di mana proses tumbesaran
otak, tulang dan badan berlaku. Setengah bayi memerlukan makanan
sapihan seperti bijiran halus bagi melengkapkan tempoh penyusuan.
Pastikan susu yang dibekalkan kepada bayi mempunyai input seperti :-
a) Ibu yang menyusu
badan – meneruskan penyusuan dada kerana cara ini lebih digalakkan.
Bayi ketika ini tidak memerlukan makanan sapihan.
b) Ibu yang menyusu
botol – disyorkan memberi susu jenis formula kacang soya. Jika makanan
sapihan diperlukan, pastikan ibu-ibu berupaya menyediakan sendiri nasi
atau kentang yang dikisar halus. Ibu-ibu bebas menambah ke dalam
sapihan seperti makanan-makanan berasaskan sayur-sayuran dan bahan protin,
kabohidrat, vitamin dan garam mineral.
Kedua-dua input
ini menentukan sistem pemakanan yang betul untuk perkembangan kehidupan
dan tabiat bayi apabila dewasa kelak.
Pendedahan kepada
bunyi dan objek persekitaran – boleh dimulakan pada peringkat 1-3 bulan.
Bayi secara semulajadi yang merupakan anugerah Tuhan di mana ia dapat berkembang
dan belajar sendiri dalam kitaran hidupnya. Bergantunglah kepada
kedua ibubapanya untuk memberikan sokongan dan perhatian sepenuhnya agar
dapat melihat dan menyaksikan perubahan-perubahan bayi.
4-6 bulan
– Bayi pada peringkat ini sudah boleh meniarap. Pandangannya mula
tajam. Tindakan refleks menonjol dan ia berminat untuk mencapai objek
di hadapannya.
Berat badannya dua
kali ganda berat lahirnya. Ini memerlukan sistem pemakanan yang lebih
kuantiti dan kualitinya. Berat bayi yang menyusu badan adalah agak
kurang berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula. Namun oleh
kerana intisari perkembangan tabiat semulajadi manusia yang kompleks adalah
merupakan ciri-ciri built-in dalam susu badan yang dilengkapi dengan zat
dan vitamin serta kesempurnaan sistem penghadaman adalah merupakan rangkaian
terbaik kepada pembentukan insan yang kamil.
Bayi mula menunjukkan
tindakbalas terhadap mobilisasi seisi ahli keluarga. Ini membawa
kepada minat kepada pergerakan seperti merangkak. Ibubapa perlu bercakap
dengan sebutan dan bahasa yang tepat serta mengundang bayi untuk turut
serta dalam kegiatan riadah di samping memberikan kasih sayang dan belaian
yang secukupnya bagi kesempurnaan perkembangannya.
7-9 bulan
– Bayi sudah pandai merangkak, memegang atau mengubah sesuatu objek dari
satu tangan ke satu tangan yang lain. Ia sudah mampu memegang makanan
untuk disuap sendiri. Gigi sudah tumbuh iaitu kacip rahang bawah
yang akan menimbulkan keinginannya untuk memakan apa yang ada di tangannya.
Jelas ketara sekali, kemajuan tentang tabiat bayi pada sebutan ‘mama’ atau
‘da-da’. Memahami arahan atau perkataan yang mudah diajukan kepadanya.
Sebaik-baiknya,
ibu perlu lebih matang dan bersabar kerana bayi di peringkat ini memerlukan
lebih perhatian apatah lagi sesetengah bayi yang dikenalpasti sebagai hyper-active
akan belajar berdiri dengan cepat.
Pemakanan – Ibu perlu
mengadakan jadual sajian pemakanan yang praktikal untuk menguji tindakbalas
bayi kepada makanan yang dibekalkan kepadanya. Ia akan menunjukkan
respons ke atas makanan yang disukainya sebaliknya menolak atau merengek
sekiranya makanan itu tidak memenuhi seleranya.
Bekalan susu ibu
atau susu formula harus berterusan demi perkembangan dan kesihatan yang
sempurna.
Rekodkan setiap perubahan
tabiat, pemakanan dan perubahan fisikal dari masa ke semasa supaya dapat
dikenalpasti kebolehannya. Dari situ, anak-anak yang bakal lahir
selepasnya dapat diambil tindakan proaktif.
10 – 12 bulan
– Untuk mengenalpasti bayi berupaya berjalan di dalam awal bulah ke-10,
bayi yang di awal bulan ke-9 sudah pun menempuh pergerakan meniarap, merangkak
dan berdiri dengan sokongan sebelah tangan.
Mengikut kajian
ke atas bayi, jika ia sentiasa dilatih berjalan setiap hari dengan kedua
belah tangan dipegang, ia akan cepat berjalan dan lama-kelamaan akan berjalan
dengan sendiri ketika berusia lewat 11 bulan.
Lazimnya bayi di
peringkat ini gemar diurut – urutan kaki selepas melakukan latihan berjalan
akan menyenyakkan lagi waktu tidurnya. Ini akan lebih menyihatkan
tubuh badannya dan perkembangan otaknya.
Ketika ini, bayi
sudah mampu duduk bertinggung dan bangun daripada duduknya untuk mengambil
sesuatu objek. Bayi akan mula bersedia untuk melakukan langkah pertama
pada lewat bulan ke sepuluh. Ia boleh berjalan sambil melambai atau
membawa objek ringan. Kekadang, ia akan cuba memanjat katil atau
tempat tinggi. Di sinilah ibu-ibu perlu berperanan dalam menyaksikan
perubahan bayi sambil tidak mengongkong kebebasannya.
Kesihatan – Pada
masa yang sama, aspek kesihatan perlu dijaga kerana ketika ini, bayi begitu
aktif bergerak tidak menghiraukan suasana kebersihan persekitarannya.
Antara perkara-perkara yang perlu dititikberatkan ialah :-
-
Pakaiannya
-
Tempat tidurnya
-
Alat-alat permainan
-
Perkakas Makanannya
seperti mangkuk, sudu, garpu, botol susu dsb.
-
Perabot rumah
Jika ibu-ibu prihatin
tentang kebersihan perkara-perkara di atas, kadar penyakit yang bakal menyerang
bayi dapat dikurangkan. Lebih digalakkan bayi disediakan satu tempat
yang berasingan dengan kanak-kanak yang lebih dewasa bagi mengelakkan berlakunya
sebarang jangkitan.
Pada peringkat ini,
ibu-ibu perlu membimbing bayi ke arah pertuturan yang tepat. Bayi
mula mengulangi perkataan atau bunyi yang stereotaip. Ia juga boleh
bertutur beberapa perkataan yang difahami. Televisyen terutamanya
iklan berfungsi mengajar menerusi integrasi audio-visual secara ideal kepada
bayi yang menyukai pendidikan yang mudah dan asas.
Pemakanan – Fizikal
bayi akan melalui proses tumbesaran yang cepat. Oleh itu, ibu-ibu
perlu menyajikan makanan yang lengkap dengan zat dan vitamin serta bekalan
kalsium agar bayi menjadi sihat, cergas dan pintar. Kandungan laktosa
dan vitamin D yang cukup merupakan ejen kepada kekuatan jasmani dan rohaninya.
Badan yang sihat adalah penentu otak yang cerdas.
? Pastikan apabila
menjelang usia setahun, bayi sudah dilengkapi dengan suntikan asas imunisasi
sebagai sistem pertahan luaran dan dalaman.
PADA SEMUA PERINGKAT
1-12 BULAN
? Input Keagamaan
– Sebaik-baiknya bayi diletakkan berhampiran dengan tempat ibu menunaikan
solat dan membaca Al-Qur’an. Lebih-lebih lagi semasa bayi sedang
tidur di mana input lebih mudah diterima ketika ini.