::
home > ulasan > Laila
Isabella
Laila Isabella
Tajuk : Laila Isabella
Tahun : 2003
Terbitan :
Tayangan Unggul Sdn Bhd
Edaran :
Speedy Video Distributors (M) Sdn. Bhd.
Laila (Nasha Aziz) ialah seorang gadis tomboy yang bekerja
sebagai pembantu kedai VCD kepunyaan Azam (Rosyam Nor). Tanpa disedari,
keakraban mereka menyebabkan mereka saling jatuh cinta tetapi kedua-duanya
tidak mahu meluahkannya. Ketika membantu Kak Bell (Erma Fatima) menjadi
model untuk baju pengantin, Laila dipertemukan dengan Johan (Hans Isaac)
yang sedang bergaduh dengan tunangnya, Mira (Liza Hanim). Laila menukar
identiti kepada Isabella yang lemah lembut perawakannya di hadapan Johan
yang mula menaruh hati kepadanya. Justeru berlaku konflik dengan hubungan
Laila dengan Azam dan Johan yang akhirnya berakhir dengan baik.
Jalan cerita Laila Isabella agak biasa tetapi dipersembahkan
dengan bagus. Sentuhan Rashid Sibir kali ini adalah sinonim dengan hasil
pelbagai drama yang dihasilkan sebelum ini. Beliau mampu pergi jauh lagi
dalam industri filem. Telatah Saiful Apek dan Syanie sebagai pasangan
kekasih menyerikan filem ini. Selain itu, ia juga dipenuhi dengan dialog
dalam hati, pantun 2 kerat dan babak lagu demi memujuk Laila yang merajuk.
Persembahan filem ini dalam VCD ini sederhana tetapi audionya
bagus. Saya menyukai muzik latar yang digunakan. Terdapat juga dokumentari
The Making of Laila Isabella sebagai bonus tetapi ia mungkin menjejaskan
kualiti VCD ini kerana dimuatkan bersama filem dalam 2 keping CD. Kini,
semakin banyak VCD yang dipakej seperti pakej DVD seperti yang berlaku
kepada VCD ini. Apa pun, saya kurang gemar apabila CD diletak bertindih
dalam pakejnya kerana khuatir akan calar.
Saya akan menunggu arahan Rashid Sibir seterusnya. Persembahan
Laila Isabella cukup bagus tetapi perlukan jalan cerita yang lebih baik.
Sesuai sebagai filem ringan.
Filem : 2.5/5
VCD : 3/5

|