TANGIS PROLITARIAT

dalam riang tawa
kami ini duka
diheret kejaman autokrasi
dikongkong takutan mentaliti

mulut-mulut ocehan
mata-mata tajam menikam
perut-perut santoloyol terlopong
--- kerana isinya bermasa

dalam putihan baju kami
masih ada anjing-anjing berdaki
dalam kesunyian ulangkaji
masih ada mengadap gambar menari
yang menghitamkan baju suci
atas teguhan disiplin sendiri

mereka...
adalah ketam-ketam
yang mengajar
anaknya berjalan betul
oh.... malang sungguh
nasibmu, sucimu, asramaku.

 

-- julai 1973--
--shu--       
Hosted by www.Geocities.ws

1