PERSAHABATAN DAN KASIH SAYANG[1]

Muhammad Syukri Salleh
 
 

1- Istilah-istilah yang hampir sama dengan `sahabat’:

  - kawan (kawan sepermainan, kawan sebilik)
  - teman (teman sepermainan, teman sebilik)
  - rakan (rakan kongsi)
  - saing

2- Tetapi Rasulullah s.a.w. pakai istilah sahabat. Setengah jemaah juga begitu. Terasa lebih halus, lebih mesra, lebih erat.

3- Imam Ghazali pun guna sahabat. Malah sahabat penting kerana ia merupakan salah satu dari cara mendapat taufik,
    setelah mendapat hidayah. Ada empat cara yang dikemukakan Imam Ghazali:

    i- Mencari guru mursyid/firasat
    ii- Mencari sahabat yang tidak memuji ketika berjaya dan menegur dengan hikmah apabila melakukan kesalahan
    iii- Menjadikan musuh sebagai cermin
    iv- Mengambil iktibar dari keadaan sekeliling.

4- Asas persahabatan: berpegang teguh kepada hukum Allah SWT:

 - Wajib: tak buat berdosa, buat dapat pahala. Oleh itu mesti buat.

 - Sunat – buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa. Oleh itu elok buat. Tambahlagi ia penyebab mendapat cinta
   dan bantuan Allah SWT

 - Haram – buat berdosa, tinggalkan dapat pahala. Oleh itu mesti tinggalkan. Misalnya dosa-dosa anggota lahir yang 7
   dan anggota bathin.

 - Makruh – buat tidak dapat apa-apa, tinggalkan dapat pahala. Oleh itu elok tinggalkan.

 - Harus – buat tidak buat tidak mendapat apa-apa kecuali kiranya ia boleh dijadikan ibadah. Misalnya, makan.
 

5- Asas persahabatan ini terangkum dalam aqidah, syariat dan akhlak.

 - Aqidah (dari Ilmu Tauhid): takutkan Allah SWT (neraka, terputus cinta dan kasih sayang, terputus bantuan, etc).
   Kaedah e.g. sembahyang - sembahyang kerana menghambakan diri kepada Allah SWT, bukan kerana kewajipan
   semata-mata  bakar mazmumah, lahir peribadi agung, menaungi sahabat dan masyarakat).

 - Syariat (dari Ilmu Feqah): Melaksanakan peraturan-peraturan Allah SWT

 - Akhlak (dari Ilmu Tasauf): hapuskan mazmumah, masukkan mahmudah. E.g. merasa Islam kepunyaan bersama; orang
    lain mendaulahkan Islam, kita seronok.
 

 * Tak mungkin persahabatan sebenar akan lahir kecuali mempelajari ketiga-tiga ilmu fardhu `ain ini.
 

6- Dari asas persahabatan ini, lahirlah keselarasan dan kesefahaman, bertunjangkan kepada iman dan taqwa serta
     ukhwah Islamiah  lahirlah jemaah (Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah – Ali
     Imran (3):103).

7- Dari persahabatan sebegini sahajalah akan lahir kasih sayang sebenar. E.g.

     i- Kasih sayang sahabat terhadap sahabat:

        a- Rasulullah terhadap Sayyidina Abu Bakar: “Jika aku boleh mengambil manusia sebagai kekasih, nescaya
            aku mengambil Abu Bakar menjadi kekasihku, tetapi aku lebih cinta kepada Allah Yang Maha Tinggi
            (Hadith).

        b- Sayyidina Abu Bakar terhadap Rasulullah: Semasa hijrah, Sayyidina Abu Bakar menahan patukan ular berbisa
             kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah s.a.w. yang sedang tidur di pangkuannya. Rasulullah terjaga kerana
             terkena airmata kesakitan Abu Bakar. Rasulullah mengeluarkan bias ular dengan mulut Baginda sendiri.

        c- Sepupu Abu Jahm bin Huzaifah terhadap sahabat-sahabat lain – Dalam peperangan Yarmuk, beliau
            mengutamakan dua sahabat lain yang gering dan memerlukan air hingga ketiga-tiganya meninggal dunia.
 

     ii- Kasih sayang remaja terhadap saudara seagama:

         a- Seorang remaja zaman Rasulullah s.a.w. mempertahankan maruah seorang wanita Islam yang diperli oleh
             sekumpulan pemuda Yahudi hingga beliau dibunuh dan hampir mencetuskan peperangan antara orang-orang
             Islam dan Yahudi.

    iii- Kasih sayang pemimpin terhadap pengikut:

        a- Rasulullah s.a.w. mendoakan keselamatan penduduk Taif yang melemparinya dengan batu hingga berdarah,
            walaupun Malaikat tawarkan untuk menghempapkan bukit-bukit ke atas mereka. Baginda berdoa: “Ya Allah,
            berilah petunjuk bagi kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.

        b- Rasulullah s.a.w. mengampunkan kafir Makkah masa futuh Makkah, walaupun mereka pernah menyiksa dan
             membunuh orang-orang Islam.

        c- Ketika hampir wafat, Rasulullah s.a.w. masih menyebut Ummati… Ummati…Ummati. Itulah kata-kata terakhir
            Baginda.

        d- Sayyidina Umar memikul gandum untuk diberikan kepada janda dan anak-anaknya yang kelaparan.

        e- Sayyidina Umar Abdul Aziz menangis setiap malam memikirkan tanggungjawabnya terhadap rakyatnya yang
            miskin, yang sakit, yang tidak dapat memenuhi keperluan asas, yang teraniaya, tawanan perang, orang tua,
            keluarga yang ramai anak, dan sebagainya[2].

    iv- Kasih sayang pengikut terhadap pemimpin: e.g.

         a- Kasih sayang Sayyidina Ali terhadap Rasulullah s.a.w. - Menggantikan Baginda di katilnya pada malam Baginda
             hijrah ke Madinah. Dalam perang Uhud, Ali melompat masuk ke dalam barisan musuh kerana mencari
             Rasulullah s.a.w. yang dikatakan musuh telah wafat.

         b- Zaid bin Harithah – menampung darah Rasulullah s.a.w. kerana luka dilempari batu oleh penduduk Taif,
              takut-takut Allah murka dan menimpakan bala jika darah kekasih-Nya tumpah di muka bumi.
 

8- Semua ini merupakan buah kepada ilmu yang membuahkan iman; iman membuahkan amal; amal membuahkah akhlak;
    antara akhlak adalah kasih sayang.

9- Tapak kasih sayang adalah hati. Oleh itu kasih sayang tak mungkin wujud kecuali hati bersih. Ilmu membersihkan hati
     ialah ilmu tasauf.

     i- Jaga makanan
     ii- Membaca al-Qur`an
     iii- Mengingati mati
     iv- Mempelajari ilmu – Fathul Mansuli

10- Bila hati bersih, walaupun terasa persahabatan renggang, mampu melihat pelbagai hikmah di sebaliknya:

    - tanda kasih sayang Allah SWT
    - peluang menyuluh diri
    - peluang mendapat pahala sabar
    - peluang mendapat pahala pemaaf
    - peluang mendapat pahala mengharap kepada Allah SWT

11- Kasih sayang didapati apabila kita sayang kepada Allah SWT.

12- Apabila ada kasih sayang, sanggup berjuang dan berkorban habis-habisan hingga nyawa pun sanggup dikorbankan.
      Misalnya pengorbanan para sahabat kerana kasih mereka kepada Allah SWT, kepada Rasulullah s.a.w., kepada
      Islam, dan kepada umat yang akan datang.
 

NOTA

[1] Nota syarahan di Program Jalinan Kasih anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia di SK1 USM,
     23 Jun 2001.

[2] Ketika ditanya oleh isterinya Fatimah puteri Khalifah Abdul Malik kenapa beliau berdukacita dan menangis, Khalifah
     Umar Abdul Aziz menjawab begini:
     "Hai Fatimah, aku telah menanggung beban untuk mengurus umat Muhammad s.a.w baik yang berkulit
     hitam mahu pun merahnya. Maka lantas terfikir olehku tentang nasibnya orang fakir miskin yang kelaparan,
     orang yang sakit yang terlantar, orang yang bertelanjang yang tidak berkain, orang teraniaya, orang asing
     yang menjadi tawanan perang, orang tua, keluarga yang ramai anak serta harta bendanya sedikit dan
    lain-lain seperti mereka itu yang terdapat di seluruh penjuru bumi dan pelosok-pelosok negeri. Aku ingat,
    yang Tuhanku akan menanya dan meminta pertanggungjawabku tentang mereka itu semua pada hari kiamat
    kelak, maka aku takut kalau-kalau aku tidak boleh memberikan keterangan hujjahku, dari itulah aku
    menangis".
 
 
 
Back To Conferences Page Back To Main Page

 
 
 
 
 
 

Hosted by www.Geocities.ws

1