Exclusive Interview with Fara Fauzana

Saya telah menyediakan 10 soalan khas buat Fara Fauzana dan jawapan kepada soalan2 ini telah  ditulis sendiri oleh Fara Fauzana. Saya berharap, secara tidak langsung anda dapat mengenali Fara Fauzana. Terima kasih kepada Fara Fauzana, kerjasama anda amat saya hargai.

 

Soalan 1
Bagaimana penglibatan awal Fara dalam bidang ini?

Jawapan
Pendengar ERA yang setia, joint ERA masa final year kat UiTM (dgn menghantar resume to skuad melalui email / internet). Kurang dari seminggu been called 4 interview then terus dapat. TERJEBAK ngan DJ ERA bila Kudsia yg offer bila Fara dah kerja dlm 6 bulan.

Soalan 2
Bagaimana pandangan keluarga tentang kerjaya Fara?

Jawapan
Parents support to the max! Eventhough, awal2 dulu mama macam tak suka sangat sebab Fara study 'PR' tapi more focusing on Broadcast (which I wanted to do since small)

Soalan 3
Jika tidak menjadi ahli  Skuad Perodua Era dan DJ Era, Apakah pekerjaan Fara sekarang? Apakah cita-cita Fara ketika kecil?

Jawapan
PR consultant or PR of any Broadcasting company. Cita2 sejak kecil - Penari + Penghias dalaman.

Soalan 4
Sepanjang menjadi ahli Skuad Perodua Era dan DJ Era, apakah pengalaman yang Fara tidak boleh lupa?

Jawapan
Masa kerja dengan skuad, org selalu tersilap ingatkan Fara ni Linda Onn (oh please...) Cuma Fara ni gelap je bandingkan ngan Linda. Mmm... Jadi DJ ERA plak, masa on air at 2am, suara tak keluar kat radio selepas 1 jam ke udara - mic rosak!

Soalan 5
Selain menjadi ahli Skuad Perodua Era, DJ Era dan pengacara, anda mula menceburi bidang lakonan. Cerita la sikit tentang bidang baru Fara ini?

Jawapan
Sebenarnya dah melibatkan diri dlm bidang lakonan sejak kecil, cuma tak serius sebab focus more to schooling. Started with local drama spt "Harga segeluk air" , "Pesisir Hitam" and latest drama - Peroda Lebuhraya, Aduhai Mangkuk Tingkat, Fatamorgana, Ranger dan  yang terbaru Filem "Shhh... the movie" arahan Zek Zukry. Iklan tv ada juga (Milo, Maxis, Maggie)

Soalan 6
Siapakah Idola Fara?

Jawapan
Idola - Ibu (Faridah Jalil) + Ziana Zain. dengan 'mereka' berdua boleh membentuk saya menjadi wanita MACHO !!

Soalan 7
3 perkataan yang menggambarkan (describe) diri Fara?

Jawapan
Cartoon , Friendly , Enthusiasm

Soalan 8
Bagaimana kehidupan Fara sekarang? Sebelum ini Fara seperti remaja lain, bebas keluar bersama kawan2 tetapi kini Fara mula dikenali ramai.

Jawapan
Still the same, sebab saya hanya keluar dengan my 'bestest buddy' -> Anum, Azni + Fara. Tetap cool walaupun org pandang2... org senyum, kita senyum balik ler  :)

Soalan 9
Sebelum ini Fara sudah mempunyai website yg dibuat oleh peminat/ pendengar Radio Era dan kini muncul satu lagi website mengenai Fara dan Fara Fauzana Fan Club (FFFC) juga bakal ditubuhkan. Apakah pandangan Fara tentang perkara ini?

Jawapan
Satu perkembangan yang sihat. Website yg pertama dibuat oleh pendengar ERA + pengejar Skuad yang SETIA - Thank U!!
Dan yg ini atas bantuan kenalan yang saya kenal. Happy sebab ada org yg 'PRIHATIN' atas kewujudan FARA FAUZANA  :p
FARA FAUZANA FAN CLUB? He..he.. malu lah nak komen.

Soalan 10
Perancangan  Fara pada masa hadapan? Impian Fara dalam kerjaya ini?

Jawapan
Dalam masa 2 thn lagi Fara nak org tahu akan kewujudan saya di ERA, kemudian.. apabila dah cukup confident - dapat handle own talk show macam LINDA... ( i always use her as my role model in this line) Harapan saya, bila dah  jadi DJ sepenuh masa barulah boleh cari 'mata air'... hehehe.... * But seriously, Fara pun nak cuba cipta rekod mcm abg Halim... Insya-allah!

 


Home | Biography | Gallery

Hosted by www.Geocities.ws

1