Chat Room Guestbook Contact

Menu

 
::Artikel::>::2003::>::SepertiDuluAdaKualiti:

Seperti Dulu ada kualiti

10 March 2003

KITA mulakan dengan konsep kulit album yang cuba dipaparkan Exists. Apa yang penulis nampak ia satu cubaan untuk menonjolkan muzik berbanding imej. Sebabnya, Exists sudah punya nama dalam industri. Itulah sebabnya wajah mereka samar-samar saja.

Teknik fotografilah tu! Bagaimanapun ia satu cubaan yang baik. Cuma mungkin pereka kulit albumnya boleh menimbangkan penggunaan tona warna yang lebih memberangsangkan.

Apapun, lupakan sementara kulit albumnya kerana Seperti Dulu adalah album yang wajar diburu di pasaran kini. Bukan setakat single hitnya Seperti Dulu malah Waktu Kita Jauh, Kuala Lumpur Langkawi (punya sentuhan rock) yang menggoyang kepala dengan vokal Ezad yang diberi kesan khas (macam lagu Die Another Day Madonna).

Seperti sudah dijangka, kudrat Saniboey Ismail (bekas wartawan di akhbar penulis) turut tersenarai antara pemuzik tambahan. Sebagai suara untuk latar pada awal lagu Bukan Lelaki Itu, track terakhir, cukup menusuk kalbu. Jadi ingat, tidak perlu jadi Sang Arjuna untuk menawan hati kekasihnya. Jadilah yang sederhana (sekadar mengulas sedikit maksud liriknya).

Secara keseluruhannya, Seperti Dulu menyerlah dari segi kualiti adunan serta susunan muziknya. Kalau tidak tak berbaloi mereka ke Australia semata-mata untuk melakukan proses itu.

Apapun tahniah kepada Exists yang semakin matang serta bertanggungjawab memperkembangkan genre muzik mereka dalam industri muzik negara yang kian terbuka.

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1