Chat Room Guestbook Contact

Menu

 
::Artikel::>::2002::>::PerkahwinanMusa::

Perkahwinan Musa

Oleh
Harian Metro

21 September 2002

 

 

Seorang lagi anggota Exists mengakhiri zaman bujangnya apabila pemain bass yang juga ketua kumpulan, Musa Radhi selamat dinikahkan dengan Norazlina Mat Salleh di Masjid Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kelmarin

Musa,30 yang segak dengan baju melayu berkata, sejak pertama kali mengenali Norazlina, hatinya mula berkata bahawa gadis ini memang layak dijadikan isterinya kerana ciri-ciri wanita idaman sudah ada dalam diri gadis manis ini.

"Sejak detik itu saya sering mencari peluang bersemuka dengannya walaupun cuma seketika. Semuanya secara kebetulan sebab kami bekerja di kawasan yang sama. Bila waktu makan, dua tiga kali terpandang muka dia, saya jadi suka. Mungkin sudah jodoh kami di situ.

"Bila bergaduh kami akan baik semula dan ini membuatkan kami mencari keputusan untuk berumahtangga. tambahan pula sudah tiga tahun kami berkawan akhinya percintaan kami direstui keluarga dan kami akhiri di jinjang pelamin."kata Musa malu-malu menceritakan detik pertama pertemuan dengan isterinya.

Dengan dua kali lafaz, Musa selamat bergelar suami kira-kira jam 12 tengahhari dengan mas kawin RM 80 serta wang hantaran Rm 7,500 serta di balas 15 dulang berupa barang persalinan dan makanan oleh pihak perempuan.

Majlis pernikahan itu lebih bermakna bagi Musa apabila dua rakannya yang masih bujang iaitu Ezad dan Along turut hadir.Bagaimanapun seorang lagi anggota Exists, Ujang yang sudah berumahtangga dan mampunyai seorang anak tidak hadir kerana ada urusan penting.

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1