Chat Room Guestbook Contact

Menu

 
::Artikel::>::2003::>::ExistsIntaiJepun:

Exists -- Intai Jepun

Oleh Norhadiani Baharom (Harian Metro 28/5/2003)
Kumpulan Exists.

JUMLAH piala bukanlah ukuran untuk membuktikan kebagusan seseorang atau sesebuah kumpulan itu sekalipun mengakui anugerah punyai nilai sentimen tersendiri. Exists memandang sebuah kehebatan apabila karya menjadi ikutan serta kajian.

Biarpun merendah diri, ramai sedia maklum bakat empat jejaka ini iaitu Ezad selaku vokalis, Along (gitaris), Musa (bassist) dan Ujang (drum). Selepas berjaya meraih kejayaan besar di negara seberang, Exists mengorak langkah mengharumkan nama Malaysia di negara Matahari Terbit.

“Semuanya bermula ketika kami menjayakan persembahan Sunday Nite Live Exists di Planet Hollywood, Februari lalu. Selepas tamat melakukan persembahan, kami disapa seorang wartawan dari Jepun serta rakannya yang juga pemilik laman web di negara itu.

“Mereka tertarik dengan konsep lagu Percayakan Siti dan Seperti Dulu lantas memberi cadangan kami mencuba nasib di pasaran Jepun dan sedia membantu sekiranya serius. Tapi, perlu menterjemahkan lirik lagu ke bahasa ibunda mereka untuk menambat peminat sana.

“Melihat kejujuran mereka, Exists tertarik menyahut cabaran apatah lagi pemilik laman web itu pernah bertanggungjawab membawa dan memperkenalkan Sheila Majid dan Zainal Abidin di Jepun.

“Berjaya atau tidak, itu soal kedua, yang penting mencuba. Kalau tidak berani, kami tidak sahut cabaran,” katanya.

Andai segala perancangan ini berjaya, bermakna Exists bakal mencipta sejarah dalam industri tempatan sebagai artis kumpulan pertama jejak kaki di Jepun.

Hanya dua ‘single hits’, Seperti Dulu dan Percayakan Siti dipetik dari album kedua, Seperti Dulu terbitan NAR Record dipasarkan. Penjualan ‘single’ di Jepun lebih laris berbanding album penuh.

Exists mula melakukan pelbagai inisiatif seperti mempelajari bahasa Jepun. Kesungguhan mereka terbukti ketika merakamkan lagu Seperti dulu dalam bahasa Jepun.

 
 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1