IMPORTANT : Most questions, answers, logos, and pictures are originated from natseven and celador international ltd companies. I do not use them for my benefits, profits and incomes due to these. So please do not 'saman' me and I will be glad to remove this site if it objects your views or priorities - [email protected].
| 'ANDA
PASTI?' 'MUKTAMAD?' 'ANDA YAKIN?' 'APASAL DEGIL SANGAT NIH?' 'KITA TUNGGU JAWAPANNYA SELEPAS INI?' - JALALLUDIN HASSAN |
'Jalaluddin Hassan is charismatic, and compared to the first few seasons, more comfortable now.' - Elyna Effendi | |
| Jalalludin
masih terima tawaran berlakon Oleh: ROSLI MANAH LAZIMNYA Utusan Malaysia 21hb Jun 2001 Kemunculan seseorang dalam sesebuah rancangan bersiri akan menambah lebih peluang kepada seseorang pelakon. Apatah lagi apabila rancangan yang dikendalikan muncul sebagai sebuah rancangan paling popular di televisyen. Namun lain pula keadaan yang menimpa pelakon Jalalludin Hassan setelah rancangan Who Wants To Be A Millionaire muncul sebagai rancangan kuiz paling popular. Menurut Jalaluddin, ada pihak yang mengatakan dia terlalu sibuk sehingga tidak mampu memenuhi undangan berlakon. ``Saya hairan bagaimana orang lain lebih tahu jadual saya daripada saya sendiri,'' katanya. Dia menganggap perkara itu adalah rencah hidup sebagai insan seni yang mahu menutup peluangnya untuk mendapat tawaran berlakon. ``Saya tidaklah sibuk sangat kerana rakaman kuiz Who Wants To Be A Millionaire dibuat secara berjadual,'' kata Jalalludin lagi. Dia masih mempunyai banyak masa untuk berlakon kerana rakaman bukan dibuat setiap hari, kata pelakon itu lagi. ``Saya terkejut apabila ada yang bertanya sama ada saya begitu sibuk,'' kata Jalaluddin. Walaupun menghadapi kerenah tersebut Jalalludin masih meneruskan aktiviti lakonan seperti biasa. Tawaran untuknya masih ada walaupun agak berkurangan. Lebih mengejutkan dirinya apabila ada pengarah yang mengundangnya berlakon, tetapi terpaksa membatalkan hasrat itu kerana arahan pihak tertentu. Kata Jalaluddin, dia bekerja sebagai pelakon dan tidak terikat dengan stesen televisyen yang menayangkan kuiz kelolaannya. Sementara itu, mengenai kuiz popular itu pula, kata Jalaluddin, dia sentiasa memberi komitmen sepenuhnya terhadap apa jua perkara yang dilakukan. ``Saya cuba mencari idea agar setiap kali muncul akan membuatkan penonton terus tertarik untuk meneruskannya,'' katanya. Apatah lagi, rancangan itu juga bersaing dengan beberapa kuiz lain yang disiarkan di stesen televisyen. Menurut Jalaluddin, kemunculannya dalam kuiz itu sebagai satu tempat untuk dia menambahkan pengetahuan am. ``Saya tidak diberitahu jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan sehinggalah peserta memberikan jawapan muktamad,'' ujarnya. Kalaupun ada jawapan yang dia tahu itu adalah secara kebetulan kerana dia sememangnya tahu perkara yang diutarakan, ujarnya lagi. |
![]()
|
|
| Who
Wants To Be A Millionaire's host is 'verbally too romantic' AS a regular viewer of Who Wants To Be A Millionaire? I wish to comment on certain issues which I dislike and disagree with. The host, Datuk Jalalludin Hassan, has proven his skill, ability and talent in the acting profession, but I certainly feel that he is a bit too "verbally romantic" when it comes to introduction of the participants. I observe that, basically, he only focuses on questions like: "Are you married?", "How long a duration of your courtship?", "How did you fall in love?", "Was it love at first sight?", etc. Why not question the participants about their career, hobbies or any other relevant, civilised issues? I wonder if Amitabh Bachchan, who is the dynamic host for the same programme in India, has this sort of questions for his participants? D. Vimala Devi |
![]()
|
|
| Jalalludin Hassan usia bukan penghalang Usia bukan halangan untuk diminati sekiranya bakat dan kebolehan terserlah dan sentiasa mempertingkatkan pencapaian dalam bidang tersebut. Kerana itu tidak hairanlah kalau Jalalludin Hassan bapa kepada lapan anak ini terus kekal dalam carta sebagai pelakon paling laris dan antara termahal bayarannya sekarang ini. Tentunya untuk berada pada tahap cemerlang seperti sekarang Jalalludin terpaksa merentasi halangan demi halangan. ''Untuk berada di tahap sekarang, memerlukan daya tahan yang amat tinggi. Saya bekerja kuat untuk keluarga dan anak-anak, pada masa yang sama sentiasa cuba memperbaiki kelemahan,'' jelasnya. Memandangkan kerjayanya bermula pada usia yang agak lewat, cabaran untuknya menjadi lebih sukar apa lagi dengan kemunculan pelakon-pelakon yang lebih muda, jelas Jalaluddin. Kata Jalaluddin, pelakon sekarang beruntung kerana dalam usia belasan sudah mendapat tawaran berlakon dengan bayaran yang agak mahal. Ini berbeza dengan zaman awal kemunculannya yang tidak melalui banyak pendedahan tambahan pula saluran untuk tampil di TV begitu sempit. Jalalludin antara pelakon yang menapak menerusi pentas teater bersama Kumpulan Hidayah dan pernah terlibat dalam beberapa pementasan di Kuala Lumpur sebelum dikenali sebagai pelakon drama TV. ''Nasib saya baik apabila mendapat tawaran berlakon di dalam drama bersiri Santan Berlada sebagai pelakon undangan dengan bayaran RM40 sahaja,'' jelas Jalal yang diperkenalkan oleh Aziz Singah. Jalalludin muncul sebagai pelakon utama menerusi drama Dian arahan Asiah Ariffin, sekarang Pengarah Urusan Rancangan TV di RTM. Sebenarnya bakat lakonan Jalalludin Hassan mula dipupuk semenjak zaman persekolahan lagi. Segalanya bermula apabila dia menda-pat pujian daripada gurunya di tingkatan empat kerana menghafal dan melakonkan karya ulung Shakespeare, Julius Caesar. Selain itu pula kerana dia dibesarkan dalam keluarga yang amat menghargai seni, Jalalaluddin juga berminat untuk menjadi seorang penyanyi. Tidak hairan semua lagu-lagu popular filem-filem hindi sekitar tahun 80-an kekal diingatannya sehingga sekarang malahan pernah memenangi pertandingan Meniru Suara P. Ramlee pada pertengahan tahun 1980-an dulu. Minat di dalam dunia seni suara juga menyebabkan Jalalaluddin terpilih sebagai peserta nasyid sempena Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada tahun 1979. ''Saya beruntung kerana dibesarkan di dalam keluarga yang meyenangi bidang seni suara. Ayah saya, (Datuk Hassan Azhari) merupakan guru agama dan sering mengajar lagu-lagu Arab kepada kami. ''Di samping itu juga emak saya, Sahara Abdul Samad juga pandai bermain alat muzik. Dari kecil kami didedahkan dengan pelbagai kesenian,'' katanya. Sehingga kini setelah hampir 20 tahun menceburi bidang ini, dia sudah mampu berbangga apabila tiga tahun berturut-turut menjulang trofi Anugerah Pelakon Lelaki Popular. Populariti yang diraih menyebabkan aktor ini menjadi rebutan sehingga tidak keterlaluan wajahnya setiap hari tertera di TV tempatan. Mengenai kepuasan 20 tahun penglibatannya dalam bidang lakonan, Jalalludin berkata, tidak ada lagi yang lebih penting baginya melainkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga bersama isterinya, Hashimah Mad Ehsan. ''Saya tidak tahu sampai bila akan terus menjadi anak wayang tetapi yang pasti, selagi mendapat galakkan isteri, anak-anak dan keluarga, saya akan teruskan. ''Mereka adalah tonggak kekuatan saya. Kasih sayang dan cinta yang mereka berikan membuatkan saya terus tabah dan sentiasa mahu memberikan yang terbaik kepada orang lain,'' jelasnya. Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN |
![]() KENZO Boutique, Starhill Shopping Centre
|
|
| Jalalludin semakin tertarik jadi pengacara Itulah pelakon Jalalludin Hassan yang mengacara Who Wants To Be A Millionaire di ntv7. Jalalludin memberikan suasana yang berbeza kepada rancangan kuiz ini menerusi perwatakannya. Dia kerap membuatkan peserta dan penonton keliru antara jawapan betul dan salah kerana perwatakan yang disesuaikan dengan rancangan ini. Ini merupakan kali pertama Jalalludin menjadi pengacara dan dia berjaya memancarkan karisma yang memagut perhatian penonton. Gaya yang serius yang sesekali mengacah peserta kini menjadi identiti bagi rancangan ini. Who Wants To Be A Millionaire mencatat rekod sebagai rancangan kuiz yang paling popular sehingga mencatat jumlah penonton lebih 1 juta setiap kali ke udara. Sekalipun ini adalah percubaan pertamanya, pelakon yang popular melalui watak Datuk Mansor dalam drama bersiri Idaman ini bagaikan sudah berpengalaman luas sebagai pengacara. Menurut Jalaluddin, dia semakin tertarik dengan pengacaraan meskipun sudah mempunyai tapak yang kukuh sebagai pelakon. "Saya gembira apabila rancangan ini diminati ramai. Sekurang-kurangnya saya berupaya membuatkan penonton terhibur dengan persembahan saya,'' jelasnya ketika ditemui selepas rakaman musim kedua rancangan itu di Shah Alam baru-baru ini. Kata Jalaluddin, walaupun pada awalnya dia berhadapan dengan kritikan yang mempertikaikan gaya penyampaiannya, dia menerima segalanya dengan sudut positif. Memandangkan ini adalah rancangan pertamanya, Jalalaluddin sedar banyak perkara yang masih boleh diperbaiki untuk masa depan. "Setiap kali membaca akhbar, saya tahu menilai setiap kritikan yang dibuat. Ada di antara kritikan itu yang benar-benar bertujuan untuk membina,'' ujarnya. Tetapi pada masa yang sama tidak kurang juga kritikan yang seolah-olah mahu menjatuhkan kerana tanpa saranan yang munasabah. Bagi Jalaluddin, yang penting dia berusaha untuk tampil dengan gaya tersendiri tanpa dipengaruhi oleh pengacara rancangan kuiz popular lain sama ada dalam atau luar negara. Jelasnya, dia mahu menampilkan kelainan apabila muncul di dalam bidang pengacaraan kerana tidak mahu dikatakan terbawa-bawa gaya yang sama seperti berlakon. Dia mengakui penglibatan dalam bidang pengacara banyak dibantu oleh pengalaman luas dalam bidang lakonan. "Tetapi saya mahu membentuk karakter yang tersendiri dan berbeza di antara dua bidang iaitu lakonan dan pengacaraan,'' jelasnya lagi. Jalalludin menjadikan juruhebah Time Highway Radio (THR) Andy Hakim sebagai guru dan tidak melepaskan peluang untuk mengikuti celoteh juruhebah itu. Walaupun tidak pernah bersua dengan Andy, menurut Jalalludin dia amat menggemari segmen-segmen yang dikendalikan oleh juruhebah itu yang difikirkan meninggalkan kesan tersendiri kepada khalayak pendengar. |
![]() |
|