Derma Buku dan Modul Pengajaran

Assalamualaikum

Pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan berbanyak2 syabas dan tahniah di atas usaha saudara di dalam menubuhkan UBU dan terlebih2 lagi kerana jasa murni saudara di dalam mendidik anak2 bangsa yang kurang berkemampuan.

Saya berhajat untuk menderma, malangnya bukan dengan wang ringgit. Saya difahamkan saudara menerima derma di dalam bentuk buku-buku. Bolehkah saya tahu buku yang bagaimana yang saudara perlukan? Saya mempunyai koleksi buku yang saya gunakan semasa pembelajaran saya di universiti dahulu. Saya tidak pasti adakah buku-buku yang saya gunakan 5 - 7 tahun lepas masih boleh digunapakai oleh saudara atau pelajar-pelajar UBU. Apakah saudara juga menerima bahan-bahan bacaan seperti buku cerita, novel dan sebagainya?

Seperkara lagi. Masa saya kecil-kecil dulu saya selalu berlagak sebagai seorang guru :-). Saya berminat untuk mengajar anak-anak sekolah walau bagaimanapun masa saya begitu terhad untuk kerja dan keluarga. Kalau boleh saya nak contribute bahan-bahan pengajaran secara email.

Semoga usaha kita diberkati Allah dan semoga akan lahir lebih banyak universiti yang seangkatan dengan UBU di dalam misi dan visi.

Wassalam

eita - [email protected]




RESPON WEBMASTER :

Waalaikumsalam w.b.t,

Terima kasih di atas keprihatinan saudari terhadap apa yang kami lakukan ini. Seperti yang kami katakan kami amat memerlukan sokongan dalam apa jua bentuk sekalipun, tidak tertakluk kepada bantuan kewangan semata-mata.

Setiap buku itu bernilai tidak kira selapuk mana sekalipun. Yang menjadikan buku itu tidak bernilai apabila ianya dibeli semata-mata kerana terikut-ikut rentak orang lain ataupun sekadar menjadi hiasan almari untuk menjadi tatapan tetamu.

Apa jenis buku-buku, termasuklah kitab-kitab agama juga turut kami alu-alukan. Mengenai sumbangan bahan-bahan modul pengajaran, seperti teknik menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya, saudari bolehlah email kepada kami.

Harapan kami juga agar usaha ini diberkati Allah dan mendapat dokongan kuat daripada orang ramai moga pendidikan percuma adalah sesuatu yang tidak mustahil di negara ini.

Sekian.

Wassalam.

webmaster.




Hosted by www.Geocities.ws

1