|
KOMEN & KOMPLEN
aku perhati juga web korang ni dari semasa ke semasa,
aku nampak sama aje setiap kali aku log on, yang
berubah tu imej aje...isi dan pengisian tak de pun???
nak juga aku dengar and baca luahan ide dari
pejuang-pejuang UBU ...paling kurang satu minggu
bincang lah satu topik. barulah ade minat orang nak
tengok selalu.
- jadi tak payah sibuk nak keluar newsletter macam
yang budi501 tanya.
-satu lagi, dah siar respon orang tu, respon webmaster
tak de ke??
"ex-student" - [email protected]
RESPON WEBMASTER :
sebenarnya, laman ini dibuat berdasarkan kemampuan
saya yang agak terhad dari segi masa, kewangan, dan
sebagainya. Dan laman ini masih baru dari segi
pembikinannya serta masih lagi dalam peringkat
percubaan.
Banyak lagi perkara dan isi-isi yang akan ditambah
dari semasa ke semasa. Harap saudara dapat bersabar.
Setiap perkara itu ada cacat celanya. Saya juga
menerima nasihat dan cadangan saudara tentang laman ini.
Kita nantikan sahaja perubahan yang inshallah akan
dibuat dalam masa terdekat ini.
Terima kasih di atas cadangan dan teguran saudara
tersebut.
ps-Terdapat pelbagai bentuk dan tujuan sesuatu surat ditulis. Ada yang perlu diberi respon dan ada yang perlu dihayati maksudnya. Harap saudara faham maksud saya.
webmaster.
|