Kolej Komuniti Masjid Tanah

Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) yang dahulunya ialah Kolej Komuniti Alor Gajah (KKAG) merupakan satu daripada Tujuh Puluh kolej komuniti yang terdapat di Malaysia. Di negeri Melaka terdapat sebanyak empat buah kolej komuniti dan Kolej Komuniti Alor Gajah adalah salah satu daripadanya.

Ia ditubuhkan pada 1 Mac 2003 di mana Encik Mohd Hatta B. Zainal merupakan staf pertama bagi KKAG sekaligus merangkap pengetua pertama kolej ini. Pada peringkat awal, KKAG beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka. Hampir dua tahun KKAG beroperasi di kampus sementara dengan hanya menawarkan satu kursus sahaja iaitu Kursus Sijil Teknologi Maklumat. Pengambilan pelajar pertama adalah sesi Jun 2003 seramai 30 puluh orang di dalam kursus Sijil Teknologi Maklumat.

Seterusnya, pada tahun 2011 hingga 2012 En. Mohd Zain bin Mamat telah dilantik menjadi pengarah, dan diikuti Tn. Haji. Hassan bin Mohd Sharif pada tahun 2013. Manakala, Tn. Haji Mohd Zufri bin Yazid B.C.M., B.K.T. telah berkhidmat sebagai pengarah KKMT sejak 01 Januari 2014 hingga Disember 2015. Kemudian, KKMT diterajui pula oleh Tn. Hj. Sahalani bin Basar bermula Februari 2016 hingga kini.

Kolej Komuniti Masjid Tanah kini mempunyai seramai 76 staf iaitu terdiri daripada 19 orang staf pentadbiran dan 57 orang staf akademik. Antara kemudahan asas yang disediakan oleh KKMT ialah kafeteria, blok Teknologi Maklumat, blok Teknologi Elektrik, blok Pengurusan Nurseri dan Lanskap, blok Teknologi Komputer dan Sokongan, blok Pentadbiran, bilik kuliah, dewan kuliah, pusat sumber, surau, dataran rahmat dan gelanggang permainan.

GAMBAR

VIDEO