Kata-kata Aluan Ketua Trafik Daerah Papar
Asalamualaikum
Dan
Salam Sejahtera
Saya bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya maka kita dapat bersama-sama menatapi laman web ini. Kepada semua pengunjung laman ini saya suka memberitahu bahawa ini adalah salah satu usaha gigih yang dijalankan oleh cawangan ini untuk mempamerkan kepada dunia bahawa walaupun daerah ini tidaklah begitu besar tetapi masih tidak ketinggalan dalam era teknologi terkini negara.

Saya berasa amat bangga kerana dengan pencapaian ini serba sedikit maka tercapai juga matlamat kerajaan kita untuk melahirkan masyarakat berteknologi walau dimana jua kita berada. Dalam kontek tugas saya sebagai Pegawai Kanan Polis, saya juga berbangga diatas sokongan semua pihak yang telah berjaya mempamerkan kreativiti ini. Sesungguhnya telah tiba masanya kita warga Polis menjalankan satu lagi program atau kempen keselamatan yang canggih yang mana kita tak perlu pergi dari rumah ke rumah untuk berkempen. Dengan adanya kemudahan laman sedemikian, kia bleh menyumbangkan idea serta panduan kepada masyarakat umum mengenai tugas kepolisian mahupun tanggungjawab masyarakat dalam membantu penugasan pihak Polis.  Kepada warga Polis yang lain pula, saya berharap agar tuan-tuan dapat menafaatkan pengunaan internet ini kearah jalan yang baik termasuk mempergunakan  laman web sebaik mungkin untuk memberikan pengetahuan kepada anak-anak kita dimasa hadapan.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan salam sejahtera kepada rakan-rakan sejawat saya mahupun rakan persekolahan dahulu yang masih mengenali diri saya.  Marilah kita sama-sama mengembangkan ilmu pengetahuan dengan mendalami cara-cara penggunaan internet ini agar ianya dapat memberikan manfaat yang maksima kepada kita.  Kita harus mengikis tanggapan sesetengah pihak bahawa internet ini adalah bahan perosak kepada minda anak-anak kita.  Kita seharusnya berfikir secara positif dan dapat membezakan yang mana baik atau yang mana buruknya penggunaan internet ini.  Penggunaannya kearah keburukan hendaklah kita tegah habis-habisan, manakala jika ia gidunakan kearah kebaikan hendaklah kita memberikan sokongan.

Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mengunjungi laman ini.  Sememangnya laman ini tidaklah secanggih laman-laman web yang lain, tetapi saya amat terharu diatas kesungguhan semua anggota yang terlibat dalam pembinaan laman web ini semoga tuan-tuan semuanya akan dirahmati Allah s.w.t dan senantiasa  dicucuri rahmat olehNya dalam menjalankan tugas seharian.

Sekian Wasallam ......

Sekian Terima Kasih.

Yang benar,



(MOHD. FAUZI BIN SAHAT) C/INSP.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam
         Ketua Trafik Daerah
             Papar, Sabah
Balik Ke Menu Utama
Hosted by www.Geocities.ws

1