Daripada : Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri
Begawan, Negara Brunei Darussalam.
Kepada : Guru-guru Bahasa Melayu dan Pelajar-pelajar Bahagian Menengah.
Tarikh
: 10 JANUARI 2002
BAHAGIAN MENENGAH 2002
Dengan segala sukacitanya, dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Chung Hwa , Bandar Seri Begawan akan mengungkayahkan peraduan
mendeklamasikan sajak peringkat SMCH bahagian menengah.
2. Sehubungan dengan perkara itu, penyertaan dan penglibatan para pelajar adalah
dialu-alukan bagi menjayakan peraduan yang julung-julung kalinya diungkayahkan. Ia
bertujuan mencungkil, mengembang dan menonjolkan bakat serta kemampuan para
pelajar menerokai alam persajakan dengan gaya bahasa yang puitis berdasarkan keupayaan AKAL BUDI mereka.
3.
Bersama surat
ini disertakan
lampiran syarat-syarat
peraduan dan
borang
penyertaan bagi tujuan tersebut. Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada
Penyelaras Peraduan Mendeklamasikan Sajak sebelum atau pada
4. Segala perhatian dan kerjasama daripada guru – guru dan pelajar – pelajar dalam
usaha menjayakan peraduan ini, saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih.
Sekian dimaklumkan.
Yang menjalankan tugas,
(AWG YAHYA BIN SA’AT @ JAMIL)
Sekolah Menengah Chung Hwa,
Bandar Seri Begawan.
SK – Pengetua
Ketua Pengajaran
Ketua Disiplin
Ketua Jabatan Bahasa Melayu.
Syarat-syarat peraduan:
1.
Terbuka kepada pelajar-pelajar bahagian Menengah Atas sahaja (
Menengah 4
dan 5 ). Pendeklamasian sajak mestilah disampaikan dalam Bahasa Melayu
sepenuhnya.
2. Tajuk-tajuk sajak yang dideklamasikan mestilah berkaitan dengan tema peraduan
iaitu ‘SEKOLAH / ALAM PENDIDIKAN’.
3.
Para peserta digalakkan mendeklamasi sajak dengan bantuan alat-alat
muzik
seperti gitar dan sebagainya.
4. Setiap peserta ditegah menyebut nama dan jawatan seseorang, hal-hal peribadi
mencaci atau memburuk-burukkan sesuatu bangsa, agama dan politik negara.
5. Penentuan Markah;
i. Isi
-
50 Markah
ii. Penghayatan
-
30 Markah
iii. Gaya
- 20 Markah
6.
Peruntukan Masa – Tiada Had ( bebas )
7.
Keputusan Hakim adalah muktamad.
8.
Hadiah-hadiah akan diberi
kepada pemenang
pertama, kedua
dan ketiga
mengikut menengah masing-masing.
9.
Pakaian para peserta mestilah kemas ( pakaian seragam sekolah dan
bertali
leher).
10. Seramai 10 orang terpilih ( 5 menengah 4 + 5 menengah 5 ) ke pusingan akhir
selepas melalui proses penyaringan.
11. Tarikh dan masa peraduan;
Pusingan Awal
- Tarikh : 27 JULAI 2002
Masa
: 2.30 – 4.30 petang
Tempat : Menengah 5 B
Pusingan Akhir
- Tarikh
: 1 0GOS 2002
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Darussalam.