MEMORANDUM
Daripada : Jabatan Bahasa Melayu Bahagian Sekolah Rendah,
Sekolah Menengah Chung Hwa.
Kepada : Guru-guru Matapelajaran Bahasa Melayu Bahagian Sekolah Rendah.
Tarikh : 8 Januari 2002
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Melayu menganjurkan peraduan tulisan rumi sebagai satu langkah untuk meningkatkan mutu tulisan dan daya kreatif di kalangan murid-murid sekolah bahagian rendah bagi tahun 2002.
Sehubungan dengan itu, diminta kerjasama daripada guru-guru
yang mengajar pelajaran Bahasa Melayu supaya
akan dapat menjayakan peraduan ini.Peraduan ini akan
diadakan pada hari Khamis, 6 Jun 2002 bertempat di bilik darjah
masing-masing semasa mata pelajaran
Bahasa Melayu. Murid-murid dikehendaki menulis nama dan darjah
di belakang kertas peraduan tersebut.
Guru-guru juga diminta memilih 3 hasil murid yang terbaik
bagi setiap darjah dan hantar
kepada pengerusi/ penolong pengerusi peraduan tulisan rumi sebelum
10 Jun 2002. Hakim – hakim yang dilantik mengikut kategori
adalah seperti di bawah ini :
Darjah 1 : a. Cikgu Rasidah bt. Hassali
2 : b. Cikgu Chua Lian Moi
3 : c. Cikgu Nooraihan Bt. Abdul Hamid
Darjah 4. : a. Cikgu Peng Siaw Tang
5. : b. Cikgu Nora Bt. Hj Mohammad
6 : c. Cikgu Yap Bee Yong
Yang menjalankan tugas ,
…………………………
( Cikgu Murni binti Galawat )
Penyelaras,
Pengerusi ,
Peraduan Tulisan Rumi,
Jabatan Bahasa melayu Bahagian Rendah,
Sekolah Menengah Chung Hwa BSB.
s.k.
Pengetua
Ketua Pengajaran
Ketua Jabatan Bahasa Melayu
Guru-guru Bahasa Melayu
Ketua Guru Kerajaan