MAKLUMAN

Daripada : Jabatan Bahasa Melayu,Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan.

 Kepada : Guru-guru Bahasa Melayu Darjah 4,5 dan 6 dan murid-murid.

                                                                                                                                        15 Mei 2002

 

 

PERTANDINGAN KUIZ BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

 JABATAN  BAHASA MELAYU 2002.

 

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Melayu sekolah kita akan menganjurkan pertandingan kuiz Bahasa Melayu.

 2.            Sehubungan dengan hal itu,guru-guru Bahasa Melayu Darjah 4,5 dan 6 adalah diminta memilih wakil-wakil  kelas untuk menyertai pertandingan tersebut.

 3.            Pusingan awal pertandingan tersebut akan dijalankan pada 13 Jun 2002 pada pukul 2:30 petang bertempat di kelas-kelas F5A F5BF5C dan F4B. Manakala,pertandingan akhir pula akan diadakan pada 23 Jun 2002 ,jam 2:30 petang bertempat di bilik F5A.

 4.            Bersama surat ini disertakan borang penyertaan bagi tujuan tersebut. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada penyelaras pertandingan pada atau sebelum 10 Jun 2002.

 5.         Undian untuk pertandingan tersebut akan dijalankan pada 12 Jun 2002 jam 10:00 pagi, bertempat di bilik darjah P4 Green. Ketua pasukan adalah diminta hadir untuk tujuan tersebut.

 

Sekian sahaja,harap maklum.Terima kasih.

 

‘BAHASA MELAYU PEMANGKIN PERPADUAN’

 

Yang menjalankan tugas,

 

 

_________________________________

( Anthony Chieng Kai Huak )

Penyelaras Pertandingan Kuiz,

Sekolah Menengah Chung Hwa,

Bandar Seri Begawan.

 

Sk.

Pengetua

Timbalan Pengetua

Ketua Pengajaran

Ketua Disiplin

Ketua Jabatan Bahasa Melayu.

Hosted by www.Geocities.ws

1