MEMORANDUM

  Daripada:            Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Chung Hwa,

                        Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

  Kepada:            Guru-guru dan penuntut Bahagian Menengah Bawah.

 

Tarikh: 10 Januari 2002

 

 

PERTANDINGAN KUIZ BAHASA MELAYU

PERINGKAT MENENGAH BAWAH 

SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA, BSB, TAHUN 2002

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa Melayu akan menganjurkan Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu sebagai satu langkah untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran lisan Bahasa Melayu, di kalangan penuntut bagi tahun 2002. 

Sehubungan dengan tujuan di atas, penyertaan penuntut  dialu-alukan bagi menjayakan pertandingan ini. Dengan demikian kita dapat mengetengahkan  penuntut yang berkemahiran dalam bidang ini.

Pertandingan akhir akan diadakan pada hari Rabu (26 Jun 2002) bertempat di Dewan Darussalam, sementara pertandingan awal/ saringan diadakan pada hari Khamis( 13 Jun 2002) jam 2.30 petang bertempat di bilik Tingkatan 1F dan 2B. Bersama-sama dengan surat keliling ini, diedarkan borang dan syarat-syarat penyertaan tersebut. Borang penyertaan hendaklah dikembalikan kepada penyelaras pertandingan, melalui guru Bahasa Melayu kelas masing-masing sebelum 1 Jun 2002.

 

Kerjasama guru-guru dan penyertaan penuntut bagi menjayakan pertandingan kuiz  ini, amatlah dihargai dan  diucapkan ribuan terima kasih.

 

Yang menjalankan tugas.

 

…………………………

(ZUKERI BIN YA)

Penyelaras,

Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu,

Sekolah Menengah Chung Hwa,

Bandar Seri Begawan.

 

Sk:

Pengetua

Timbalan Pengetua

Ketua Pengajaran

Ketua Disiplin

Ketua Jabatan Bahasa Melayu

Guru-guru Bahasa Melayu.

 

 

JAWATANKUASA PERTANDINGAN

KUIZ BAHASA MELAYU TAHUN 2002

 

  Penasihat:            Tan Been Tiem

                        ( Ketua Jabatan Bahasa Melayu SMCH )

  Penyelaras:            Zukeri bin Ya

 

Pengawas Peserta:

                          Noralifah Abdullah            ( Tingkatan 3 )

                          Chin Suan a/p Eh Bi            ( Tingkatan 2 )

                          Beh  Hau Yau                       ( Tingkatan 1 )

 

Pembuat soalan :

                          Semua ahli jawatankuasa pertandingan kuiz

                        ( dua soalan bagi setiap tingkatan/ 2 X 3 )

 

Penal Hakim:   Zukeri Bin Ya(Ketua Hakim)

                          Awang Haji Bahar Musa

                          Yahya bin Saat

                          Poh Sing Loo

 

Juru Acara:            Norliza Hj. Tuah

Penjaga Masa:              Penuntut

Pencatat Markah:            Penuntut

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1.            Peraduan ini terbuka kepada semua penuntut menengah bawah Sekolah Menengah

Chung Hwa ( Tingkatan 1 – 3 )

  2.            Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

              2.1            Kategori A Menengah Bawah Satu (Tingkatan 1 )

              2.2            Kategori B Menengah Bawah Dua (Tingkatan 2 )

              2.3            Kategori C Menengah Bawah Tiga (Tingkatan 3 )

  3.         Markah bagi setiap jawapan yang tepat ialah tiga ( 3 ), sebarang keraguan yang

dialami pihak pengacara/ pengelola, sila rujuk hakim bertugas untuk bahagian

berkenaan.

  4.         Setiap kelas hendaklah menghantar satu pasukan sahaja yang terdiri dari tiga

orang penuntut.

  5.         Tiga hadiah akan disediakan bagi setiap kategori dan sijil penyertaan akan diberi

kepada setiap pasukan yang mengambil bahagian.

  6.            Keputusan penuh akan diumumkan kemudian.

  7.            Keputusan jemaah hakim adalah muktamad

 

 

 

--------------------- potong di sini ---------------------------------------------------------------------

 

 

Borang Penyertaan :

 

 

Tingkatan : _______

 

 

Peserta :            1. ____________________________

 

                        2. ____________________________

 

                        3. ____________________________

 

 

 

Disahkan oleh guru Bahasa Melayu : ________________________________________

                                                            ( nama )

 

 

                                                            ________________                ________________

                                                            ( T.T. )                                     ( Tarikh )

 

Hosted by www.Geocities.ws

1