MEMORANDUM

 

Daripada :           Jabatan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Chung Hwa,

                            Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

  Kepada:               Guru-guru dan Pelajar-pelajar Bahagian Menengah.

 

Tarikh: 10 JANUARI 2002

 

PERADUAN MENULIS ESEI DAN KARANGAN

BAGI PELAJAR-PELAJAR BAHAGIAN MENENGAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bahasa  Melayu menganjurkan peraduan menulis esei dan karangan sempena sambutan ulang tahun sekolah ke 80  serta sebagai satu langkah untuk meningkatkan taraf pembelajaran dan daya kreatif penulisan di kalangan pelajar-pelajar sekolah bahagian menengah bagi tahun 2002.

Sehubungan dengan itu, penyertaan pelajar-pelajar adalah dialu-alukan bagi menjayakan peraduan ini serta mengetengahkan bakat para pelajar yang berkebolehan dalam menulis esei dan karangan.

Peraduan ini akan diadakan serentak pada hari Khamis 6 JUN 2002 bertempat di kelas masing-masing bermula pada 8.15-9.45 pagi.  Bersama-sama surat keliling ini disertakan syarat-syarat peraduan tersebut.

Di atas perhatian dan kerjasama guru-guru dan penyertaan para pelajar bagi menjayakan peraduan menulis esei dan karangan ini, diucapkan ribuan terima kasih.

 

 

Yang menjalankan tugas,

 

…………………………………

(CIKGU NORLIZA HJ. TUAH)

Penyalaras,

Peraduan Menulis Esei Dan Karangan,

Jabatan Bahasa Melayu,

Sekolah Menengah Chung Hwa,

Bandar Seri Begawan.

 

Sk.

Pengetua

Ketua Jabatan Bahasa Melayu

Guru-guru Bahasa Melayu

 

 

 

 

SYARAT-SYARAT PERADUAN

1.    Peraduan ini terbuka kepasa semua pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, 
       Bahagian Menengah, iaitu Menengah Satu hingga Menengah Lima.

2.    Peraduan ini dibahagikan kepada empat kategori seperti berikut:

2.1        Kategori A  ( Menengah Satu )

2.2        Kategori B  ( Menengah Dua )

2.3        Kategori C  ( Menengah Tiga )

2.4        Kategori D  ( Menengah Empat dan Lima )

 

3.     Bilangan patah perkataan bagi setiap kategori:

        Kategori A,B dan C :  180-300 patah perkataan

        Kategori D               :  350-500 patah perkataan

  4.    Tajuk-tajuk karangan bagi keempat-empat kategori akan diedarkan semasa hari 
       peraduan dijalankan.  Semua pelajar hendaklah menyertai peraduan ini.  Tiga buah
       esei/karangan terbaik dari setiap kelas akan dipilih oleh guru pelajaran Bahasa
       Melayu masing-masing dan dihantarkan kepada ketua hakim untuk dihakimkan oleh
       para hakim yang telah dilantik.

  5.  Keputusan peraduan akan diumumkan setelah keputusan diterima daripada para
       hakim dan dipersetujui oleh ketua hakim.  Keputusan yang sudah diumumkan oleh
       ketua hakim adalah muktamad.

 

JAWATANKUASA PERADUAN MENULIS ESEI DAN KARANGAN 

BAHASA MELAYU TAHUN 2002

Penasihat:      Cikgu Tan Been Tiem

                      (Ketua Jabatan Bahasa Melayu) 

Penyelaras:    Cikgu Norliza Haji Tuah

Pengawas peserta:  Guru-guru mengikut jadual mengajar kelas masing-masing

Penggubal soalan:  Semua guru Bahasa Melayu. 4 buah tajuk karangan  yang difikirkan
                            sesuai hendaklah dihantar kepada penyelaras peraduan  pada 1 JUN
                            2002.

  Penal hakim:  Cikgu Norliza Haji Tuah (ketua hakim)

                       Cikgu Noor Alifah Abdullah (Kategori D)

                       Cikgu Poh Sing Loo (Kategori C)

                       Cikgu Yahya Hj. Saat (Kategori B)

                       Cikgu Zukeri bin Ya (Kategori A)

 

   

 

Hosted by www.Geocities.ws

1