SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA

 

BANDAR SERI BEGAWAN

 

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

BAHASA MELAYU

 

( PERINGKAT SEKOLAH RENDAH )

 

 

 

 

PENILAIAN MATA PELAJARAN  TAHUN 2001

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh :

Tan Been Tiem

Ketua Jabatan Bahasa Melayu

Sekolah Menengah Chung Hwa

Bandar Seri Begawan

 

                                                                                   

 

 

 

 

 

 

 

 

PENILAIAN MATA PELAJARAN   BAHASA MELAYU

 

Bahagian Sekolah Rendah Bagi Tahun 2001.

 

Guru-guru Bahasa Melayu Bahagian Sekolah Rendah       

 

 

1.                  Cikgu Chang Hon Boon (P3A & P3I)

2.                  Cikgu Siti Zaleha Hj.Sahmat (P3G & P3B)

3.                  Cikgu Peng Siew Tang (P1B & P1I)

4.                  Cikgu Ng Siau Chui (P2D, P2H & P2B)

5.                  Cikgu Lee Chin Lan (P2C, P2E 7 P2F)

6.                  Cikgu Chua Lian Moi (P3F & P3C)

7.                  Cikgu Tam Sok Chan (P2I & P2A)

8.                  Cikgu Loong poh cheng (P1A &P1J)

9.                  Cikgu Yap Bee Yong (P1C, P1E, P1G)

10.             Cikgu Beh Hai Yau (P4B, P4F ,P4F & P5F)

11.             Cikgu Murni Bt.Galawat (P3E, P3D & P3H)

12.             Cikgu Anthony Chieng Kai Huak (P6D & P6E)

13.             Cikgu Gazali Hj.Suhaili (P4Eksp, P4C, P4E & P4G)

14.             Cikgu Nora Bt.Hj.Mohamed (P4H, P4A)

15.             Cikgu Tai Tiam Kwee (P5A, P5D, P5E & P5F)

16.             Cikgu Chin Mee Hee (P5C, P5G, P6A & P6G)

17.             Cikgu Chiam Lay Kuan( 5 Eksp, P6B  & P6F)

18.             Nooraihan Bt. Abdul Hamid (P6C & P6H)

 

 

 

 

 

 

1.                  Laporan ini bertujuan untuk mengkaji pencapaian yang diperolehi dari usaha-usaha pembelajaran dan aktiviti-aktiviti  sepanjang tahun  2001.

 

2.                  Objektif-objektif yang dirancangkan dalam ‘ Pelan Tindakan 2001’ dan pengulasannya adalah seperti berikut  : -

 

2.1             Meningkatkan taraf pendidikan Bahasa Melayu.

 

Sebagaimana yang telah dirancangkan, taraf pencapaian pendidikan Bahasa Melayu adalah memuaskan dan dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa .  Para guru didapati telah berusaha bersungguh-sungguh menyampaikan pengajaran mereka dengan lebih efektif selain daripada menumpukan perhatian terhadap buku teks.

 

 

 

2.2             Meningkatkan bidang pembacaan di kalangan murid-murid.

 

Pelbagai cara pengajaran untuk meningkatkan bidang pembacaan di kalangan murid-murid  seperti buku cerita, majalah dan surat khabar telah digunakan dan aplikasi tersebut telah membuktikan bahawa penguasaan  murid terhadap penulisan karangan, menjawab soalan kefahaman dan pemahaman perbendaharaan  kata adalah memuaskan.

 

 

2.3             Pemberian  kerja rumah yang sederhana kepada murid-murid.

 

Semua guru telah memberi kerja rumah yang sederhana dan seimbang dengan kemampuan murid-murid mereka.  Bilangan kerja rumah yang diberi telah ditentukan seminggu sekali atau lanjutan  kerja sekolah , ini adalah untuk mengurangkan bebanan murid-murid.

 

 

2.4             Memberi bantuan kepada murid-murid yang lemah.

 

Kelas-kelas tambahan telah dijalankan setiap hari Jumaat dan masa cuti sekolah bagi murid-murid Darjah 6 untuk menghadapi peperiksaan PCE.

 

 

 2.5     Menggalakkan  murid-murid membaca buku cerita.

 

Murid-murid digalakkan  meminjam buku-buku cerita yang sesuai dengan kemampuan mereka dari perpustakaan sekolah. Ada juga guru-guru yang telah meminjam buku-buku dari perpustakaan untuk bacaan murid-murid dalam kelas masing-masing. Dengan cara begini, minat membaca buku cerita di kalangan murid-murid sekolah rendah akan kian meningkat.

 

 

2.6       Penilaian dan pengujian

 

Penilaian dan pengujian telah dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap pertengahan tahun untuk mengetahui pencapaian dan kemahiran seseorang murid.  Dari penilaian yang dijalankan itu, para guru dapat memahami atau memperbaiki kaedah pengajaran supaya pembelajaran murid-murid dapat dijalankan dengan lebih berkesan lagi.

 

2.7             Skim pengajaran

 

Skim pengajaran bagi setiap peringkat telah disediakan oleh guru-guru setelah membuat perbincangan pada awal tahun.  Para guru telah mengikut skim yang ditentukan dan diselesaikan setiap hujung tahun tanpa sebarang kesilapan atau keciciran.

 

 

2.8             Lisan

 

Guru-guru telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai komunikasi dengan murid-murid baik dalam bilik darjah atau luar dari bilik darjah.  Dengan ini secara langsung murid-murid dapat memahami dan menilai pertuturan harian dalam apa jua siaran am dan media masa.

 

 

2.9             Penggunaan alat bantu mengajar.

 

Para guru telah membuat alat bantu mengajar yang sesuai dengan isi-isi pelajaran murid-murid .  Sesetengah daripada alat bantu mengajar ini telah dilekat dalam kelas masing-masing untuk manfaat para murid sekalian.

 

 

LAPORAN KEGIATAN LUAR DARJAH JABATAN B.MELAYU, BHGN.SEK.RENDAH 2001.

 

 

1. PERADUAN TULISAN RUMI

 

Peraduan tersebut telah diadakan pada 26 Jun  2001 dipegerusikan  oleh Cikgu Siti Zaleha Bt. Hj. Sahmat dan Cikgu Gazali bin Suhaili. Objektif  peraduan ini adalah untuk menanam kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga tulisan dalam semua peringkat disamping memupuk minat murid-murid untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas.  Selain daripada itu juga  untuk membangkitkan semangat persaingan di kalangan murid-murid untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik kerana peraduan ini melihatkan kemahiran murid-murid dalam setiap kumpulan.

Berikutnya ialah keputusan peraduan tersebut :-

 

 DARJAH  I  

                                   

Tempat Pertama:  Siti Nuradlina Shahirah ( P 1 EI )

Tempat Kedua:     Lim Siaw  Wern     ( P 1 B)

Tempat Ketiga:      Lim Wei Liang               ( P 1 C )  

 

DARJAH  2  

                                   

Tempat Pertama:   Claudia Loh         ( P2C )

Tempat Kedua:      Thian Yee Zhun  ( P2A)

Tempat Ketiga:       Ng Bee Kee        ( P2I)

 

DARJAH  3

 

Tempat Pertama:   Teo Hui Sian    ( P3B)

Tempat Kedua:       Liew Kuei Chen ( P3F)

Tempat Ketiga:       Poh Wan Yan     ( P3B)

 

 

Darjah Empat

 

Tempat Pertama:   Siti Nurulhafizah binti Mohd Zin (Darjah 4G)

Tempat Kedua:       Lim Shia Yung  (Darjah 4G)

Tempat Ketiga:       Ting Sien Ping ( Darjah 4D )

 

Darjah Lima

 

Tempat Pertama:   Chung Kang Ni  ( Darjah 5 Express )

Tempat Kedua:       Jane Tay  ( Darjah 5A )

Tempat Ketiga:       Goh Wern Wai ( Darjah 5D )

 

Darjah Enam

 

Tempat Pertama:   Mary Ng Yee Joe         ( Darjah 6A )

Tempat Kedua:       Dk Fatin Saadiah binti Pg Haji Othman  (    Darjah 6H )

Tempat Ketiga:       Chung Wei Chieh  ( Darjah 6E )

 

 

2. PERADUAN BERCERITA BAHASA MELAYU

 

Peraduan tersebut telah dilangsungkan pada 29 Jun 2001 dan dipengerusi oleh

Cikgu Chang Hon Boon dan Nooraihan Bt. Abdul Hamid.

Peraduan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah bertutur dan bercerita dalam Bahasa Melayu di samping melatih pelajar-pelajar supaya berani bercakap di hadapan  khalayak ramai.

Pemenang-pemenang peraduan tersebut adalah seperti berikut  :-

 

Kum.  A  ( Darjah l – 2 )     

 

Tempat Pertama: Jong Yi  ( P2A)                    

      Tempat Kedua:    Nur Hazimah Br Shams (P1A)       

      Tempat Ketiga:    Lee Chia  Pau    (P1A)

 

Kum.  B  ( Darjah  3 – 4 )  

 

Tempat Pertama : Cindy Lee (P3B)

Tempat Kedua:     Ting Ying Hee (P4 Ekspres)

Tempat Ketiga:      Lee Chia Yi (P3A)

 

 Kum.  C  (Darjah 5 – 6 )

 

Tempat Pertama : Sim Pei Yi (P6A)

Tempat Kedua:     Meria Aires AlK Kuyah (P5D)

Tempat Ketiga:     Mary Ng Yee Joe (P6A)

 

 

3.                  Peraduan Kuiz Bahasa Melayu

 

Peraduan Kuiz bahasa Melayu bagi bahagian sekolah rendah adalah yang pertama kali diadakan pada tahun ini. Peraduan ini telah diadakan di bawah penyelarasan Cikgu Anthony Chieng. Tujuan peraduan ini adalah untuk menambahkan kemahiran pelajar dari segi penguasaan bahasa Melayu. Keputusan peraduan ini adalah seperti berikut:

 

Johan : Darjah 6A

 

Ø      Sim Pei Yi

Ø      Shirley Sim See Yii

Ø      Chan Chung Sun

 

Naib Johan: Darjah 6H

 

Ø      Ak. Md. Noor’Izzuddin b. Pg. Omar

Ø      Siti Nuraini Nailah Putri

Ø      Dk. Fatin Saodiah Pg. Hj. Othman

 

Tempat Ketiga: Darjah 6E

 

Ø      Jerry Neo Eng Boon

Ø      Lusi anak Sali

Ø      Chin Yun En

 

Kesimpulan

 

Usaha-usaha yang dijalankan oleh guru-guru dari  Jabatan Bahasa Melayu , Bahagian Sekolah Rendah adalah memuaskan. Oleh yang demikian, ia boleh dikatakan  telah mencapai matlamat-matlamat yang telah dirancangkan.

Semua kegiatan ko-kurikulum telah dijalankan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Kegiatan ini sedikit sebanyak telah membantu pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran mereka dan menimba pengalaman baru dalam pertandingan yang diceburi.

 

 

 

 

 

 

 

                                                                                   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1