Ketua
Jabatan : Tan Been Tiem
Guru-Guru
Bahasa Melayu Bahagian Menengah:
·
Tan
Been Tiem
(Tingkatan 5A & 5C )
·
Poh
Sing Loo (Tingkatan
5B ,4A, & 4C)
·
Yahya
bin Sa’at @ Jamil (Tingkatan 4B,
4D & F1A)
·
Norliza
Bt. Hj. Tuah ( Tingkatan
3A, 3B & 3C)
·
Yeot
Bt. Bujang
(Tingkatan F1B , F1C, F1F &
P5B)
·
Noor
Alifah Bt. Abdullah (Tingkatan 1D, 2B, 2C & 2D)
·
Hj.
Bahar Bin Musa (Tingkatan
1E )
1.
Kemahiran
Penulisan
Kemampuan penuntut-penuntut dari segi penulisan, secara keseluruhannya di peringkat sederhana sahaja. Walaubagaimana pun ada sebahagian kecil daripada penuntut-penuntut yang dapat menghasilkan ayat-ayat yang gramatis dan menarik dalam aktiviti penulisan terutama dalam penulisan karangan, rumusan atau meringkaskan karangan dan membina ayat. Penuntut-penuntut yang terlibat secara langsung dalam peraduan, syarahan dan mengarang telah menunjukkan kemajuan dari segi penulisan mereka. Keadaan ini disebabkan pendedahan yang lebih meluas dan pembacaan tambahan yang lakukan oleh mereka dalam bahasa Melayu. Dengan ini penuntut-penuntut lain juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian dan membaca lebih banyak bahan tambahan. Bagi meningkatkan kemahiran penulisan di kalangan pelajar, guru-guru telah memberi latihan karangan sebanyak 10 buah karangan setahun bagi menengah atas manakala bagi menengah bawah sebanyak 20 buah karangan termasuk surat kiriman rasmi dan tak rasmi. Di samping penulisan karangan, pelajar-pelajar juga diberi latih tubi meringkaskan karangan dan merumuskan karangan. Sebanyak 10 buah latihan meringkaskan karangan diberi bagi menengah bawah dan atas. Hasil daripada latihan yang berterusan, didapati sebahagian besar penuntut menunjukkan kemajuan dari segi penulisan mereka.
2.
Kemahiran Lisan
Kemampuan penuntut-penuntut bertutur dalam bahasa Melayu masih belum memuaskan berbanding dari segi penulisan. Bagi para pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima, ujian lisan diberi sebelum mereka menduduki Ujian Lisan bagi Peperiksaan Awam PMB dan GCE Peringkat ‘O’. Daripada ujian lisan yang diadakan oleh guru-guru, didapati penuntut menghadapi masalah semasa menjawab soalan bahagian perbualan kerana mereka kurang fasih untuk menyampaikan pendapat mereka dalam bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah ini, guru telah menggalakkan penuntut-penuntut bertutur dalam bahasa Melayu ketika aktiviti Jabatan bahasa Melayu dijalankan dan ketika bertutur dengan guru-guru bahasa Melayu. Para pelajar juga dinasihatkan supaya tidak berasa malu untuk mengemukakan pendapat mereka dengan menggunakan bahasa Melayu semasa perbincangan diadakan oleh guru di dalam kelas. Para pelajar juga digalakkan mengambil bahagian dalam peraduan syarahan dan bahas. Namun begitu, usaha ini masih terbatas kerana keadaan persekitaran penuntut, tidak banyak didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu terutama sekolah ini terdiri daripada sebahagian besar pelajar berbangsa Cina. Mereka lebih gemar menggunakan bahasa ibunda mereka.
3.
Kemahiran
Membaca
Tahap kemahiran membaca di kalangan penuntut Cina, secara keseluruhan adalah memuaskan. Penilaian ini adalah berdasarkan ujian lisan yang diberikan kepada pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga lima. Salah satu bahagian yang diuji dalam ujian lisan ialah pembacaan. Biasanya, penuntut dapat membaca dengan lancar kecuali ada sebahagian daripada mereka menghadapi masalah dari segi sebutan dan intonasi yang betul. Para pelajar dilatih membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul semasa disuruh membaca petikan di dalam kelas.
4.
Pemberian Kerja
Rumah
Kerja rumah diberi secara sederhana sahaja pada setiap hujung minggu dan pada waktu cuti penggal persekolahan pertama dan kedua. Di samping itu latihan yang diberi dalam kelas yang tidak dapat disiapkan di sekolah, akan diberi sebagai kerja rumah.
5.
Kegiatan
Ko-Kurikulum
a) Peringkat Sekolah
Setiap tahun, Jabatan Bahasa Melayu menjalankan beberapa peraduan dalam usaha untuk memupuk dan menggalakkan minat pelajar-pelajar mempelajari Bahasa Melayu dan menggalakkan para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada tahun ini adalah seperti berikut:
1. Peraduan Mengarang
Peraduan mengarang telah diadakan di bawah penyelarasan Cikgu Yeot binti Bujang dan dibantu oleh semua guru Bahasa Melayu bahagian menengah. Tujuan Peraduan ini diadakan adalah untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan daya kreatif penulisan di kalangan penuntut. Keputusan Peraduan Menulis Esei dan Karangan bahagian menengah bagi tahun 2001 adalah seperti berikut:
PEMENANG KATOGERI A
Tempat Pertama : Low Seng Yen (F1A)
Tempat Kedua : Noor Zulikha (F1D)
Tempat Ketiga : Chong Ai Yien (F1A)
PEMENANG KATEGORI B
Tempat Pertama : Yu Hui Ling (F2A)
Tempat Kedua : Chin Wern Hui (F2A)
Tempat Ketiga : Low Choon Luan (F2A)
PEMENANG KATEGORI C
Tempat Pertama : Aryanti Surya (F3C)
Tempat Kedua : Nur Ramizah Bt. Ramli (F3B)
Tempat Ketiga : Lentty (F3C)
PEMENANG KATEGORI D
Tempat Pertama : Koay Yi Wei (F4A)
Tempat Kedua : Chen Su Chan (F4A)
Tempat Ketiga : Law Kim Yew (F5A)
2.
Peraduan
Syarahan
Peraduan ini telah diadakan di bawah penyelarasan Cikgu Yahya Bin Sa’at @ Jamil dan dibantu oleh semua guru bahasa Melayu bahagian menengah. Peraduan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan penuntut dan mengasah bakat penuntut untuk melahirkan penuntut yang dapat menyampaikan hujah-hujah dengan berkesan. Penyertaan penuntut pada tahun ini amat menggalakkan. Kemampuan penuntut menyampaikan syarahan adalah memuaskan bagi menengah bawah dan atas. Keputusan Peraduan Syarahan bagi tahun 2001 adalah seperti berikut:
KATEGORI A
Tempat Pertama: Kho Xin Wei (F1B)
Tempat Kedua :Chong Ai Yein (F1A)
Tempat Ketiga :Kong Hai Xin (F1A)
Tempat Keempat: Liew Tau Hua (F1C)
KATEGORI B
Tempat Pertama: Tay Chin Tze (F2A)
Tempat Kedua : Soh Kiaw Han (F2B)
Tempat Ketiga : Yu Hui Ling (F2A)
Tempat Keempat: Phang Shew Hiang (F2B)
KATEGORI C
Tempat Pertama: Hartinie Binti Mohd Antin (F3C)
Tempat Kedua : Laila binti Bakar (F3A)
Tempat Ketiga : Mohd Ali Bin Hj. Abdullah (F3B)
Tempat Keempat: Patrick Hii Siang Hock (F3C)
KATEGORI D
Tempat Pertama: Koay Yi Wei (F4A)
Tempat Kedua : Haryatie Mohd. Antin (F5B)
Tempat Ketiga : Lim Kuo Pin (F4B)
Tempat Keempat: Chung Sze Chen (F4B)
3. PERADUAN KUIZ BAHASA MELAYU
Peraduan Kuiz Bahasa Melayu diadakan di bawah penyelarasan Cikgu Haji
Bahar Bin Musa dan penolong penyelaras ialah Cikgu Norliza bt Haji Tuah. Tujuan
peraduan ini adalah untuk menambahkan kemahiran pelajar dari segi penguasaan
bahasa Melayu.Tahap kemampuan pelajar yang menyertai peraduan ini amat
memuaskan. Keputusan peraduan ini adalah seperti berikut:
KATEGORI MENENGAH 3
Johan: Menengah 3C
1.
Hartinie binti
Mohd Antin
2.
Aryanti Surya
binti Haji Zainal
3.
Tang Yien Ley
Naib Johan: Menengah 3B
1.
Nur Ramizah bt.
Ramli
2.
Husrina Wati
binti Awang Hunus
3.
Wong Yii Ling
Tempat ketiga: Menengah 3A
1.
Chai Xin Tee
2.
Shenny Ang Ee
Shen
3.
Yap Yee Ling
KATEGORI MENENGAH 2
Johan: Menengah 2A
1.
Edwina Goh
2.
Rozzy Rajab
3.
Pham Xiuzhi
Naib Johan: Menengah 2D
1.
Muhammad Omar
2.
Ak. Syafiie Pg.
Haji Shahrum
3.
Stephanie
Tempat ketiga: Menengah 2C
1.
Haji Aiman
2.
Dk. Nurul
Hidayah
3.
Halina Jumaat
KATEGORI MENENGAH 1
Johan: Menengah 1B
1.
Ahmad Fathi
2.
Yap Kar Mun
3.
Jerry
Naib Johan: Menengah 1A
1.
Stella Ting Hai
Yim
2.
Low Seng Yen
3.
Susan Ting
Tempat ketiga: Menengah 1F
1.
Husrina binti
Awang Hunus
2.
Siti Yaminah
3.
Muhd. Khalik
MINGGU BAHASA MELAYU
Pada tahun ini semua peraduan anjuran Jabatan Bahasa Melayu telah diadakan sepanjang Minggu Bahasa Melayu iaitu bermula dari 25 Jun hingga 30 Jun 2001. Pembukaan rasmi Minggu Bahasa Melayu telah dilancarkan oleh Pengetua Dayang Kho Guik Lan. Minggu Bahasa Melayu telah ditutup dengan rasminya oleh Timbalan Pengetua Awang Siong Shee Tit. Acara yang dijalankan sepanjang Minggu Bahasa Melayu adalah seperti berikut:
JADUAL MINGGU BAHASA MELAYU
25 JUN
2001 HINGGA 30 JUN 2001
|
ISNIN
(25-6-2001) |
SELASA
(26-6-2001) |
RABU (
27-6-2001) |
KHAMIS
(28-6-2001) |
JUMAAT(29-6-2001) |
SABTU
(30-6-2001) |
|
Pembukaan rasmi oleh pengetua Dyg. Kho Guik
Lan. Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu Bahagian
Menengah Peringkat Akhir. Penyelaras: Cikgu Hj. Bahar Bin Musa Masa: 10.30 pagi. Tempat: Dewan Darussalam. |
Pusingan Awal Peraduan Syarahan/Pidato
Bahagian Menengah. Penyelaras: Cikgu Yahya Bin Sa’at. Masa: 2.30 petang. Tempat: Kelas Tingkatan 4B. Peraduan Menulis Tulisan Rumi. Penyelaras: Cikgu Siti Zaleha Bt. Hj. Sahmat. Masa: Waktu Pelajaran Bahasa Melayu. Tempat: Bilik Darjah Masing-Masing. |
Pertandingan Kuiz Bahasa Melayu Bahagian
Sekolah Rendah. Penyelaras: Anthony Chieng. Masa:2.30 petang. Tempat: Kelas F5A |
Peraduan Menulis Tulisan Jawi Bahagian
Menengah 1 hingga 3. Penyelaras: Cikgu Sarimah Bt. Hj. Mohamed. Masa: 2.30 petang. Tempat: Kelas F5A, F5B &
F5C Peraduan Menulis Tulisan Jawi Bahagian Darjah
1-6. Penyelaras: Cikgu Nora Bt. Hj Mohamed. Masa: Waktu Pelajaran
Jawi. Tempat:
Bilik darjah
masing-masing |
Peraduan Bercerita Bahasa Melayu Bahagian Sekolah Rendah. Penyelaras: Cikgu Chang Hon Boon. Masa: 8.30 pagi. Tempat: Bilik Darjah P3I |
Peraduan Syarahan/Pidato Bahagian Menengah
Peringkat Akhir. Penyelaras: Cikgu Yahya Bin Sa’at. Masa: 8.00 pagi. Tempat: Dewan Darussalam. Majlis penutup oleh Timbalan Pengetua Awang
Siong Shee Tit. |
b) Peringkat Negara
1.
Peraduan Bahas
Kali ke-29
Pada tahun ini sekolah kita telah menarik diri daripada menyertai peraduan tersebut kerana maklumat tentang peraduan tersebut lewat diterima iaitu pada hari peraduan tersebut dijalankan dan para peserta belum membuat sebarang persediaan kerana belum mengetahui tajuk yang hendak dibahaskan.
2.
Peraduan Pidato
Antara Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab Seluruh Negara
Peraduan ini telah dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Tiong Hwa dengan kerjasama Jabatan Ko –Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Pada tahun ini, sekolah kita mendapat tempat ketiga yang diwakili oleh Koay Yi Wei (F4A) di bawah pengawasan Cikgu Poh Sing Loo.
3.
Peraduan Menulis
Esei Anti-Dadah Anjuran Jabatan Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja
Peraduan ini telah dijalankan pada tahun lepas tetapi keputusannya baru
diumumkan pada tahun ini. Peserta dari sekolah ini; Chen Su Chan (F4A) telah
mendapat tempat pertama dan Chin Wern
Hui (F2A) telah mendapat hadiah sagu hati bagi Kategori Menengah Bawah.
Kesimpulan
Guru-guru dalam jabatan Bahasa Melayu sentiasa berusaha mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada para pelajar demi meningkatkan tahap penguasaan para pelajar dalam Bahasa Melayu. Dengan usaha ini dan usaha-usaha lain yang telah diambil, telah dapat meningkatkan peratus kelulusan pelajar dalam peperiksaan PCE dan PMB pada tahun ini. Kami berharap keputusan Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ juga akan meningkat pada tahun ini.