homepage banner
Bandaraya Sungai Petani Kedah           
                      Tempat-Tempat Menarik | Tempat Membeli Belah & Makan Tempat Penginapan | Peta Lokasi
         Tempat-Tempat Menarik
1) TAMAN TEMA AIR "THE CARNIVALL"
Sungai Petani


SUNGAI Petani adalah bandar kedua terbesar di Kedah selepas Alor Setar. Pembangunan pesat di sini seiring dengan prospek pelancongan yang ada di bandar ini.

Terletak di dalam Cinta Sayang Golf & Country Resort di Sungai Petani, merupakan satu-satunya taman tema air di negeri Kedah yang dikenali sebagai "The Carnivall ". Korang boleh bayangkan keseronokan badan korang "disapu" ombak pasang surut dan terapung di dalam "sungai" sepanjang 300 meter. Siap boleh bersantai atas pelampung tiub yang korang boleh dapatkan secara percuma jer ..
Banyak lagi tempat dan aktiviti  menarik di situ seperti cabaran gelongsor turun dari menara 15 meter tinggi , melalui gelongsor air terbuka sepanjang 140 meter -berpusing dan beralih cerun sebelum sampai ke kolam bawah dan lain-lain lagi. haa pening hehehe.

Kat sini, tempat dia tak la seluas Sunway Lagoon dan Bukit Merah.Keluasannya kecil je.Jalan 15 minit dah abis pusing satu Carnival.'So', kalau bawak budak kecik, tak pening kepala la nak jaga.Kat sini ada padang paintball dan boleh sewa motorsikal 3 roda, jalan-jalan sekitar Carnival.Pastu ada gak kuda dan tempat loncat-loncat. Tu je la tarikan yang ada.Yang lain-lain tu sama je macam tempat lain.
Cuma air kolam dia nampak berkeladak dan agak kotor di bahagian dasar......sebab apa ha...

Cuma ada satu je kelebihan yang takde kat tempat lain.Setiap orang yang masuk akan disediakan makanan dan minuman secara percuma. Masa tu saya dapat sebungkus mee hun dan secawan air sprite.heheee... dah lapar belasah je...

Tanjong Dawai adalah sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak di daerah Kuala Muda, Kedah. Terletak kira-kira pada 30 km dari bandar Sungai Petani.
2) ◕‿◕ PANTAI MERDEKA ◕‿◕

Pantai Merdeka (Pantai Kemerdekaan) adalah salah satu pantai yang paling popular di Kedah. Terletak kira-kira 26 km dari Bandar Sungai Petani. Pelbagai aktiviti sukan air boleh didapati di sini seperti menunggang belayar, ski air , melayari, berkanu dan lain-lain.

Salah satu permandangan di sini. Kalau korang perasan la kan , tempat-tempat yang dinyatakan dalam lirik lagu "Cinta Pantai Merdeka" tue semuanya kita boleh nampak dari sini . Contohnya Gunung Jerai , Tanjung Dawai dan lain-lain. 
Di pantai nie, terdapat sisa sejarah Perang Dunia ke-2 , kubu yang dibina pada tahun 1941 oleh British untuk melindungi penduduk daripada bom atau serangan lain daripada Jepun.

Bagi pengunjung yang hendak bermalam di sini, Merdeka Beach Resort adalah tempat yang terbaik untuk tinggal dengan selesa dengan kemudahan yang lengkap untuk dipilih seperti chalet , rumah rehat , tapak perkhemahan , kolam renang dan kedai makanan.


3)Tanjung Dawai


   
 

Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani berada di Kawasan Parlimen Merbok iaitu bagi Daerah Kuala Muda di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut. Antara kawasan yang terdapat di Tanjung Dawai ialah Kampung Bagan Belat, Kampung Sungai Pial, Bagan Asam, Kampung Nelayan, Telok Bala, Kampung Segantang Garam dan lain-lain lagi.

Tanjung Dawai terkenal dengan makanan laut dan produk kering laut seperti ikan bilis , belacan (belacan segar), cincaluk dan talang ikan masin. Antara barangan kegemaran parap pelancong adalah masin gelama kering , ikan tamban, keropok ikan , udang dan  sotong pada harga luar biasa.

Tanjung Dawai terkenal dengan makanan laut dan produk kering laut seperti ikan bilis , belacan (belacan segar), cincaluk dan talang ikan masin. Antara barangan kegemaran parap pelancong adalah masin gelama kering , ikan tamban, keropok ikan , udang dan  sotong pada harga luar biasa.

Kegiatan ekonomi   

Penduduk Tanjung Dawai kebanyakanya merupakan nelayan dan petani, ni adalah kerana kedudukan Tanjung Dawai itu sendiri yang terletak di muara sungai.




4) Muzium Arkeologi Lembah Bujang


 


Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Muzium ini ditadbir oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kompleks arkeologi ini seluas tiga kilometer persegi . Ia terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.Terdapat 97 tapak kajian yang menjadi kunci untuk membuka sejarah tamadun awal negara.

Muzium ini memaparkan perspektif sejarah arkeologi, antropologi dan sosiologi masyarakat Melayu yang tinggi dan lama di Asia Tenggara.Muzium ini terletak di tengah-tengah pusat penempatan , perdagangan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu dengan monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM). Ia kemudiannya berlanjutan sehingga kepada "Empayar Sri Vijaya". [1]

Kompleks muzium ini menyimpan pelbagai khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupakan salah satu negeri tertua dalam rantau ini, yang dipercayai wujud sejak tahun 110 Masehi. Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini dibina pada tahun 1978.

Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Rancangan Malaysia Kesembilan memberi peruntukan kepada Jawatan Warisan Negara (JWN) dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membuat kajian lanjutan.[2]

5) Rekreasi Tupah



 Dari Sungai Petani ke Hutan Lipur Rekreasi Tupah mengambil masa 20 minit Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di daerah ini. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan.