homepage banner
      Pasir Mas Taman Tengku Anis  |  Dataran Air Muleh Pasar Rantau Panjang Tasik Danau Tok Uban

                                                                              homepage banner

Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.Mengikut sejarah...Pasir Mas  telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar.

Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana.Pada masa yg sama, terdapat seorang guru agama dari Bachok,datang untuk mengajar kelas keagamaan di

Pasir Mas.Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar...tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu,secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak.Mangkuk ini

kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itumenjerit ‘Mas! Mas!’.Perkataan pasir pula, di ambil bersempena dengan

kedudukannya yang terletak di tebing sungai Kelantan yang mempunyai  dataran pasir yang luas.

                                    homepage banner        homepage banner

Kini...Terdapat sebuah hospital kerajaan di bandar ini yangdibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985.Pembukaan Hospital Pasir Mas ini telah dirasmikan oleh

 Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan,Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 3 Mei 1986 bersamaan dengan 24 Syaaban 1406 Hijrah.

Dikalangan warga Pasir Mas, ia masih dikenali sebagai Hopital Lati.Bandar ini menempatkan stesen keretapi Pasir Mas yang meghubungkan Gemas, Gua Musang dengan Tumpat.

Sebuah kompleks membeli-belah terletak di bandar ini iaitu Plaza Serangkai Mas.Bandar Pasir MasSebuah bulatan menjadi perhubung jalan raya penting di pinggir bandar

 Pasir Mas yang menghubunglan Rantau Panjang, Tanah Merah dan Kota Bharu.Selain Stadium Sultan Mohammed ke IV di Kota Bharu terdapat satu lagi stadium di Kelantan iaitu

Stadium mini di bandar Pasir Mas ini.