|
STESEN JANAKUASA TARBIN GAS Stesen jana kuasa tarbin gas merupakan salah satu stesen jana kuasa yang boleh berkendali pada masa yang singkat berbanding stesen jana kuasa yang lain. Secara amnya stesen jana kuasa ini beroperasi dengan memampatkan udara diruang pemampatan dan seterusnya udara tersebut disalurkan ke kebuk pembakaran. Dalam kebuk pembakaran udara dan bahan api (minyak) akan dibakar pada suhu 1600 °C sehingga menghasilkan gas. Gas bertekanan tinggi ini akan disejukkan semula pada suhu selamat iaitu 800 °C sebelum di salurkan ke tarbin gas untuk memusingkan bilah tarbin. Hasil daripada pusingan ini akan memberikan tenaga mekanikal kepada penjana dan seterusnya menjanakan tenaga elektrik. Manakala gas yang bertekanan rendah dari pada tarbin akan dilepaskan ke uadara melalui ekzos. Proses secara am stesen ini boleh dilihat pada rajah diatas.
|
|||