KEHILANGAN

 

    Petang itu sepulangan aku dari kuliah, kulihat sepucuk  warkah biru terselit di pintu bilikku.Aku berasa gembira kerana ku tahu pastinya ia daripada ibuku.Rasanya telah terlalu lama aku tidak pulang ke kampung.Bukan tak rindukan ibu,tetapi aku tak punya waktu kerana jadual pembelajaranku ketat.

  Hanya beberapa hari lagi  aku akan hadapi peperiksaan.Aku mesti lulus.Aku tidak mahu mengecewakan hareapan ibu.Dia kan malu dan kecewa jika harapan itu aku persiakan.Selama ini ibu telah banyak berkorban buatku.Aku ingin membalas jasa dan pengorbanannya. Ibu terpaksa berkerja keras untuk menanggung kehidupan kami sekeluarga.

   Aku kagum kepada ibu.Ibu tidak pernah mengeluh kepada kami walaupun aku tahu ibu terseksa kerana untuk membela dan mendidik aku dan adik-beradik yang lain.Kini setelah kakak dan abangku berkerja,ku lihat ibu semakin gembira.Semoga kegembiraan kami berkekalan.

   Warkah ibu cukup ku

fahami. Ibu menungguku pulang setelah selesai peperiksaan nanti.Aku faham ibu kesunyian karana keseorangan.Ibu maafkan aku.Bukan niatku untuk melupaimu,tapi keadaan telah memaksa.

   Kenangan lama cuba ku ingati dan kembali di ruang fikiran bahawa aku masih rindukan belaianmu dan arwah ayah.Setelah ketiadaan ayah,aku merasakan diriku ini kosong tanpa penghibur. Perasaan itu sedikit sebanyak dapatku luputkan kerana ku fikir  perkara ini tidak akan memberi manfaat.

   Setelah aku tiba di kampung,aku merasakan ia  menolong aku mengingati kisah pahit aku dan semakin mengganggu pemikiranku di waktu sepi.Bayangan itu pasti akan kembali.Tidak pernah aku melupakan kisah-kisah dahulu kerana ku tahu kenangan lalu akan mengajarku erti sebuah kehidupan.  Ayah,.. aku masih rindukan belaian kasihmu…!. Ketika menghadapi peperiksaan aku merasakan diri ini diuji. Aku tidak mahu menghancurkan perasaan dan oerasaan ibu dan ayahku. Aku mahu menjadi anak yang berjasa. Cukuplah selama ini, dialah yang bersusah payah terhadapku. Aku tak mahu dia hampa. Hari ini merupakan hari terakhir aku menduduki peperiksaan bagi kertas pendidikan.

                "Mira…!" satu suara kedengaran memanggil. Aku memalingkan mukaku ke arah datangnya suara itu. Ku lihat    Aiza melambai tangannya kepadaku. Segera ku langkahkan  kakiku ke arahnya.

                "Bagaimana dengan cuiti semester ni? Jadi kau tak ikut aku pulang ke kampung?" Soalnya cuba mengingatkan aku akan janjiku untuk mengikutnua pulang ke kampung. Tapi aku tak bisa tunaikan janjiku itu kerana aku akan pulang ke kampungku. Aku tidak mahu menghampakan perasaan ibuku.

                "Maafkan aku Aiza, lain kalilah aku ikut kau pulang, kali ini aku mesti pulang ke kampungku. Ibuku menungguku. Lagipun aku dah telefon Along bahawa aku akan pulang. Maafkan aku," jawabku sambil menghulurkan tangan bersalaman dengan Aiza.

                "Aku faham, tapi kalau kau nak ikut aku lain kali, kau janganlah segan atau pun malu untuk bercakap!" bicara Aiza sambil menyambut huluran tanganku.Aku tahu Aiza hampa dengan keputusanku itu. Tapi….ahh, terlalu sukar untuk kunyatakan perasaanku disaat ini .Hatiku meronta-ronta untuk pulang ke kampung .Aku rindukan belaian kasih ibu .

   Seketika ,seperti aku teringatkan sesuatu, ada nostalgia bermain di ruang ingatan. Dalam perjalanan aku dapat saksikan kehijauan alam ciptaan Yang Maha Berkuasa. Aku dapat membayangkan bagaimana perasaan seorang ibu apabila kepulangan anaknya. Fikiran aku bermain dan meronta-ronta untuk memeluk dan memberi ciuman kepada ibu.

    ‘’Maafkan saya, cik.Cik!"

     ‘’Ah, ya ?

     ‘’Maafkan saya, cik. Err…boleh saya tanya ? Cik ni nak pergi mana ?" tanya seorang pemuda yang duduk disebelahku.

       ‘’Saya sebenarnya nak balik kampung. Kampung saya kat Negeri Sembilan,’’ jawabku selamba.

   Ketibaanku diperhentian bas, aku merasakan ,aku memijak negeri kelahiranku. Aku memandang abangku yang tercari-cari aku.Aku menaikki kereta abang menuju ke rumah?. Kulihat abang mula menangis.

   ‘’Along…kenapa ni? Kenapa orang ramai dekat rumah kita ?’’ aku sempat bertanya .Abangku diam .Aku segera menaiki anak tangga rumah dan ku lihat ada seorang yang terbaring ditengah-tengah orang ramai membaca Yassin . Lalu ku hampiri dan cuba untuk membuka kain kafan, alangkah terkejutnya aku, yang terbaring itu merupakan ibu . Aku tak berdaya untuk menahan sebak dihati .

   Abangku cuba menahanku daripada terus menangis . kakinya melangkah perlahan cuba menyusuri kehilangan seorang ibu yang berkorban demi anaknya .Dibiarkan aku diselimuti kesedihan dalam rintihan .

        ‘’Ibu….., kembalilah !’’

    

 Coretan: Salina Abdullah.

               2B.

Hosted by www.Geocities.ws

1