CIKGU MAAFKAN SAYA

    “ Duduk!" Suruh Cikgu Mokhtar, guru disiplin yang terkenal dengan rotan panjangnya di Sek.Men.Putera 1 itu.Affendi melabuhkan punggungnya di kerusi,dia kelihatan serba salah.Dia hanya mampu menundukkan wajahnya saja daripada menatap renungan mata Cikgu Mokhtar yang tajam itu.Cikgu Mokhtar menarik laci mejanya dan mengeluarkan sekeping surat bersampul merah dari lacinya itu.Sampul itu dihulurkan kepada Affendi.

    "Bacalah."Suruh Cikgu Mokhtar buat kali kedua.Dengan penuh tanda tanya,Affendi mencapai sampul surat itu.Tangannya terketar-ketar menarik keluar isi di dalamnya.Bau harum wangian ros merah memenuhi ruang bilik itu.Lipatan kemas warkah itu di buka perlahan-lahan.Setiap bait-bait bicara yang tertulis dengan dakwat pilot biru di atas garisan-garisan kertas itu di bacanya. Sepucuk surat cinta dari Anne kekasihnya. Affendi mula cemas.Siapa Anne?Hatinya mula bertanya-tanya sendiri.Di fikirannya hanya persoalan-persoalan yang tidak mungkin dapat di jawabnya sendiri.Dia bingung.

   "Selain daripada surat cinta itu, saya terima laporan dari Ramli yang awak selalu hisap rokok dalam tandas dan bercampur dengan budak-budak nakal.Betul ke?"Bebel Cikgu Mokhtar separuh memerli. Ramli!!Barulah Affendi tahu,Ramlilah yang menjadi punca semua tuduhan palsu  ini.Ramli memang sudah lama bermusuhan dengan Affendi.Permusuhan ini berlaku apabila Affendi lupa menulis nama Ramli dalam senarai barisan pemain-pemain yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan tiga hari saja lagi.Akibatnya,Ramli telah menuduh bahawa Affendi sengaja menyingkirkannya dari pasukan sekolah kerana bimbang kalau-kalau Ramli akan merebut jawatan sebagai kapten di masa pemilihan kapten yang telah diadakan dua minggu lepas oleh Cikgu Mat.Walaupun sudah setahun lebih Affendi memegang jawatan dan tugas itu,Affendi tidak pernah terfikir untuk mengekalkan jawatan itu.

   "Saya tak sangka,seorang ketua pelajar yang menjadi conyoh kepada pelajar-pelajar di sekolah ini berkelakuan seburuk ini."Terpancul ayat itu dari mulut Cikgu Mokhtar lalu tersenyum sinis.

   "Ta…ta..tapi cikgu,semua tuduhan itu tak betul! Saya dianiaya!"Affendi cuba membela dirinya.

   "Jadi maksud awak,saya yang salah?Saya yang meaniaya awak?"

   "Bukan macam itu maksud saya cikgu.Saya tak pernahpun menulis surat cinta dan merokok.Percayalah cikgu."Affendi terus membela dirinya.

   "Macammanalah saya nak mempercayai awak….Surat cinta dan batang-batang rokok telah Ramli jumpa dalam laci meja awak.Macammana saya nak mempercayai awak lagi." Balas cikgu Mokhtar yang bersungguh - sungguh meletakkan tuduhan itu di bahu Affendi.Affendi bertambah bingung.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya lagi. Nampaknya cikgu muda itu sudah terpengaruh dengan tipu daya anak saudaranya,Ramli.

   Cikgu Mokhtar sekali lagi menarik laci mejanya.Dia mengeluarkan sekeping lagi surat bersampul putih.Surat itu dihulurkan kepada Affendi.

   "Awak akan digantung sekolah selama seminggu dan ini surat amaran dari saya.Bangun!"Perintah Cikgu Mokhtar.Dia mencapai rotan panjangnya itu.Tanpa menghiraukan Cikgu Mokhtar ,Affendi dengan tergesa-gesa berlalu dari situ.Dia tidak sanggup menerima hukuman rotan tanpa sebab.

   "Affendiiiiiiii!" Pekik Cikgu Mokhtar dengan marah.

   Namun Affendi tetap tidak menghiraukan Cikgu Mokhtar.Dia terus melangkahkan kakinya menuju ke kantin sekolah dengan langkah yang berani laksana langkah seorang pahlawan yang menuju ke medan perang.Matanya melilau-lilau mencari Ramli.

   Affendi memasukkan satu persatu pakaiannya ke dalam beg.Dia sudah tidak sanggup untuk bersekolah di situ lagi.Namanya sudah tercemar,dicemari oleh perbuatan khianat kawannya sendiri.Dia malu,malu kerana perbuatan sahabatnya,bukan kerana perbuatan yang lahir dari dirinya.Untuk membersihkan namanya,,seperti langit dan bumi,terlalu jauh untuk diangankan.Tambahan pula dia sudah di beri amaran keras oleh Cikgu Mokhtar dan pengetua kerana memukul Ramli.Perkara itu sudah dikhabarkan kepada bapanya di Kuala Lumpur.Mujurlah bapanya mengerti akan masalah yang dihadapinya itu.

   Untu kali terakhir,Affendi sempat memandang sekeliling rumah sewanya itu.Hatinya tiba-tiba menjadi pilu untuk meninggalkan rumah yang bercat biru itu yang menjadi tempat perteduhannya dengan Zamri selama tiga tahun.Pemergiannya ini tanpa pengetahuan Zamri yang menjadi teman karibnya kerana Zamri cuti sakit di kampungnya.

   ‘Selamat tinggal sekolahku,selamat tinggal rumahku,selamat tinggal semuanya…..’.

   "Maafkan saya cikgu,saya tidak bersalah!

   Kakinya melangkah perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah sewa itu.Walaupun tindakkannya itu di anggap bodoh,biarlah,dia puas.Dia mahu membuang segala memori yang akan membuatkan dirinya sedih dan dia juga tidak mahu di bayangi tuduhan palsu yang dilemparkan terhadapya.Dia nekad!!!!.

Karya: Zurainie Abd.Hamid.

           2B.

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1