KATA  ALUAN YB MENTERI BESAR 

                Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat mencoretkan sepatah dua kata di dalam Majalah Al-Misbah edisi 2000 Sekolah Menengah Ugama (A) Maahad Muhammadi Tanah Merah.

        Sesungguhnya sekolah ini telah tegak dengan cita-citanya memartabatkan ilmu Islam di daerah ini sejak puluhan tahun yang lalu. Di tahun 2000 ini diharapkan sekolah ini akan terus tegak dengan cita-citanya untuk memartabatkan ilmu Islam di muka bumi Allah SWT.

        Semoga majalah ini akan menjadi wadah dan lambang kepada cita-cita sekolah ini. Insya Allah.

#MEMBANGUN BERSAMA ISLAM#

#KEADILAN RAJA PAYUNG RAKYAT#

  (TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)

Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim

Hosted by www.Geocities.ws

1