KATA ALUAN PENGETUA
Alhamdulillah,saya
bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat saya
menukilkan sepatah dua kata di dalam majalah AL-MISBAH bagi edisi 12 ini.
Tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi majalah kerana telah
menghasilkan Majalah Tahunan dengan
jayanya yang pastinya mampu
Dalam era menuju negara membangun, saya berharap para putera dan puteri
SMAPS yang menerima didikan Islam sewajarnya dapat memperlihatkan imej diri yang
terdidik itu ke dalam realiti kehidupan yang sebenar supaya kita boleh dijadikan
Akhirnya saya berharap agar SMAPS dan
putera-puteri harapan bangsa sekalian akan terus menapak maju kehadapan sejajar
dengan peralihan alaf dan dapat memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan
matlamat pendidikan YIK dalam melahirkan Muslim yang beriman, berakhlak
mulia, berilmu pengetahuan dan beramal soleh. Saya juga mengucapkan Jazakumullah
kepada semua pihak kerana sama-sama berganding bahu bagi menjayakan matlamat ini,
mudah-mudahan ianya mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
# MEMBANGUN BERSAMA ISLAM #
Pengetua
Ustaz Razif b Hj.Othman