BAHASA MALAYSIA SPM
Jenis Karangan
|
|
Back |
|
||
|
Surat
Rasmi
berformat khusus Format surat rasmi adalah seperti berikut : a) nama dan alamat pengirim dan penerima surat ditulis di sebelah kiri surat b) nama dan alamat pengirim dipisahkan dengan nama dan alamat penerima oleh satu garisan panjang c) Tarikh lengkap ditulis sebelah kanan sejajar dengan baris akhir alamat penerima. Nama bulan ditulis dengan huruf besar semuanya. d)panggilan hormat penerima ( tuan ,puan ) ditulis selang sebaris selepas alamat penerima e) Tajuk surat yang digarisi dibawahnya ditulis selepas panggilan hormat. Setiap huruf pada awal perkataan adalah huruf besar. f) setiap perenggan dinomborkan kecuali perenggan pertama dan akhir g) tanda tangan, nama dan jawatan ditulis sebelah kiri surat. Nama ditulis dalam kurungan secara huruf besar kesemuanya.
Analisa Soalan Lepas 1997 - Menulis surat kepada seorang pengusaha tempatan untuk ditemubual sebagai salah satu projek tentang Geografi Tempatan 1998 - Menulis surat permohonan kepada sebuah institusi kewangan untuk mendapatkan pinjaman bagi memperbesar perniagaan calon
Perbahasan Terbahagi 2 : untuk pertandingan atau bukan pertandingan Memerlukan pendirian awal - menyokong atau membangkang. Pendirian ini mestilah tetap sehingga akhir penulisan Format - hampir sama dengan karangan jenis syarahan, kecuali diakhir / penutup perlukan penegasan hujah terhadap tajuk perbahasan
Analisa Soalan Lepas 1997 - " Kemasukkan pekerja asing lebih banyak membawa keburukan kepada negara " . Bahaskan sebagai pencadang / pembangkang. 1998 - " Persekolahan satu sesi lebih baik daripada dua sesi ". Bahaskan sebagai pencadang atau pembangkang. 2000 - Bahaskan pendapat yang menyatakan setiap orang tua harus ditempatkan di rumah-rumah kebajian.
|
Laporan Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu aktiviti persatuan dan peristiwa semasa Secara umumnya laporan ditulis oleh setiausaha. Namun, peserta aktiviti juga boleh menulis laporan. Setiap laporan mestilah bertajuk dan tajuk itu mestilah digarisi Format laporan minit mesyuarat adalah berbeza daripada format laporan aktiviti persatuan atau peristiwa semasa Bahasa yang digunakan mesti formal,bukan berbentuk kreatif
Analisa Soalan Lepas 1996 - Menulis laporan dan cadangan kepada presiden persatuan belia tentang kursus kepimpinan yang disertai 1997 - Menulis laporan kepada pengetua sekolah tentang program perkhemahan yang disertai.
Perbincangan / Pendapat Tidak mempunyai format khusus Anda diminta membincangkan sesuatu tajuk dengan hujah yang relevan Soalan mungkin meminta pendapat dari satu aspek sahaja : kebaikan sahaja atau keburukan sahaja. Jika kedua-dua aspek diminta,pendapat yang dikemukakan mestilah seimbang Elakkan daripada pendapat yang bersifat sensitif dan emosional
Analisa Soalan Lepas 1996 - S2 Cara-cara mengatasi masalah inflasi S6 Sebab-sebab pelajar terlibat dalam kejadian jenayah 1997- S1 Sebab-sebab subjek Sains dan Matematik kurang diminati pelajar S6 Benar/tidak manusia lebih mengutamakan material sehingga mengabaikan nilai murni dalam hidup 1998 - S1 Amalan rumah terbuka dapat menyatukan masyarakat dan menghidupkan tradisi rakyat Malaysia S4 Setuju/tidak setuju bahawa cogan kata " Malaysia boleh " boleh menaikkan semangat rakyat Malaysia untuk berjaya 1999 - S3 Wajar/tidak wajar amalan menghantar anak ke tuisyen diteruskan 2000 - S3 Kebaikan melancong di dalam negeri boleh mempereratkan hubungan kekeluargaan dan mempergiat sektor pelancongan |
Syarahan
/ Ceramah
Karangan jenis ini lazimnya disampaikan dalam suatu majlis khusus bagi menerangkan sesuatu perkara Tajuk syarahan / ceramah telah diberikan terlebih dahulu. Oleh itu pengetahuan tentang tajuk adalah amat penting untuk menyampaikan syarahan / ceramah Perbezaan syarahan dengan ceramah : Syarahan - untuk pertandingan dan bukan pertandingan. Kata / frasa yang berbentuk jenaka tidak sesuai dimasukkan Ceramah - untuk situasi biasa. Kata / frasa berbentuk jenaka sesuai untuk menghidupkan suasana. Format syarahan / ceramah : dimulai dengan kata-kata aluan mengikut keutamaan hadirin diselang seli dengan kata-kata penghadapan ( para hadirin,dll) selepas 2 / 3 isi disudahi dengan penutup yang merumus atau membuat kesimpulan dan permohonan maaf.
Analisa Soalan Lepas 2000 - Calon diminta menyampaikan ceramah tentang " Peranan wanita dalam menangani kegawatan ekonomi "
|
|
|
Back |
|