Untuk
Berjaya Perlu Ada Matlamat (Bahagian 1)
www.laman-map.comby
Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Hampir
80% daripada pelajar tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang
dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak
pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan
dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda
akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa
disedari.
Imagination
is more powerul than knowledge. Ini dipetik dari kata-kata Einstein.
Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan.
Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian
yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke
arah kejayaan.
Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah
mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang
nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang tukang kebun, cuba tanya
dia, "Pakcik..pakcik., pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu
pakcik belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun.... hari ini pakcik
mungkin dah jadi doktor".
Apa agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu". Lihat
seorang yang tahu apa faktor yang boleh merubah masa depan kini berpuashati
hanya sebagai tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu apa yang
perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak
punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah
kecemerlangan diri.
Selepas
ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini. Apa yang
aku mahukan dalam hidup ini? Bila aku mahukannya setahun, dua tahun,
lima tahun? Kenapa aku mahukannya? Bagaimana aku boleh mendapatkannya?
Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap
soalan-soalan di atas, syabas!!!... anda sudah punya matlamat.
Contoh
matlamat:
Apa?
Aku mahu capai 8A dalam PMR.Bila? Tahun 1999Kenapa? Untuk buktikan pada
rakan-rakan yang aku ada kebolehan.Untuk memenuhi hasrat ibu bapa.Bagaimana?
Aku mesti belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari. Aku mesti melatih
20 soalan setiap hari.Kerja sekolah mesti siap.TV dan sembang-sembang
mesti dikurangkan. Pencapaian ujian bulan mesti memberangsangkan.
Cakap
tidak serupa bikin. Inilah kelemahan anda. Anda begitu bersungguh-sungguh
memperkatakan tentang matlamat anda tapi apa pula tindakan anda? Pastikan
setiap kata dikota. Yang membezakan seorang doktor dengan seorang budak
kilang ialah tindakan yang diambil sewaktu persekolahan mereka.
Tanyakan
semua rakan-rakan anda, "besar nanti nak jadi apa?". Saya
pasti tidak seorang pun akan memilih untuk menjadi budak kilang. Semua
nak jadi doktor, jurutera, peguam. Wah! hebat sungguh cita-cita mereka
tetapi tindakan kosong!!!. Oleh itu untuk merealisasikan matlamat di
atas tadi, pastikan susuli setiap perancangan dengan tindakan...tindakan...tindakan....