Mengapa
Mengantuk Apabila Belajar?
by Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran
·
Lihat seimbas kesemua muka surat yang anda akan baca. Dapatkan rangka
kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran yang
menyeluruh terlebih dahulu.
·
Perhatikan perkara-perkara yang berikut:
o Tajuk-tajuk kecil - dapatkan perkaitan antara satu tajuk dengan tajuk
yang lain.
o Rajah-rajah.
o Jadual.
o Carta.
o Peta.
·
Baca perenggan bahagian pendahuluannya.
· Baca perenggan bahagian penutup atau keimpulannya.
· Yang terakhir barulah baca ayat demi ayat dan perenggan demi
perenggan secara terperinci.
Membaca
hanya satu hala. Ramai pelajar yang membaca dan mengharapkan 'input'
semata-mata. Mereka mengharapkan melalui pembacaan setiap maklumat disuap
dari buku ke dalam minda. Proses membaca begini ialah proses sehala
dan ia cukup menjemu dan membosankan. Anda perlu berinteraksi secara
interaktif antara anda dan buku yang dibaca. Untuk menjadikan proses
membaca lebih bersifat dua hala anda perlu lakukan perkara yang berikut:
· Dapatkan 10 - 20 soalan berkaitan tajuk yang mahu anda baca
sebelum anda membaca teksnya. Fahami kehendak soalan ini. Apabila anda
membaca kelak anda pasti menemui jawapan kepada soalan dan ini pasti
meningkatkan tumpuan dan minat anda.
·
Sentiasa tanya diri anda sebarang soalan yang bermula dengan Apa? Siapa?
Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? dan Bagaimana? Ini membuatkan anda sentiasa
mencari maklumat bukan sekadar mengharapkan maklumat itu tersedia untuk
anda.
·
Selepas satu perenggan atau satu muka surat.... berhenti sejenak. Tanyakan
diri anda sekali lagi tentang apa yang telah anda ketahui sebentar tadi.
Cuba lakar-lakarkan pada sehelai kertas rajah atau fakta-fakta penting
yang anda ketahui. CUba ceritakan semula pada diri anda apa yang telah
anda baca. Ceritakan dalam suara yang boleh didengar oleh telinga anda
sendiri. Dengan cara ini anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk
memproses maklumat.
Buat
nota ringkas. Jangan sekadar membaca sahaja. Cuba kenal pasti kata kunci
(lihat artikel terdahulu) dan ringkaskan setiap fakta penting ke dalam
bentuk nota ringkas. Dengan melibatkan lebih banyak deria dalam satu-satu
proses membaca membuatkan anda rasa seronok. Dengan membuat nota ringkas
anda sebenarnya menggunakan bahagian kinestatik diri anda. Kalau sekadar
membaca sahaja tanpa sebarang penghasilan nota anda cuma gunakan bahagian
visual dan auditori semata-mata. Penglibatan bahagian kinestatik penting
kerana ia mengukuhkan lagi ingatan anda terhadap apa yang anda pelajari.