Mengapa
Mengantuk Apabila Belajar?
by Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D
Pelajar
yang apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada pula yang tak sampai
10 minit berada depan buku mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca
dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri. Kali ini saya mahu membincangkan
faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara
untuk mengatasinya.
Tidak
cukup tidur. Ini memanglah punca utama ramai pelajar mengantuk ketika
guru mengajar disekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam
sehingga pukul 1.00 pagi. Sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa
bangun awal. Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula
pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak
berfaedah seperti mendengar radio dan ber-IRC (chit chat) di internet
sehingga pagi.
Kalaulah
ini masalah anda maka nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam
hidup anda. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan
yang sia-sia. Kalau anda tidur lewat kerana mengulangkaji pelajaran
maka anda juga perlu ubah tabiat buruk ini. Ingat pelajar yang cemerlang
ialah pelajar yang 'study smart' bukan semata-mata 'study hard'.
Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap juga
menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah sebanyak 6-8 jam
sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.
Makan
terlalu banyak. Ini juga merupakan satu tabiat buruk. Apabila anda kuat
makan maka perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan tersebut.
Proses ini memerlukan banyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini
membuatkan anda akan mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulangkaji.
Badan
terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan anda terlalu
letih dengan aktiviti sepanjang hari. Kalau anda ada masalah mengantuk
cuba senaraikan semua aktiviti luar anda. Ada ketikanya andabersukan
atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola diwaktu petang secara
berlebih-lebihan. Berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti
ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.
Beriadah
dan senaman memang baik untuk kesihatan tetapi tujuannya kena betul.
Perbaiki matlamat anda beriadah. Anda beriadah untuk membolehkan anda
segar pada waktu malamnya bagi menelaah pelajaran. 20 - 30 minit sehari
adalah mencukupi.
Ada
pula sesetengak pelajar keletihan disebabkan aktiviti ko-kurikulum yang
berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
hinggakan tiada masa untuk mengulangkaji dan sehingga memenatkan badan.
Terlibat secara ala kadar. Pilih aktiviti yang paling anda minati. Tidak
ada gunanya kegiatan ko-kurikulum anda cemerlang sedangkan SPM anda
kecundang. Tidak ada gunanya menjadi olahragawan/olahragawati sekolah
tapi akhirnya bekerja hanya sebagai budak kilang.
Oleh
itu pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik
dan penglibatan ko-kurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa. Pastikan
anda tetap segar dan tidak mengantuk dimalamnya.
Tiada
minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan oleh ramai pelajar.
Sebelum saya pergi lebih jauh cuba fikirkan sejenak antara MINAT dengan
BELAJAR manakah yang wujud terlebih dahulu? Minat tidak tercetus dengan
sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh-pengaruh
tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna,
markah yang tinggi dan sebagainya.
Pernahkah
anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata
yang dia tak minat sejarah? Tidakkk! Oleh itu minat timbulnya apabila
anda lihat dalam diri anda ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat
mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu
mata pelajaran.
Oleh
itu yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda
sendiri. Anda pelu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah
menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.