[ BACK ]

ARTIKEL

Meningkatkan Benteng Diri Anak

by Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad

Kenapa ia penting?·

Agar tidak mudah terpengaruh

· Dapat mengawal emosi

· Dapat menerima kekalahan dan kegagalan

· Mampu mengawal tahap kenakalan Bagaimana caranya?

1. Tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap pegangan agama seperti sembahyang tepat pada waktu, berpuasa dan sebagainya. Antara hikmah dalam amalan berpuasa ini ialah:· Melatih diri dengan sikap sabar· Menyelami perasaan mereka yang kurang bernasib baik· Menundukkan nafsu

2. Tingkatkan nilai-nilai murni dalam diri anak seperti sikap penyayang.· Sayang pada diri sendiri· Sayang pada keluarga· Sayang pada masyarakat· Sayang pada haiwan, alam sekitar dan harta benda awam· Sayang pada agama, bangsa dan negara

3. Tingkatkan motivasi diri anak· Ajar anak mengenal dan membentuk matlamat· Kenalpasti kebolehan dan kelebihan anak untuk disalurkan pada aktiviti yang mereka mampu cemerlang.· Sentiasa ucapkan kata-kata positif pada anak· Sentiasa cari kebaikan anak, kalau tak dapat, cari sampai dapat.· Tidak lokek untuk memuji dan mengganjari· Ajar anak agar berani berkata TIDAK dan berprinsip.

4. Tanam perasaan syukur dalam diri anak· Menghargai kekuatan diri dan meredhai kekurangan diri· Bersederhana dalam semua perkara· Merendah diri · Berpuashati tetapi tidak pula berserah tanpa usaha· Murah hati

5. Latih anak agar beradap dan bersopan santun· Memberi salam dan berjabat tangan· Adab makan, doa, tunggu semua ada dimeja dan ingat orang kemudian· Bahasa dalam percakapan, penggunaan NAMA atau SAYA· Tidak menyampuk perbualan orang tua· Tidak duduk sekali ketika ada tetamu.· Dan sebagainya

6. Tidak terlalu manjakan anak· Terlalu bimbangkan anak hingga tiada ruang untuk mereka menunjukkan kebolehan diri· Memberi setiap apa yang anak minta· Percaya semua cakap anak tanpa usul periksa· Tidak mahu anak merasa susah· Memberi wang yang berlebihan dari keperluan· Cepat melatah apabila orang lain tegur perangai anak

7. Didik anak dengan prinsip-prinsip akauntabiliti · Jujur dan ikhlas· Bercakap benar· Menepati janji· Amanah

Artikel by Dr. Tengku Amadi T.Mohamad, MAP

 

[ BACK ]
Hosted by www.Geocities.ws

1