SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Tun Aminah mula dibuka pada awal 1965. Waktu itu ia menumpang di SM Perempuan Temenggong Ibrahim. Pada 4 November 1965 pelajar-pelajar dari sekolah ini mula belajar di bangunan baru yang terletak di KM. 8 Jalan Kluang, Batu Pahat. Pada mulanya sekolah baru ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah. Pada 21 hb. September 1967 bersamaan 17 hb. Jamadilakhir 1387 sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh En. Mohd. Khir bin Johari, Menteri Pendidikan Malaysia. Pengerusi Jemaah Pengelola yang pertama ialah YB Dato' Hj. Md. Salleh bin Hj. Tahir.

Pada tahun-tahun awal pembukaannya, Sekolah Menengah Tun Aminah menampung pelajar-pelajar perempuan Melayu aliran Sastera dari luar bandar. Apabila terdirinya banyak sekolah-sekolah Menengah di Luar Bandar, bilangan pelajar Melayu makin berkurangan . Bermula pada tahun 1976 sekolah ini menerima pelajar-pelajar Cina untuk tingkatan peralihan dan sehingga kini bilangan pelajar bukan Melayu melebihi pelajar-pelajar Melayu.

Kini sekolah-sekolah feeder Sekolah Menengah Tun Aminah ialah dari SRJK(C) Ai Chun I dan II manakala pelajar-pelajar Melayu dari sekolah Kebangsaan Seri Broleh.

Dari tahun ke tahun sekolah ini berkembang pesat sama ada dari segi fizikal, bilangan tenaga pengajar, kakitangan sokongan dan juga bilangan pelajarnya.

Pada tahun 1981 sekolah Menengah Tun Aminah maju selangkah dengan membuka aliran Sains Tulin dan menerima pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Tongkang Pecah dan Sekolah Menengah Rendah Pt Hj. Hassan.

Bagi menambah bilangan pelajar Melayu yang kian berkurangan, penempatan pelajar-pelajar Melayu melalui beberapa program telah dilaksanakan.

1897 - 1989 - Program Tunas Harapan
1989 - 1991 - Program Rancangan Khas
199
2 - kini - Program Menengah Khas elektif Bahasa Arab.

Pelajar yang dipilih mengikuti program-program ini ialah terdiri dari pelajar luar bandar yang mencapai keputusan yang baik dalam UPDL dan UPSR. Sebahagian besar pelajar-pelajar ini menginap di Asrama Pusat Puteri Sekolah Tun Aminah.
Sekolah ini pernah juga mengelolakan pelajar-pelajar Yayasan Sabah iaitu dari tahun 1981- 1991.


S
ekolah menengah Tun Aminah kini merupakan salah sebuah sekolah terkemuka di Daerah Batu Pahat dan telah berkali menempa kejayaan, sama ada akademik mahupun kokurikulum.

Wawasan

Falsafah

Misi

Objektif

[Piagam]

Lencana

  [Lagu]

Takwi]

Kembali

Hosted by www.Geocities.ws

1