ASRAMA PUSAT PUTERI TUN AMINAH
Alamat :Km 8, Jalan Kluang,
83007 Batu Pahat,Johor.
No. Talipon : 07 – 4341331

ASRAMAKU RUMAHKU SYURGAKU
Asrama Pusat Puteri Tun Aminah telah ditubuhkan pada bulan 6 tahun 1979 dengan jumlah pelajar seramai 144 orang. Asrama ini didirikan untuk memberi kemudahan tempat tinggal kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari sekolah, khasnya pelajar-pelajar dari luar bandar.
Pada tahun 1997, pihak asrama telah mendapat sebuah lagi bangunan baru bagi menampung lebih ramai lagi pelajar dari luar bandar yang cemerlang dalam bidang akademik.
Penghuni asrama ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu hingga enam atas berjumlah 166 orang (1996) dan 204 orang (1997). Sebahagian besar daripada mereka adalah para pelajar yang memperoleh keputusan baik dalam peperiksaan UPSR, tetapi tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
Pertengahan tahun 1997, bangunan baru yang diberi nama Blok Istiqamah telah mula diduduki oleh pelajar-pelajar asrama yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Kini Asrama Pusat Puteri Tun Aminah mempunyai 2 blok bangunan asrama yang diberi nama Blok Iltizam (blok lama) dan Blok Istiqamah (blok baru). Kedua-dua blok ini dapat menampung seramai 264 orang pelajar. Di akhir tahun 1997, penghuni ASPUTA adalah berjumlah 210 orang. Asrama Pusat Puteri Tun Aminah mempunyai 4 orang guru waden, seorang penyelia asrama dan 4 orang pekerja.
Dari segi kemudahan tempat tinggal, adalah memuaskan dan selesa kerana pihak pentadbir ada menyediakan kemudahan-kemudahan tempat tinggal, bilik belajar, peralatan mesin basuh, komputer, P.A sistem dan lain-lain kemudahan lagi.
Asrama Pusat Puteri Tun Aminah telah banyak melahirkan pelajar cemerlang yang kini telah memegang jawatan penting dalam sektor swasta dan perkhidmatan awam.
STRUKTUR ORGANISASI ASPUTA
PENGERUSI
Pn.Hjh. Jamiliah Md. Noh
PENGETUA SMK TUN AMINAH
NAIB PENGERUSI
GURU PENOLONG KANAN (HEM)
KETUA WADEN PENYELIA
ASRAMA
Cik Kilauwati Abd. Wahab
Pn. Noriah Hassan
WADEN PEMBANTU AM RENDAH
(Cik Juhanisah Kamsin) En. Hamid Jaafar
(Cik Wan Mahasin Wan Ismail) En. Naim Mokhsin
(Cik Roziha Abd.Rahman) Pn. Rafeah Majid
Pn. Zaleha A.Rahman
PENGAWAS ASRAMA
Bilangan Penghuni Asrama :
Penyelia Asrama - 2
Pekerja Asrama - 8
Pelajar Asrama - 204
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |