SEJARAH SEKOLAH
Penubuhan dan perkembangan sekolah
Bangunan sekolah telah siap dibina pada tahun 1983 dan sekolah dibuka pada 1 Januari 1984. Pelajar sulung terdiri daripada 419 orang, 12 kelas dimana kelas peralihan , tingkatan 1 dan tingkatan 2 dibuka. Keluasan tapak sekolah adalah 16.054 ekar termasuk padang sekolah.

Tahun 1985
Enam buah bilik tambahan dibina. Peperiksaan SRP dijalankan kali pertama disekolah ini.

Tahun 1986
Sekolah dijalan dalam dua sidang, kelas menengah atas dibuka iaitu dua kelas empat sastera.

Tahun 1987
Pertama kali pelajar SM Sungai Acheh menduduki peperiksaan SPM. Peratus kelulusan adalah 80 peratus.

Tahun 1989
Sekolah dinaik taraf kepada gred "B"

Tahun 1990
Sekolah telah dirasmikan oleh Y.B. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan pada 9/9/1990.

Tahun 1991
Kelas agama khas diwujudkan

1992
Penubuhan asrama desa cawangan puteri yang terdiri daripada 14 orang pelajar perempuan.
Menu Utama
Menu
Seterusnya
1