|
|
SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH
|
|
Sekolah Menengah Sungai Acheh telah ditubuhkan pada tahun 1983 atas keperluan pendidikan anak-anak tempatan yang tinggal agak jauh dari sekolah-sekolah yang sedia ada pada ketika itu. Selain itu , faktor –faktor yang mendesak penubuhan sekolah ialah kadar penambahan penduduk yang semakin meningkat di kawasan Seberang Perai Selatan yang menyebabkan kesesakan di sekolah-sekolah tersebut. Faktor sosio-ekonomi penduduk setempat juga menjadi faktor penting penubuhan sekolah ini. Penduduk kawasan ini terdiri daripada pesawah yang diisytiharkan oleh Kementerian Pertanian sebagai berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan segulongan yang lain pula yang terdiri daripada kaum nelayan.
Dengan adanya sebuah sekolah di kawasan ini difikirkan dapat membantu meningkatkan taraf hidup penduduk dan masyarakat setempat. Murid-murid yang miskin dan kurang mampu dapat berulang alik ke sekolah dengan berbasikal atau berjalan kaki ke sekolah.
Rancangan asal
tapak Sekolah Menengah Sungai Acheh adalah berhampiran dengan Pekan Sungai Acheh. Oleh sebab pengambilan tapak sekolah melibatkan
tanah kediaman penduduk, maka rancangan itu telah
dibatalkan dan dipindahkan ke Tanjung Berembang namun nama Sekolah Menengah Sungai Acheh dikekalkan berdasarkan ketetapan Kementerian Pendidikan
Bangunan sekolah telah siap dibina dalam tahun 1983 dan sekolah dibuka pada 1 Januari 1984 di atas tapak seluas 16.054 ekar, termasuk padang permainan seluas 9.0 ekar. Seramai 419 orang pelajar sulung telah memulakan persekolahan mereka di sekolah ini dalam 12 kelas ; ia itu kelas-kelas peralihan, tingkatan 1 dan tingkatan 2. Pada mulanya terdapat 4 blok bangunan sekolah yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah, 2 bilik serbaguna, pejabat pengetua, pejabat am, bilik guru, 2 bilik Sains Rumah Tangga, bangunan bengkel Seni Perusahaan, kantin,tempat letak basikal, gelanggang bola keranjang dan gelanggang sepak takraw. Sejak titik permulaan itu sekolah terus berkembang setapak demi setapak seperti berikut:-
Enam buah bilik tambahan dibina untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Pada akhir tahun ini kumpulan pelajar yang pertama di tingkatan 3 telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.
Persekolahan dua sidang dimulakan ; ia itu sidang pagi dan sidang petang. Kelas menengah atas dibuka; ia itu 2 kelas tingkatan 4 Sastera.
Buat kali pertama calon-calon sekolah menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran
Sekolah dinaikkan taraf ke sekolah menengah Gred ‘B’.
Sekolah dirasmikan oleh YB Saudara Anwar Ibrahim,
Menteri Pendidikan
Sebuah Asrama Desa yang pertama dalam sejarah pendidikan negara, didirikan secara bergotong royong di sekolah ini, dengan peruntukan RM 50,000 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia .Seramai 60 orang pelajar lelaki ditempatkan di asrama tersebut. Dua blok bangunan baru ( A dan E ) dibina, dengan 10 bilik darjah, 5 makmal sains, 1 bilik masakan, 1 bilik jahitan, 1 bilik PSS dan 1 bilik sembahyang.
Kelas Agama Khas diwujudkan bagi menampung pelajar yang meminati bidang agama dan Bahasa Arab. Kumpulan pelajar sulung ini , dari seluruh negeri Pulau Pinang, terdiri dari 15 orang lelaki dan 9 orang perempuan.
Penubuhan Asrana Desa cawangan puteri yang terdiri daripada 14 orang pelajar perempuan.
Satu blok baru ( Blok F ) dibina , dengan 10 bilik darjah.
Satu blok Asrama Putera dan satu blok Asrama Puteri serta sebuah Dewan Makan dibina.
Sekolah digazetkan sebagai sekolah menengah Gred ‘A’
Pembinaan surau sekolah , kapasiti 200 orang, dengan peruntukan RM 78,000/- daripada Unit Penyelaras dan Pelaksana, Jabatan Perdana Menteri.
Pembinaan Projek Rumah Guru ( 2 buah )
Pada 1 Januari tahun ini nama sekolah telah diubah dari Sekolah Menengah Sungai Acheh ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh.
Tahun 1999
Sekolah memperolehi makmal Komputer KDP
Tahun 2002
Sekolah memperolehi 2 blok bangunan baru, Dewan dan makmal computer EPU.
|
|
SENARAI
PENTADBIR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ACHEH |
|
BIL |
PENGETUA |
PENOLONG KANAN |
PENOLONG KANAN HEM |
PENYELIA PETANG |
|
1 |
En.
Md. Shariff bin Mohamed |
En.
Elias bin Hassan |
Pn. Zainab bt Shafie 16
Mei 1991 – 31 Dis. 1992 |
En.
Yau Ba 1987
– 1988 |
|
2. |
En.
Mohd Yusoff bin Omar 16
Mei 1988 – |
En.
Mohd Khairi bin Hashim |
Pn. Manisah bt Ahmad |
En.Othman bin Hj. Hassan 1
Ogos 1990 – |
|
3. |
En.
Md. Shariff bin Mohamed |
En.
Ahmad bin Hj. Zakariya |
|
Pn. Zaiton bt Md. Noor 1
Julai 1994 – 27 Okt. 1999 |
|
4. |
En.
Mohd. Yusoff bin Abdul Hamid 16
Mei 1991 – |
En.
Yusoff bin Abdul Rahman 16
Dis. 1989 – 31 Dis. 1993 |
|
Pn. Faridah bt Abdullah 28
Okt. 1999 - |
|
5. |
Tn. Hj. Ismail bin Mustafa |
En.
Mat Yusoff bin Hashim |
|
|
|
6. |
Pn. Radziah bt Bakar |
|
|
|
|
7. |
Tn. Hj. Md Noor bin Ismail |
|
|
|
|
8. |
Cik Hajira Bee bt Abdul Rahman |
|
|
|
|
9. |
Ahmad
Tarmizi |
|
|
|
|
10. |
|
|
|
|
|
11. |
|
|
|
|
|
12. |
|
|
|
|