| PROGRAM PERISIAN BESTARI (SMART SCHOOL) |
| SMK Sungai Acheh mendapat satu server daripada Telekom Smart School. Perisian yang disediakan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Tingkatan yang terlibat dengan perisian ini ialah Tingkatan Peralihan, Tingkatan Satu, Tingkatan dua, Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat Dan Tingkatan Lima. Penyelaras program ini ialah Dainuri Mohd Ramly dan dibantu oleh Penyelaras Makmal Pengkomputeran Abdul Rahman Yahaya. Dalam program ini, dua server digunakan. Server smart school* dan server makmal. Gangguan pada server makmal menyebabkan sistem on-line terganggu. Pelajar yang ingin menggunakan secara on-line diberi username dan password. Data-data pelajar tersebut telah dimasukkan ke dalam sistem pengkalan data. Buat masa ini Tingkatan Satu terlibat secara langsung dengan sistem on-line. Telekom Smart School juga menyediakan sistem secara stand alone. Ini digunakan semasa sistem offline atau guru suka dengan kaedah sendiri. Dengan kaedah ini, ia lebih laju dan tidak memberi kesan kepada sistem lain. Diharap dengan sistem on-line dan sistem offline, pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Sungai Acheh dapat mempergunakan kaedah terbaru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebarang pertanyaan tentang sistem ini hendaklah diajukan kepada Telekom Smart School*. Perisian bestari ini ditaja oleh JKP, ICU, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. |