MAKLUMAT AM
|
|
VISI
|
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh sebagai Sekolah Berkesan yang disayangi dan menjadi kebanggaan warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat setempat.
|
|
MISI
|
|
Warga Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai
Acheh akan berusaha sedaya upaya untuk
meningkatkan keupayaan sekolah secara berterusan menerusi amalan kerja berpasukan
dan membudayakan ke arah pencapaian
status Sekolah Berkesan.
|
|
FALSAFAH
SEKOLAH |
|
Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh berhak menerima pendidikan yang berkualiti yang memberi peluang kepada setiap individu untuk mengembangkan potensi pembelajarannya serta menikmati kejayaan.
|
|
MATLAMAT & OBJEKTIF
|
|
Mewujudkan sebuah Sekolah Berkesan , yang berkeupayaan melahirkan manusia yang berketrampilan, berdisiplin, berakhlak mulia, berani menghadapi cabaran semasa, bertanggungjawab dan berkebolehan memberi sumbangan kepada masyarakat, bangsa dan negara.
Objektif yang bertumpu kepada sekolah :
· Mewujudkan iklim persekolahan yang memberansangkan pembelajaran di kalangan pelajar dan guru,
· Memupuk perhubungan positif di antara guru dan pelajar, dan tahap disiplin yang tinggi
· Melaksanakan program-program akademik , kokurikulum , pembinaan sahsiah pelajar dan program ‘belajar cara belajar’ yang innovatif serta sensitif kepada variasi dalam kebolehan/kecenderungan pelajar.
· Memberi tumpuan utama kepada peningkatan prestasi pencapaian dalam bidang akademik dan bidang kokurikulum
Objektif yang bertumpu kepada pelajar:
v Bervisi dan misi , serta dapat menguruskan masa dengan baik ke arah pencapaian matlamat diri.
v Memperlihatkan tabiat kerja serta sikap yang positif dan berkeupayaan menggunakan teknik belajar berkesan untuk memajukan prestasi pencapaian akademik
v Melibatkan diri secara aktif dan bersemangat dalam segala kegiatan kokurikulum.
v Mementingkan kebersihan diri, kelas dan kebersihan sekolah serta menghargai yang indah.
v Menghayati dan mengamal ajaran agama, berakhlak mulia, bersopan santun dan berdisiplin kendiri.
v Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, bersikap ingin mencari ilmu pengetahuan dengan memperlihatkan tabiat suka membaca.
v Sayang dan menghormati diri sendiri, rakan-rakan, guru-guru ; sayangkan kelas dan sekolah.
v Suka berkerjasama dan saling tolong menolong.
v Boleh berdikari, berkeyakinan diri dan berani menghadapi sebarang cabaran hidup.
v Dapat melibatkan diri dalam pertandingan yang sihat sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum
v Memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan dan kesesuaian hidup bermasyarakat
v Berdaya maju dan menyediakan diri bagi menyahut cabaran zaman
|
|
PIAGAM PELANGGAN
|
|
v Mewujudkan dan mengekalkan suasana sekolah yang tenteram, teratur, selamat serta memberangsangkan pembelajaran.
v Menentukan kemudahan-kemudahan fizikal yang menyokong pembelajaran dikawal selia secara berterusan.
v Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan minat belajar pelajar.
v Menyelesaikan masalah pembelajaran secara profesional.
v Memberi khidmat bimbingan dan kaunseling dalam hal pembelajaran dan pembentukan akhlak/sahsiah yang baik serta khidmat kaunseling kerjaya.
v Bekerjasama rapat dengan ibu bapa untuk mengawasi perkembangan pelajar.
v Menjalinkan hubungan “rakan pintar” dengan agensi luar ke arah memperluaskan peluang-peluang peningkatan pengetahuan dan kemahiran pelajar.