SEJARAH IBADAT HAJI DAN UMRAH


SEJARAH PEMBINAAN KAABAH


1. Pada zaman Nabi Ibrahim (as), manusia kebanyakannya tidak tunduk kepada perintah Allah (swt), dan mereka menyembah berhala secara berleluasa.

2. Allah (swt) memerintahkan Nabi Ibrahim (as) berpindah ke Mekah yang masih tidak didiami orang. Nabi Ibrahim telah memindahkan isterinya Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail(as) dari negeri Syam ke Hijaz. Merekalah ayang menjadi perintis kawasan tersebut. Nabi Ibrahim (as) pulang semula ke Syam.

3. Setelah beberapa lama, baginda kembali ke Mekah untuk menziarahi anak dan isteri baginda, dan didapati telah ramai orang yang datang berkunjung ke kawasan tersebut untuk mengambil air zam-zam.

4. Allah (swt) telah memerintahkan Nabi Ibrahim (as) membina Kaabah di sana supaya orang ramai dapat beribadat. Selesai pembinaan Kaabah, Nabi Ibrahim (as) pun berdoa: Maksudnya Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian daripada zuriatkau di sebuah lembah (tanah sici Mekah) yang tidak ada tanaman di sisi rumahMu yang haram (diceroboh). Wahai Tuhan kami (yang demikian itu) supaya mereka mendirikan solat.


MEKAH SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD (SAW)


1. Pada zaman jahiliah, manusia telah mencampur-adukkan amalan dan tradisi dan adat yang bercanggah dengan nilai-nilai tauhid contohnya melakukan tawaf tanpa pakaian.

2. Ibadat haji yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim (as) ini telah dicabul oleh unsur-unsur yang sesat seperti meletakkan berhala di sekeliling Kaabah.

3. Pada masa Kaabah di bawah jagaan Abdul Mutalib iaitu datuk Nabi Muhammad (saw) telah diserang oleh tentera bergajah Abrahah. Namun begitu ia telah dapat dikalahkan oleh sekumpulan burung ababil.

4. Pada tahun yang sama Nabi Muhammad (saw) telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal.

5. Kerasulan baginda telah membawa kepada kelahiran Islam dan mengakhiri zaman jahiliah.


SEJARAH AMALAN HAJI


1. Menunaikan haji merupakn Rukun Islam yang kelima.

2. Ibadat ini mula difardukan kepada umat Islam pada tahun keenam Hijrah.

3. Ia diwajibkan ke atas orang yang mempunyai syarat-syarat yang ditentukan. Ia diwajibkan sekali sahaja seumur hidup.

4. Nabi Muhammad (saw) pernah melakukan ibadat haji ini sekali sahaja iaitu pada tahun kesepuluh hijrah yang dikenali sebagai haji widak.


HIKMAT AMALAN HAJI


1. Dapat meningkatkan keimanan kepada Allah (swt) serta ketakwaan kepadaNya.

2. Orang yang melakukan ibadat haji dengan ikhlas akan mendapat keampunan daripada Allah(swt).

3. Menimbulkan kesedaran kepada manusia bahawa mereka sama sahaja.

4. Kesedaran tersebut dapat mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam.

5. Dapat meningkatkan kesejahteraan umat Islam apabila mereka lebih ke arah melakukan kebajikan.

6. Umat Islam dari pelusuk dunia dapat berbincang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

7. Dapat bertukar-tukar fikiran serta mempertingkatkan ekonomi serta perdagangan umat Islam.

[ Ke Atas Semula ]

[ Kembali ke Menu Utama ]

1