1. Berniat ihram
Berniat ihram haji hendaklah dilakukan setelah memakai pakaian ihram yang bermula dari 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
2. Wukuf di Padang Arafah
Wukuf ialah berhenti di padang arafah walaupun sekejap, bermula dari gelincir matahari (selepas waktu zuhur) hari yang ke-9 Zulhijjah hingga terbit fajar hari ke-10 Zulhijjah. Sebaik-baiknya wukuf dilakukan merangkumi separuh dari hari ke-9 dan separuh lagi hari ke -10 Zulhijjah.
3. Tawaf ifadah
Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
Syarat-syarat tawaf:
(a) Berniat tawaf kerana allah (swt) dan bukannya mempunyai tujuan yang lain.
(b) Suci daripada hadas.
(c) Menutup aurat.
(d) Bersih daripada najis sama ada badan atau pakaian.
(e) Tawaf dalam kawasan Masjidil-Haram dan di luar kaabah.
(f) Bermula dari Hajar al-aswad.
(g) Berkedudukan mengirikan Kaabah.
(h) Berjalan ke hadapan.
(i) Tujuh kali pusingan.
4. Saie
Saie ialah berjalan berulang-alik dari utara Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Syarat-syarat Saie
(a) Berniat melakukan aie hanya kerana Allah (swt) bukannya mempunyai tujuan lain.
(b) Melakukan saie selepas tawaf sama ada selepas tawaf qudum atau tawaf ifadah.
(c) Dimulakan di Bukit Safa dan diakhiri di Bukit Marwah.
(d) Hendaklah sampai dipenghujung kedua-dua bukit tersebut.
(e) Mencukupkan sebanyak tujuh kali. Ia dikira dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sekali dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa sekali.
(f) Hendaklah berjalan di tempat yang telah ditetapkan iaitu Batn al-Wadi.
5. Tahallul
(a) Tahallul bermaksud bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai.
(b) Cara yang paling afdal bertahallul ialah mencukur semua rambut bagi lelaki dan mengggunting rambut bagi perempuan.
(c) Masa yang ditetapkan untuk bercukur atau menggunting rambut ialah selepas separuh malam pada malam Zulhijjah.
6. Tertib iaitu melakukan perkara-perkara rukun haji satu demi satu mengikut susunan.
RUKUN UMRAH
1. Berniat ihram mengerjakan umrah.
2. Tawaf mengelilingi Kaabah.
3. Saie antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.
4. Tahallul iaitu bercukur atau menggunting sekurang-kurangnya tiaga helai rambut.
5. Tertib.