KATA ALU-ALUAN TUAN PENGETUA

 

 

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG DARI PENGETUA

Atas penghormatan yang diberikan kepada saya untuk mengungkapkan beberapa baris kata alu-aluan di Halaman Web SMK Parit Betak ini, hanya ucapan jutaan terima kasih yang dapat saya rakamkan.

Setelah hampir 7 tahun saya berada di SMK Parit Betak banyak pengalaman dan kesan yang saya perolehi. SMK Parit Betak telah menyumbangkan pengalaman yang cukup berharga dalam hidup saya. Segala kerjasama yang dihulurkan hanya dapat di balas dengan rakaman ucapan setinggi-tinggi terima kasih jua.

 

Sesungguhnya saya amat bangga dengan SMK Parit Betak. Reputasinya yang begitu baik setelah mengekalkan prestasi terbaik Daerah Pontian dalam peperiksaan SPM untuk 4 tahun berturut-turut (1995, 1996, 1997 dan 1998). SMK Parit Betak juga mencatat sejarah tersendirinya pada tahun 1999 apabila paling ramai anak didiknya mencapai pangkat 1 dalam SPM (31 orang) dan paling ramai berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT (28 orang).

 

Pada tahun 2001 satu lagi sejarah tercipta apabila SMKPB berjaya menghasilkan halaman webnya sendiri untuk dipaparkan di ruang siber. Harapan saya semoga SMKPB akan terus berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya manakala guru-gurunya pula sentiasa dedikasi, ikhlas, jujur dan profesional dalam menjalankan tugasnya dan sentiasa memanfaatkan kemajuan ICT atau TMK masa kini.

 

Akhirnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan kerjasama kepada saya sama ada PIBG, guru-guru, ibu bapa, masyarakat setempat mahupun anak didik yang amat saya kasihi. Tanpa bantuan kalian sudah pasti saya sukar menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Saya percaya pelaburan kepada pendidikan anak-anak didik kita, adalah pelaburan terbaik untuk menjamin kecemerlangan negara dan generasi akan datang.

 

Sekian, semoga SMK Parit Betak terus maju, cemerlang dan gemilang di persada pendidikan negara.


Sekian. Terima kasih.


Abdul Raub Bin Abd Hamid

 

[ Kembali ke Menu Utama]

1