
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
"Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan
ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Qur`an dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat"![]()
Objektif Pendidikan Islam tingkatan 4 ini ialah untuk membolehkan pelajar:-
![]()
Bidang mata pelajaran tingkatan 4 dan 5 (SPM/SPMV).
Program ini mengandungi dua bidang utama iaitu bidang
TILAWAH AL-QUR`AN dan bidang `ULUM SYAR`IYYAH. Bidang Tilawah Al-Qur`an tumpuannya ialah membaca ayat Al-Qur`an dengan betul mengikut hukum tajwid, memahami pengertian secara keseluruhan ayat-ayat yang dibaca serta tafsiran ayat-ayat tertentu dan menghafaz ayat-ayat tertentu mengikut hukum tajwid untuk amalan doa, wirid dan tahlil. Bidang `Ulum Syar`iyyah merangkumi empat aspek iaitu Aqidah, Sifat dan Cara Hidup Islam, Ibadat dan Tamadun Islam. Kedua-dua bidang tersebut bertujuan memupuk, memperkembangkan dan memperkayakan diri pelajar supaya menjadi Muslim yang berilmu, beramal soleh dan berperibadi mulia serta bertanggungjawab sebagai hamba Allah yang bertaqwa. Kedua-dua bidang ini berteraskan Al-Qur`an dan As-Sunnah sebagai dalil naqli. Di samping itu dalil aqli perlulah dijadikan hujah dalam aspek-aspek tertentu. Dalil naqli dan dalil aqli perlulah diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada pelajar.![]()
Bidang Mata Pelajaran Pendidikan Islam Pelajar Profile (Kemahiran).
Pelajar yang mengambil aliran "profile" atau kemahiran adalah juga diwajibkan untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Bidang mata pelajaran adalah bergantung kepada penguasaan semasa pelajar. Jika pelajar didapati boleh menguasai kemahiran asas yang diperlukan iaitu boleh membaca dan menulis tulisan Jawi serta Al-Qur`an termasuklah menguasai Perkara Asas Fardhu `Ain maka mereka akan juga diajar dengan sukatan yang sama dengan pelajar SPM/SPMV. Jika mereka tidak dapat menguasai kemahiran asas tersebut, guru akan menggunakan sukatan yang bersesuaian dengan kemahiran semasa mereka.
![]()

Mutiara Iman
"Daripada Abi Hurairah r.a, daripada Rasul Allah S.A.W sabdanya, telah berfirman Allah `Azza Wajalla "Aku adalah pada sangkaan hambaKu terhadapKu (Aku melayan hambaKu sepertimana yang mereka harapkan) dan Aku bersamanya bila ia mengingatiKu. Dan demi Allah, Ia sangat gembira dengan taubat hambaNya daripada kalangan kamu apabila kamu mendapati kamu tersesat dan terlupa, siapa yang mendekatiKu sejengkal, maka Aku dekatinya sehasta, siapa yang mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa dan apabila ia mendekatiKu dengan berjalan maka Aku akan mendekatinya dengan berlari"
Riwayat Muslim