|
JENIS DAN CARA MENGERJAKAN HAJI |
Terdapat tiga cara untuk melakukan ibadat haji iaitu :
1. Haji Ifrad
Mengerjakan umrah di luar musim haji, kemudian baru melakukan haji dalam bulan haji.
2. Haji Tamattuk
Melakukan umrah dalam bulan haji kemudian melakukan haji dalam haji pada tahun yang sama. Cara ini wajib membayar dam.
3. Haji Qiran
Berniat mengerjakan haji dan umrah serentak. Cara ini wajib membayar dam.
Cara mengerjakan haji Ifrad.
1. Mandi sunat sebelum memakai ihram.
2. Solat sunat dua rakaat.
3. Berniat mengerjakan haji apabila sampai waktu miqat zamani dan di tempat miqat makani.
4. Setelah berihram bertalbiah seberapa banyak yang mampu.
5. Melakukan tawaf qudum.
6. Setelah selesai tawaf, disunatkan solat tawaf dua rakaat kemudian meminum air zam-zam.
7. Mengerjakan saie.
8. Sebelum berangkat ke Arafah, hendaklah melakukan solat sunat tawaf, melakukan tawaf sunat sekali lagi dan berdoa. Berangkat ke Arafah dan wukuf di sana pada 9 Zulhijjah.
9. Pada 10 Zulhijjah berangkat ke Muzdalifah.
10. Selepas tengah malam di Muzdalifah, pergi ke Mina untuk melontar Jamrah Aqabah.
11. Setelah melontar Jamrah Aqabah, hendaklah bertahallul awal.
12. Bermalam di Mina pada 11,12 dan 13 Zulhijjah.
13. Pada 13 Zulhijjah kembali ke Mekah untuk melakukan tawaf rukun dan saie.