PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

IBADAT HAJI

Ujian Sumatif: (Soalan Peperiksaan format SPM)

PANDUAN JAWAPAN KEPADA SOALAN-SOALAN SUMATIF

 

Jawapan soalan 1

    1. Rukun haji ialah amalan yang mesti dilakukan. Sekiranya tertinggal haji seseorang itu tidak sah dan hendaklah diulangi pada tahun berikutnya. Wajib haji ialah amalan haji yang mesti dilakukan dan jika tertinggal satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi dikenakan dam.
    2. Bermalam di Muzalifah, melontar Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijah dan bermalam di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.
    3. Menggalakkan melakukan amalan kebaikan, mendorong semangat berkorban, menguji kesabaran dan ketabahan menghadapi kesusahan.

 

Jawapan soalan 2

    1. Sihat anggota badan, mempunyai kewangan yang cukup, aman pergi dan balik, mempunyai kenderaan yang baik.
    2. Untuk kesempurnaan jemaah haji mengerjakan ibadat haji. Supaya jemaah haji dapat mengerjakan ibadat haji dengan sempurna.
    3. Melontar Jumratul Aqabah pada 10 Zulhijah dan bercukur.

Jawapan soalan 3

    1. Niat haji dan berihram di Miqat.
    2. Wukuf di Padang Arafah.
    3. Bermalam di Muzalifah.
    4. Melontar Jumratul Aqabah.
    5. Melontar ketiga-tiga jamrah, iaitu Jumratul Aqabah, Jumratul Wusta dan Jumratul Ula.
    6. Mengerjakan tawaf rukun, bersaei dan bercukur.

 

Jawapan soalan 4

    1. Mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam. Melahirkan umat yang bekerjasama dalam berbagai-bagai bidang.
    2. Haji Ifrad, Haji Qiran dan Haji Tamattuk.
    3. Melatih diri seseorang bersikap sabar, mengetahui peristiwa Siti Hajar dan Ismail, mengetahui bahawa semua manusia menempuhi dugaan hidup.

 

Jawapan soalan 5.

    1. Cukup perbelanjaan pergi, balik dan tanggungan yang ditinggalkan. Sihat tubuh badan dan aman dalam perjalanan.
    2. Ibadat haji - dilakukan dalam bulan-bulan haji, terdapat wukuf di Padang Arafah. Ibadat Umrah - dilakukan pada bila-bila masa, tidak terdapat rukun wukuf.
    3. Pada 10 Zulhijah.
    4. Melontar di ketiga-tiga jumrah - Jumratul Ula, Jumratul Aqabah dan Jumratul Wusta.

 

 

Jawapan soalan 6.

    1. Untuk menyediakan kemudahan kepada jemaah haji. Memberi sumbangan dalam bidang ekonomi umat Islam negara ini.
    2. Melabur dalam sektor yang berdaya maju. Membina kilang-kilang perusahaan dan pembuatan. Keuntungannya dibahagi kepada penyimpan-penyimpan dalam LUTH.

 

Jawapan soalan 7.

    1. Pada tahun kesepuluh Hijrah.
    2. Dinamakan Haji Widak
    3. Bermula sejak tahun keenam Hijrah.

 

Jawapan soalan 8.

    1. Haji Ifrad ialah mengerjakan umrah di luar bulan haji, kemudian baru melakukan haji dalam bulan haji.
    2. Haji Tamattuk ialah melakukan umrah dalam bulan haji kemudian melakukan haji dalam bulan haji pada tahun yang sama
    3. Haji Qiran ialah berniat mengerjakan haji dan umrah serentak.
    4. Tahallul ialah melepaskan diri daripada ihram haji atau umrah dan daripada perkara-perkara larangan ketika berihram.

 

Jawapan soalan 9.

    1. Rukun haji - Niat ihram haji. Wukuf di Arafah 9 Zulhijah. Tawaf ifadah. Saei dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Tahallul. Tertib.
    2. Wajib haji - Niat ihram haji di Miqat. Bermalam di Muzalifah. Melontar Jamrah Aqabah 10 Zulhijah. Bermalam di Mina. Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11. 12 dan 13 Zulhijah. Meninggalkan perkara larangan haji.
    3. Syarat wajib haji - Islam. Baligh. Berakal. Merdeka. Berkemampuan.
    4. Jenis-jenis tawaf - Tawaf ifadah. Tawaf Qudum. Tawaf sunat. Tawaf Widak. Tawaf Nazar.

Jawapan soalan 10.

LUTH menguruskan visa perjalanan. Menguruskan tempat penginapan. Menguruskan pengangkutan dan menyediakan keperluan perubatan kepada jemaaah haji di Tanah Suci. Jika jemaah haji ke Mekah tanpa melalui LUTH kemungkinan akan ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, tidak tercapai hajat untuk mengerjakan haji misalnya terkandas di perjalanan.



[ Ke Atas Semula ]

[ Kembali ke Menu ]

1